CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7670|Reply: 5

Rahsia Kenapa Orang Jepun Lebih Berjaya

[Copy link]
Post time 30-6-2010 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Walaupun zaman dahulunya orang jepun terlalu 'kejam' terhadap dunia khasnya orang melayu,walaupun bangsa mereka sudah hampir pupus selepas dibom oleh amerika di hiroshima dan nagasaki,tetapi apa yang boleh dibanggakan dengan Jepun sekarang sudah banyak mendahului dunia khasnya Malaysia.

Mereka terlalu jauh maju ke depan berbanding kita (Malaysia).Sebagai contoh aku amek dalam bidang sukan bola sepak.Rasanya korang semua boleh fikir sendiri lah yer.Tak perlu aku ulas panjang-panjang2 lagi.

mari kita baca artikel Kenapa orang jepun lebih berjaya dan maju dari segala jenis segi yang boleh dibanggakan

1. KERJA KERAS

Sudah menjadi rahsia umum bahawa bangsa Jepun adalah pekerja keras dan rajin.Rata-rata waktu bekerja pegawai di Jepun adalah 2450 jam/tahun, sangat tinggi dibandingkan dengan Amerika (1957 jam/tahun), Inggris (1911 jam/tahun), Jerman (1870 jam/tahun), dan Perancis (1680 jam/tahun).

Seorang pegawai di Jepun mampu menghasilkan sebuah kereta dalam 9 hari, sedangkan pegawai di negara lain memerlukan 47 hari untuk membuat kereta yang bernilai sama.


2. MALU

Malu adalah budaya dari turun temurun bangsa Jepun. Harakiri (bunuh diri dengan menusukkan pisau ke perut) menjadi ritual sejak era samurai iaitu ketika mereka kalah dalam pertempuran.

Masuk ke alaf baru,semuanya sedikit berubah ke fenomena “mengundurkan diri” bagi para penjawat awam (menteri, ahli politik, dsb) yang terlibat masalah korupsi atau merasa gagal menjalankan tugasnya.

3. HIDUP BERJIMAT

Orang Jepun memiliki semangat hidup berjimat dalam seharian.Sikap anti konsumerisme berlebihan ini nampak dalam berbagai bidang kehidupan.Awal kehidupan di Jepun,orang Jepun ramai berbelanja di supermarket pada sekitar jam 19:30.

Hasil kajian yang dilakukan,sudah menjadi kebiasaan supermarket di Jepun akan memotong (cut price)harga sampai separuhnya pada waktu sekitar setengah jam sebelum tutup.Seperti diketahui bahawa Supermarket di Jepun rata-ratanya tutup pada pukul 20:00 p.m (8mlm)

4. KESETIAN

Kesetian membuat sistem karier di sebuah perusahaan berjalan dengan rapi.Sedikit berbeza dengan sistem di Amerika dan Eropah,sangat jarang orang Jepun yang bertukar pekerjaan.Mereka biasanya bertahan di satu atau dua perusahaan sampai pencen.Ini mungkin implikasi dari Industri di Jepun yang kebanyakan hanya mahu menerima fresh graduate, yang kemudian mereka latih dan didik sendiri.

5. PANTANG MENYERAH

Sejarah membuktikan bahawa Jepun termasuk bangsa yang tahan lasak dan pantang menyerah kalah.Kita ambik contoh semalam world cup Jepun vs Paraguay.Diorang ni main mati-mati untuk mara ke suku akhir.Lastly,nasib tak menyebelahi mereka selepas tewas sepak penalti

6. BUDAYA MEMBACA

Jangan terkejut kalau korang datang ke Jepun dan masuk ke Densha (keretapi elektrik), sebahagian besar penumpangnya baik kanak-kanak mahupun orang dewasa sedang membaca buku atau majalah. Tidak peduli duduk atau berdiri, banyak yang memanfaatkan waktu di densha untuk membaca.

7. KERJASAMA BERKELOMPOK

Budaya di Jepun tidak terlalu mengamalkan kerja-kerja yang terlalu bersifat individual (seorang diri) termasuk klaim hasil pekerjaan,biasanya ditujukan untuk team atau kelompok tersebut.Bekerja dalam kelompok mungkin salah satu kekuatan terbesar orang Jepun.Musyawarah muafakat atau sering disebut dengan “rin-gi” adalah ritual dalam kelompok. Keputusan strategi harus dibincangkan dalam “rin-gi”.

8.JAGA TRADISI

Perkembangan teknologi dan ekonomi, tidak membuat bangsa Jepun kehilangan tradisi dan budayanya.Budaya perempuan yang sudah menikah untuk tidak bekerja masih ada dan hidup sampai hari ini.

Budaya minta maaf masih menjadi perkara utama orang Jepun.Kalau suatu hari korang naik basikal di Jepun dan terlanggar pejalan kaki ,jangan terkejut kalau orang yang kita langgar itu meminta maaf dulu.

Sampai  ketika ini orang Jepun relatif menghindari berkata “tidak”apabila mendapat tawaran dari orang lain. Jadi kita harus hati-hati dalam pergaulan dengan orang Jepun kerana “hai” belum tentu “ya” bagi orang Jepun

p/s : maaf kalah tersalah thread yer mod ;)

credit to : Macam Macam Ada

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2010 10:07 AM | Show all posts
pakcik aku pnah citer,mase die gi tokyo study,die gi satu kedai...tapi xde org jaga...org jepun mmg mcm tu kan? percaya sgt org xkan curi brg2 die...bile bunyikan loceng baru tuan kedai akan dtg...geng2 pakcik aku nih tanpa bunyikan loceng,curi brg2 kat kedai tuh.....due curi bateri banyak giler sampai kembung poket die...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 02:24 PM | Show all posts
tgk brg2 keluaran dr Jepun sendiri dah tahu berkualiti atau tak ( tp tak semua )...tp kebanyakannya lah...brg2 elektronik pun kebanyakannya dr Jenama negara sana...

Kalau diimbas pada sejarah....tgk macamana Jempun boleh membina semula negeri mereka yg teruk kene Bom atom masa perang dunia kedua dulu kan...tak ambik masa yg lama Jepun Mengganas semula dan masa tu dalam bidang ekonomi....

pergilah ke ceruk ranatau mana pun..pasti kita akan ternampak jenama2 dr Negara Matahari terbit ni kan....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 01:27 AM | Show all posts
tu generasi dulugenerasi sekarang dh hanyut dgn hiburan, pengaruh barat
sebab tu pemimpin mereka fikir mcm mana nk betulkan keadaaan
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:30 PM | Show all posts
respek budaya diowg...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2011 12:57 PM | Show all posts
aikkk?
hidup lagi thread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:55 PM GMT+8 , Processed in 0.080880 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list