CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rosemary70

Adakah tudung melambangkan keislaman seseorang wanita...

[Copy link]
Post time 7-1-2011 04:07 PM | Show all posts
100% agree with rikashi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2011 09:52 PM | Show all posts
tak pakai tudung
pastu slalu kutuk2 org yang bertudung..(buka aib org lain)
pastu nk feeling2 suci
adoiyai
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 03:24 AM | Show all posts
skng ni ramai ltk gambar kt fb pakai tudung n x pakai tudung..melayu islam lak tu..member aku pon ade..aku pon x phm npe die suke life cm2.aku pon pelik.walhal  penah ambik kos agama lak tu..bile aku tnye sampai bile nk mcm ni?die leh jwb tggu seru datang..nk tggu seru,aklo maut dlu dtng?ish..smga Allah bukakkan hti pada mereka...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 03:52 AM | Show all posts
benda wajib apasal orang persoalkan lagi.kalau org pakai bikini tapi baik hati mungkin diorang anggap beriman kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 11:46 AM | Show all posts
aku takde hal kalau orang tuh taknak pakai tudung. tapi tak perlu la kan nak condemn orang lain, contohnya cakap yang pakai tudung tuh taklah baik sangat. bodoh sangat aku rasa. :re:
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2011 10:06 PM | Show all posts
aku takde hal kalau orang tuh taknak pakai tudung. tapi tak perlu la kan nak condemn orang lain, con ...
cik.panda Post at 8-1-2011 11:46


adik biasanya org yg tak pakai tudung ni dia kata begitu sebenarnya nak menghilangkan rasa malu... rendah diri dan bersalah dlm diri dia sebab tak tutup aurat.... sebab itu kutuk org bertudung begitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2011 03:17 PM | Show all posts


Reply 80# rikashi


Nak tambah seket... klu pakai tudung tu jgnlah mcm nie
   

Bertudung Tapi Bogel


Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.


Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.

Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.

Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.”
(Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.









Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2011 07:07 PM | Show all posts
tanda2 akhir zaman;orang2 Islam persoalkan perkara wajib.lepas ni mungkin sembahyang 5 waktu pun ada yg persoalkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2011 08:20 PM | Show all posts
tudung bukan lambang keislaman tapi lambang bagi org yg nak menjatuhkan agama,
pakai baju ketat2 sendat2 seksi nampak dada pastu pakai tudung hehehehe.
kalau betul ikut agama bukan aje pada tudung tapi semua aurat harus di tutup,kalau nk bergaya seksi sekalipun apa salahnya buka aje tudung lagi senang dan x disalah ertikan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2011 03:59 PM | Show all posts
kawan saya pernah berkata ngan sayer. perumpamaan pada orang yang bertudung tapi berhati busuk dan perempuan yang tidak bertudung tapi baik adalah seperti 2 biji epal.

epal pertama cantik luarannya tapi isinya busuk. epal kedua pula busuk luaraannya tapi isinya baik. sudah tentu kita tak nak kedua-duanya kan. sebab ia tetap busuk. biarlah epal itu baik luarannya, baik pula isinya.  

macam tu jugak orang yang bertudung... kalau boleh jadilah perempuan islam yang memenuhi syariat islam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:42 PM GMT+8 , Processed in 0.143132 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list