CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4909|Reply: 2

LEBIH MUDAH DAN JIMAT UTK MELABUR @TAMBAH PELABURAN DLM ASB/ASW2020

[Copy link]
Post time 14-5-2010 08:20 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,
Baru dpt tahu ttg ni.tak tahu samada dah ada ke belum thread nih..tp dah search tadi mcm tak de lagi..
by the way, kemudahan ini plg ditunggu2...terima kasih CIMB...walaupun org kata Maybank2u dah lama buat..
feenya hanya RM1 bg sebarang jumlah wang yg ingin ditransferkan ke dlm akaun
1) Amanah Saham Bumiputera (ASB),
2) Amanah Saham Malaysia (ASM),
3) Amanah Saham Didik (ASD),
4) Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020)
5) Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia)


Bagi forummer yg dah ada akaun CIMB dan dah aktifkan CIMBClicks

Tatacara Add Favorites
-Masukkan jer semua no akaun ASNB yg ada untuk didaftarkan supaya x perlu berulangkali mohon pin (via handpone). Pihak CimbClicks akan confirm semula samada akaun Favorites berjaya atau tidak.

Tatacara Subscribe
-Bila nak deposit, kita bole rujuk ke akaun favorite yg kita dah setup dan approve by CimbClicks..Caj setiap transaksi RM1. Kalu subscribe slps jam 5pm, transaksi akan diambilkira keesokan harinya.


Update Buku ASNB
-Dilakukan sehari selepas urusniaga online. Just to confirm, duit dah masyuk. Anywhere, make sure korang print/screen setiap transaksi utk rujukan kemudian hari.

-Jika transaksi ditolak, mungkin disebabkan kesilapan no akaun favorites, dana dah oversubcribe i.e. ASB max adalah 200k tapi bole top up lagi dengan amaun tambahan yg dinyatakan oleh pegawai ASNB. Yg lainnya adalah kesilapan teknikal.

                                                                      SELAMAT MELABUR  


2010/04/21

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) dan CIMB Bank Bhd melancarkan kemudahan menambah pelaburan dalam dana Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) menerusi perbankan dalam talian, CIMB Clicks.

Kemudahan itu yang dibuka untuk lima dana amanah saham berharga tetap yang diuruskan Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), dilancarkan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2010 yang sedang berlangsung di Kuching, Sarawak.
Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata lima dana yang pelaburan tambahannya boleh dibuat menerusi cimbclicks.com.my ialah Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Didik (ASD), Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW2020) dan Amanah Saham 1Malaysia (AS1Malaysia). Katanya, pengenalan perkhidmatan secara dalam talian baru itu sejajar inisiatif berterusan PNB dalam menyediakan lebih banyak saluran kemudahan kepada pemegang akaunnya.

“Semasa PNB bermula pada 1980-an, kami memperkenalkan sistem berkomputer menerusi Pos Malaysia dengan perbelanjaan sendiri bagi membolehkan semua rakyat Malaysia mempunyai akses mudah kepada pelaburan walaupun di kawasan terpencil.

“Kini, kami memperkenalkan pula perkhidmatan dalam talian dengan matlamat mewujudkan masyarakat pelabur yang peka dengan mengurangkan halangan mereka untuk melabur,” katanya selepas pelancaran perkhidmatan itu yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pelaburan minimum adalah RM1 dan maksimum adalah bergantung kepada had pembelian pelabur dan jumlah dana dalam akaun pelabur,” katanya sambil menambah bayaran perkhidmatan sebanyak RM1 akan dikenakan bagi setiap transaksi bergantung kepada jumlah dalam akaun.
Bagaimanapun beliau menjelaskan, pemegang akaun hanya boleh mengemaskini buku akaun masing-masing di pejabat ASBN atau 1,681 cawangan ejen CIMB Bank, RHB Bank, Maybank dan Pos Malaysia di seluruh negara pada keesokan harinya selepas pengesahan transaksi dilakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2010 09:36 AM | Show all posts
Reply 1# wirazam

ada tak sesaper yg masih blom atau tak berminat langsung dgn Amanah Saham ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2011 02:27 PM | Show all posts
Salam semua,
Baru dpt tahu ttg ni.tak tahu samada dah ada ke belum thread nih..tp dah search tadi m ...
wirazam Post at 14-5-2010 20:20



    klu berminat nk melabur dlm CImB mcm ne yer??g branch yg bedekatan k???nk saving duit nih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.083087 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list