|
aku pun pernah terkena sekali. Abis rm4k aku. yg buat aku jd panas owner skim pelaburan tu masuk tv kena tangkap ngan polis. yg membuatkan aku menyirap pulangan pertama pun x sempat aku nak rasa. tu masa 2007. sekrang nie baru2 nie aku kena approach lagi. style pun lebih kurang sama. orang yang memperkenalkannya pun antara kawan2 aku.
aku perasan pelaburan cara diorg ni akan cari kawan2, saudara-mara dan family. lepas tu pulak diorg ni ada satu group. lagi besar group lagi bagus dan keyakinan diorg terhadap pelaburan tu pun akan bertambah. tak tahannya pulak...bagi sape2 yg dah join akan diminta untuk buat satu pakaian kot. kononnya diorg dah berjaya.
kononnya ada product. tapi product itu bukan pun fokus utama pelaburan diorg. yg penting berapa ramai pelabur yg akan join group diorg. lagi ramai lagi bagus. walaupun diorg kata keuntungan sama rata tp aku tahu cuma yg diatas jer yg akan dpt habuan banyak.
satu jelah yg buatkan aku terfikir, diorg nie tak terfikir ke kalo satu hari nanti pelabur yg boleh join group diorg tu akan mencapai tahap tepu. yg pastinya org yg berada dibawah akan merana. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 39# medangmru
masih pakai lagi nokia 3310
paling standard pakai la iphone
satu lagi keadaan rumah masih lagi beralas tikar getah..meja pun same |
|
|
|
|
|
|
|
banyaknya duit.......eeeee menakutkan |
|
|
|
|
|
|
|
tadi duk selak2, nampak 1 gmbr yg agak poyo...
aku tepek sini utk tatapan semua
|
|
|
|
|
|
|
|
lagi 1, yg terbaru aku dapat...
semua gambar org dlm ni aku letak samada sensored or xnpk muka...xnak aibkan sape2
just nak bg pengajaran. jgn mudah percaya
next, nak tepek gambar ttg info plak utk jauhkan diri dari benda2 cmni
medang, in case klu x sesuai, delete je ye |
|
|
|
|
|
|
|
Bagi org2 MLM yg menunjuk2 mcm nie adalah psikopatik dan pandai memanipulasi psikologi para prospek mereka. Apa yg ko tunjukkan tu ironmind adalah salah seorg yg telah aku nyatakan td.
Cuma aku kesiankan dgn kawan2 aku yg satu jabatan dgn aku ramai yg dah join. Sampai diorg sanggup buat loan puluhan ribu dgn bank semata2 terpedaya@tamak dgn keuntungan yg dijanjikan. Bagi aku skrang cukuplah sekali aku terkena. Aku pun terkena pun sbb percaya dgn kawan tmpat kerja lama aku walaupun pada mulanya aku pun x beberapa nak hiraukan sgt bende tu. Aku tertipu dan dia pun tertipu jugak. Yg pastinya dia pun dah segan kot dgn aku n mcm dah lost contact dgn aku walaupun bukan aku yg x layan dia.
Itu baru kawan. Kalo sedara mara x tahulah aku apa akan jadi. ish ish. |
|
|
|
|
|
|
|
siyes..mmg selama nih..aku rasa org bodoh jer wat bende2 nih...usaha malas..rajin menipu jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
siyes..mmg selama nih..aku rasa org bodoh jer wat bende2 nih...usaha malas..rajin menipu jer..:curse ...
hereana Post at 21-7-2010 14:34
alah bila nmpak duit macm tu terbeliak mata. yg terpengaruh dgn kawan mcm aku sama juga walaupun ade seorg jer kawan aku yg bermati2an kata menipu tu. x lama lagi kenalaa.last2 kena. adeh.... |
|
|
|
|
|
|
|
ni ada berita panas
xtau la ni geng hai-o ke apa
just terbaca kat kosmo tadi (29/7/2010)
benda ni dah tepek kat dlm 1 lagi thread
tapi sengaja nak tepek sekali lagi sbb takut ada yg terlepas pandang dan x baca
PELABURAN AUTA SYARIKAT MLM
SEORANG pegawai polis melihat sebahagian daripada 18 buah kereta mewah yang dirampas daripada 59 individu di Subang Jaya semalam
KUALA LUMPUR - Keghairahan golongan muda yang ingin mendapatkan keuntungan cara mudah melalui satu skim jualan langsung (MLM) dengan cara mencari orang bawahan yang mampu melabur sehingga RM41,000 musnah apabila mendapati mereka sebenarnya ditipu.
