|
yupp.. aku agree.. mmg pelaksanaan kebanyakan kempen2 ni hampeh2 belaka... aku cukup bengang isu2 camni. firstly i wud say sori sbb dr post asal ko aku nampak mcm ko tak heran pasal alam sekitar ni smua. tp aku silap. sebenarnye ko ada kesedaran.. tp ko tahap menyampah dgn pelaksanaan segala kempen yg mcm2 penjenamaan ni. hehe
ok.. betul.. kt m'sia tercinta ni.. susah betulla nk buat penguatkuasaan utk apa2 jenis kempen aje la. itu aku sendiri mmg tak puas ati. tp idakla pulak sampai aku bosan pasal tu smua... aku terus tak sokong. pd aku... lantak pi la sape2 yg takde kesedaran tu... n yg sentiasa nk harapkan kerjaan ka.. majlis bandaran ka... polis ka.. nk buat penguatkuasaan. mmg keje depa kene buat tu smua. tp klau depa tak buat.. takkan aku nk pi kejar ngan rotan kan? aku dikurniakan akal sendiri.. n alhamdulillah... aku ada kesedaran sendiri.. tak payah nk tunggu kene saman baru nk stop buang sampah merata2.
walaupon apa yg aku buat ni sekadar sebesar kuman aje... tak beri effect kepada manusia sejagat.. tp aku yakin aku tetap menyumbang kepada kebaikan.
bab pemakaian tali pinggang keledar belakang. ini mmg aku hangin gak. hangat2 taik ayam je. konon saman bagai. aku beriyala setuju. tp last2 sejuk. tp aku tau mende tu utk kebaikan. so smpai skrg.. klau aku dok belakang.. mmg aku pakai seatbelt. anak2 mmg aku ajar pakai carseat masing. dek kerana suara aku ni kecik je... aku bukan menteri... aku bukan sape2 berpengaruh nk dok laung sana sini kempen itu ini.. ckupla aku praktikkan pada anak2 aku, sambil2 dok kempen kt kawan2 n sedara mara.
aku rasa nk hantar surat cadangan la kt SANI EXPRESS. mintak dia implement pemasangan tali pinggang kt bas dia. aku tgk sani ni jenis yg jaga reputasi n jaga bisnes. bas2 dia elok2 belaka. bbrp kali gak aku perasan dia dtg jenguk wisma sani kt klang central tu. nampak la dia berwawasan. aku sure klau dia amik inisiatif sendiri.. pasang seatbelt kt bas dia... mesti org respect.
so kesimpulan pendapat aku pulak.. aku tak perlukan penguatkuasaan. apa yg lebih penting adalah kesedaran. mmg awal2 dulu bersepah2 sana sini tong2 sampah pelbagai lambang. dgn iklan budak sepak2 tin tu aku ingat lagi. tp la ni.. senyap. tp itu tak bermakna aku pon stop recycling. every month aku mmg akan hantar segala surat kabar.. plastik n besi utk di recycle. paling bnyk pon aku pernah dpt dlm 20 hingget.. itu pon sbb ada bateri kete. hehe... bkn wang jadi taruhan... tp aku puas. aku tau aku dah jalankan tanggungjawab aku. watpela aku nk pening2 pk org lain jalankan tanggungjawab dia ke tidak. lantakla... |
|
|
|
|
|
|
|
kat penang 3 hari - hari isnin, selasa & rabu xde beg plastik....klu korg perasan la beg plastik tesco tak mcm yg lain....bila simpan lama sikit dia reput...means dia environment friendly ke? sbb senang dilupuskan...dia terus barai cam hancur gitu......tp selalu sy shopping groceries weken mmg ada beg plastik.....psty recycle as plastik sampah la....tp selalu beg plastik shopping komplex tu x tahan mane pon....angkut brg then kuarkan tgk2 smua dah berlubang..nak buat jd plastik sampah pon tak boleh...sbb nnti bocor..... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi klu macro dedolu (skrg ni dah jadi tesco extra smua) mmg xde disediakan plastik kan? angkut la smua brg guna troli then lambak dlm bonet kete......sbbnye mostly dorg jual brg in bulk.....mmg x muat plastik |
|
|
|
|
|
|
|
implement terus paper bag kan senang...habis cerita pasal plastik nie... |
|
|
|
|
|
|
|
42# 220796
mmg ada certain hypermarket ke... yg gunakan biodegradable plastic. yg biasa ku jumpa jusco nye la. klau biar lama2 sket.. dia hancur sendiri... tesco... rasanye tak, cuma dia mmg jenis tak tahan lama la.. senang bocor. tp tak mudah lupus rasanye sbb simpan lama2 pon elok je lg. klau yg jusco tu mmg berkecai2 dia hancur. |
|
|
|
|
|
|
|
45# talapia
eh.. rasanya tesco guna yg bio-degradable juga... sesaper buleh kompomkan..?? |
|
|
|
|
|
|
|
46# ryo_takahashi1
o ye ke?
