CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ryo_takahashi1

All about "Kedai Mamak"

[Copy link]
Post time 5-3-2010 05:59 PM | Show all posts
... kedai mamak ini menyediakan perkhidmatan yang memang dikehendaki oleh kebanyakan kita.  Mari kita cuba senaraikan ;

1.  Tempat makan minum yang ada di mana2 dan agak murah serta boleh dikata kebanyakan sentiasa terbuka sepanjang masa - hatta masa puasa pun.

2.  Tempat berjumpa atau berkumpul teman2 untuk aktiviti2 sosial( baca : borak atau bola ) yang ada di mana2 dan agak murah serta boleh dikata kebanyakan sentiasa terbuka sepanjang masa.

3.  Tempat rujukan atau penunjuk arah yang ada di mana2 dan agak mudah serta boleh dikata kebanyakan sentiasa terbuka sepanjang masa.

Di mana lagi tempat yang mana kita boleh jadikan penunjuk arah yang senang, sekaligus jadi tempat berjumpa untuk berbincang, yang juga boleh kita makan minum mengikut aras selera kita yang pelbagai itu.

Cuba kita lihat kedai tomyam contohnya, mana ada makanan yang macam roti canai yang sesuai hendak dimakan tidak kira waktu.  Kedai tomyam yang buka pagi2 buta nak sajikan apa sangat, nasi lemak kuah tomyam ke?  Lagipun berborak di kedai tomyam macam tidak berapa bebas dibandingkan kalau berborak di kedai mamak.  Lepas tu Zam jarang dengar orang suruh atau hendak berjumpa di kedai tomyam tepi jalan besar misalnya, yang biasa orang kata kedai mamak sebelah workshop contohnya - semua orang tahu...

Kadang2 Zam tidak boleh tidur, atau bosan tengok bola sendirian di rumah, Zam tahu Zam boleh keluar ke kedai mamak berhampiran dan boleh pesan satu cawan teh tarik serta dapat tonton bola dengan suasana hingar bingar yang tidak kurang hebat - tengok tempat la juga.

Soal kebersihan dan yang lain tu yang payah sikit nak ulas.  Tepuk dada tanya selera.

Pendek kata, Kedai2 Mamak ni telah dapat memenuhi satu ruang permintaan yang diperlukan oleh kebanyakan kita, ala2 brand positioning gitu.

Kedai tomyam tidak boleh lawan, Kopitiam belum boleh tanding...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2010 06:25 PM | Show all posts
Bagus info mu zam...
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 07:05 PM | Show all posts
erk! ilah tak gi kedai mamak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 08:18 PM | Show all posts
mcmne  kedai mamak maju, dlm kari de taruk dadah, smender mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 11:33 PM | Show all posts
td pegi kedai tomyam Melayu...aduh, servis lambat...tomyam nye sejemput je isinya...nyesal x pegi kedai mamak..aku bukan apa,niat ati nak tlg bisnes melayu,tp kalau dah sevis out, mmg sori la aku nak dtg lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2010 09:08 AM | Show all posts
Tapah.....rsnya pernah kan makan kat Restoren Tapah ( mamak ) kat Pekan Tapah tu kan....roti canai dia leh tahan sedap gak....tp tu dulu la....7 tahun lepas aku makan sana....la ni tatau la sedap atau dak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2010 09:27 PM | Show all posts
aku mmg kureng le nak mkn kedai mamak ni........tekak tk leh terima.......
kecuali klu aku mmg kompem 100% mamak tu islam baru aku lalu mkn.....contohnya restoran znk kat umah aku tu......
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2010 03:01 PM | Show all posts
td pegi kedai tomyam Melayu...aduh, servis lambat...tomyam nye sejemput je isinya...nyesal x pegi kedai mamak..aku bukan apa,niat ati nak tlg bisnes melayu,tp kalau dah sevis out, mmg sori la aku nak  ...
al-tapahi87 Post at 5-3-2010 11:33 PM


Errrrrrrrr...bukan ke kedai2 Tomyam tu kebanyakannya Org meayu Tapah??/atau ada kedai Tomyam Cina??

Tp ada gak kedai tomyam Tokei kedainya Org Siam kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-3-2010 02:49 PM | Show all posts
mcmne  kedai mamak maju, dlm kari de taruk dadah, smender mcm2
renjer Post at 5-3-2010 20:18


pernah tgk sendiri ke bang.. atau takat dengar khabar dari orang lain...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2010 04:07 PM | Show all posts
masa baru start kijer kt penang dulu..
bos ajak g mkn kedai mamak...
dh sudah mkn.. br nk ratah ayam..
skali br nampak ulat kt joint ayam tu...
terus ku muntah kt situ jugak...

pastu lama jugak la x masuk kedai mamak...
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2010 08:05 PM | Show all posts
pernah tgk sendiri ke bang.. atau takat dengar khabar dari orang lain...
ryo_takahashi1 Post at 8-3-2010 02:49 PM


biasalah ryo....samada dapat dr e-mail berantai atau sekadar dgr dr kawan2...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 05:46 PM | Show all posts
mahal...!!!!
alifreyes Post at 3-2-2010 17:40


setuju... kedai mamak skrg memang mahallll.... cekik darah punya harga...
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2010 06:41 PM | Show all posts
lg satu aku peratikan ...kdg2 kedai mamak ni derang main suker je naikkan  rega...nak2 plak kalau cashier tu selalu bertukar....hari ni Teh Ais Rm1.50....esok Rm1.60..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.128961 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list