Modus operandi sindiket tersebut ialah dengan mengedarkan risalah di sekitar kawasan perniagaan dan perumahan di Subang Jaya. Risalah tersebut mengandungi kata-kata manis untuk mengecap kekayaan dengan usaha yang minimum.
Anggota-anggota sindiket itu pula akan menggunakan kereta-kereta mewah seperti BMW pelbagai siri, Mercedes Benz, Toyota Aplhard dan Nissan Fairlady setiap kali hadir menyampaikan ceramah di lokasi-lokasi yang ditetapkan.
Difahamkan, kesemua kereta itu didaftarkan dengan digit nombor yang sama bagi meyakinkan orang ramai.
Mangsa-mangsa dikehendaki membayar antara RM10,000 dan RM41,000 mengikut pakej yang ditetapkan dan perlu mencari orang bawahan bagi melayakkan mereka menerima imbuhan iaitu sebanyak RM2,500 dalam tempoh tiga hari.
Bagaimanapun, kegiatan penipuan sindiket yang beroperasi di Subang Jaya sejak dua tahun lalu itu terbongkar apabila seramai 59 ahli sindiket termasuk sembilan wanita ditahan selepas polis menerima tiga laporan daripada mangsanya yang terdiri daripada kakitangan kerajaan.
Serbuan pada pukul 10 malam kelmarin di dua buah restoran di kawasan Mentari Court Subang Jaya itu dilakukan ketika ahli sindiket berusia dalam lingkungan 20 dan 30-an itu sedang leka mengadakan ceramah.
Difahamkan, ketika serbuan terdapat lebih 30 pengunjung berada di situ.
Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Asisten Komisioner Rohaimi Md. Isa (gambar) berkata, selain pulangan wang, sindiket itu juga menawarkan hadiah berupa barangan serta percutian.
Katanya, mangsa yang gelap mata akan mudah terpedaya dengan imbuhan serta hadiah yang ditawarkan dan terus membuat pinjaman untuk melabur ke dalam skim tersebut.
"Sindiket juga membantu menyediakan bantuan kewangan bagi pelabur yang berminat. Mereka kemudian akan mengarahkan mangsa supaya mencari orang bawahan bagi merancakkan perjalanan wang tersebut.
"Itu hanyalah taktik sindiket di mana mereka akan menggunakan wang yang dicari daripada orang bawahan untuk dibayar kepada pelabur berkenaan dan begitulah seterusnya. Skim tersebut sebenarnya tidak membuat sebarang keuntungan," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Rohaimi berkata, tiga kakitangan kerajaan yang membuat laporan polis tersebut mendakwa mereka ditipu sindiket berkenaan apabila langsung tidak menerima pulangan wang yang dijanjikan.
SO, sesiapa yg ternampak risalah2 tu, kutip je la ye
then klu dah melabur, xpuas hati, kasi repot polis
kongsi duit ramai2, hire lawyer, lawan kat court
untung2, dapat balik duit dah dilaburkan + ganti rugi |
|
|
|
|
|
|
|
tadi duk selak2, nampak 1 gmbr yg agak poyo...
aku tepek sini utk tatapan semua
ironmind Post at 21-7-2010 10:33
hahahha poyo nyer...ni jual dadah ke ape? |
|
|
|
|
|
|
|
orang kaya pun x amik gambar dengan duit berkepuk...
malulah sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
hahahha poyo nyer...ni jual dadah ke ape?
tabasco Post at 29-7-2010 11:47
berdasarkan info dr sprg forumer, ni MLM....DCHL |
|
|
|
|
|
|
|
dah kena dah satu.....hehe..tgh tunggu tgk yg lain2 plak mcm mana. bila nak kena serkup pulak...;) |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|