CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5166|Reply: 6

pinjaman perumahan / kwsp

[Copy link]
Post time 15-4-2010 01:21 PM | Show all posts |Read mode
HI,

Saya ingin membeli rumah secara bersama (suami & isteri). Akan tetapi suami saya black list. Saya berniaga dengan pendapatan bulanan RM3k. Tujuan saya hendak buat pinjaman bersama krn suami saya mempunyai kwsp untuk account ke2.

disini jika sesiapa dapat memberi nasihat dan cara bagaimana saya dapat menggunakan kwsp suami saya untuk membuat pinjaman perumahan. sila lah membalasnye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2010 05:50 PM | Show all posts
tt..mungkin maklumat ini membantu:

Pengeluaran Membeli Rumah

    * Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).

    * Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga
dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.

    * Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.

    * Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

      Kelayakan Memohon

(i)  Warganegara Malaysia; ATAU

(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran  Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

(iii)  Bukan warganegara Malaysia yang:

                +Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
                + Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

o Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
o Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Untuk detail masuk ke http://www.kwsp.gov.my/index.php ... rawtype&ac=1027               
       
info2 lain:

»                 Syarat-syarat Pengeluaran
»                 Amaun Yang Layak Dikeluarkan
»                 Senarai Dokumen Yang Diperlukan
»                 Kaedah Bayaran
»                 Cara Permohonan Dihantar
»                 Notis Penting
»                 Pertanyaan
»                 Soalan Lazim Pengeluaran Membeli Rumah
       
               
good luck..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 07:13 PM | Show all posts
2# rhys88
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2010 07:16 PM | Show all posts
3# halilhih .

Terima kasih atas penerangan saudara.... akan tetapi saya mahu keluarkan caruman suami saya... kerana beliau shj yang mempunyai caruman ini.

mohon nasihat...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2010 11:04 PM | Show all posts
situasi dia ni nak tau camne utk kuarkan dgn status suami dia blacklisted tu..

aku pun nak tau gak. mcm my cik abg financial dia mmg xcun. blacklisted dah kot. klu lepas kawen, nak combine kuar duit epf boleh ke? mmg la loan dia xlepas,tp utk kuarkan epf yg blacklisted tu camne ek?
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2010 08:02 AM | Show all posts
tu ari masa kuarkn epf utk umah..
loan & snp semua atas nama midar sorg..
cik abg pernah tanya... kalo dia nk w/draw epf dia utk settlekn umah midar...
officer tu kata kena tunjuk bukti such as surat nikah, then dia org akan processkn..
but to be sure.. better double check ngan epf..

btw.. kalo x salah..
x semestinyer blacklisted, nama our spouse x leh ader dlm snp..
sbb midar pernah tanya bank officer dulu..
eventhough loan 1 nama ajer..
snp blh letak 2 nama...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-4-2010 12:12 PM | Show all posts
Hi,

T.kasih atas nasihat anda...  saya akan terus berhubung dgn pihak yang berkenaan untuk malumat lebih lanjut... sekali lagi terima kasih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.069947 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list