mungkinla kot. tak pernah lg simpan plastik tesco lama2. biasa dok recycle jadi plastik sampah je. penuh dah bekas isi plastik tu. klau yg jusco dulu mmg pernah la.. dok bungkus walker lama anak simpan elok2. tgk2 apa la yg bersepah2 ni. rupanye plastik bungkus tu dah hancur berkecai. dah satu hal pulak nk bersihkan |
|
|
|
|
|
|
|
45# talapia
sy mmg beli beli brg umah kat tesco sejak 6taun dulu....mmg ambik plastik byk2....mmg dia senang berlubang....sy notice gak plastik tu x boleh simpan lama..x caya u try simpan 2-3 bulan...dia reput sndiri......byk kali dh sy kene sbb tlupa....sy bungkus brg then simpan atas kabinet la....dlm laci la...sekali 1 keje lak nak bersihkan plastik hancur tu.....bila genggang mmg brderai....so plastik cmtu mmg x mencemarkan alam le kan....... |
|
|
|
|
|
|
|
oo.. okla tu.. plastic tesco pon bio degradable. kira bagus. tp mungkin kos utk plastik2 mcm ni lebih mahal compared to plastik biasa kaler merah tu kan.. tp kita jgn lupa.. plastik bukan sekadar plastik pembungkus tu aje. itu termasuk jugakla botl plastik... bekas mkn dsb.
kawasan perumahan saya ada jalankan xtvt recycle setiap bulan. so dgn rajinnye saya kumpul segala jenis plastik kt umah. sampaikan bekas yogurt dan vitagen pon saya recycle. |
|
|
|
|
|
|
|
49# talapia
palstik2 bekas/botol minuman,bekas pencuci smua tu boleh jual balik..rm0.90 1kg...kira ok la kan dari buang cmtu je...klu tin aluminium tu mahal...rm3 1kg.... |
|
|
|
|
|
|
|
smlm beli brg kt satu kedai tu dia isi seme brg2 tu dlm beg kertas yg xde tangkai tu. masa bawa aku kena peluk beg tu hehe |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Syd at 24-5-2010 17:48
USM cipta plastik mesra alam
2010/05/24
GEORGETOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) melangkah ke depan dalam bidang ciptaan dengan menghasilkan plastik mesra alam daripada sisa buah-buahan bagi menggantikan plastik yang tidak boleh terurai untuk kegunaan pembungkusan.
Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr Hanafi Ismail, yang mengetuai tiga ahli pasukan penyelidik berkata plastik yang mampu terurai itu dihasilkan daripada sisa buah-buahan tropika seperti kulit pisang, kulit rambutan dan kulit belimbing.
Ketika ini, katanya, kebanyakan plastik komersial dibuat daripada petroleum dan gas asli yang tidak boleh terurai.
"Idea kami ialah untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang disebabkan oleh petroleum berasaskan polimer yang lengai dengan serangan mikro organisme dan tidak terurai," katanya ketika pengenalan produk yang mereka namakan Fruitplast di sini, hari ini.
Beliau berkata, proses menghasilkan Fruitplast mengambil masa seminggu untuk menukarkan sisa buah-buahan menjadi lapisan plastik.
"Kami telah menjalankan kajian degradasi ke atas Fruitplast dan ia telah membuktikan dalam keadaan dibuang, ia akan rosak dalam satu tempoh masa antara tiga hingga enam bulan. Kos mengeluarkan Fruitplast pula 10 peratus lebih murah," katanya.
"Pada masa ini, kami sedang dalam proses mempatenkan Fruitplast sebelum kami mengeluarkan produk ini secara komersial dalam tempoh kira-kira setahun," katanya.
Sementara itu, Prof Madya Noor Aziah Abdul Azizi dari Bahagian Sains dan Teknologi, Pusat Pengajian Teknologi Industri, sudah menghasilkan mi yang dibuat daripada pisang hijau.
Beliau berkata, mi yang biasanya dibuat daripada tepung gandum, pemakanannya tidak seimbang kerana kebanyakan sumbernya ialah karbohidrat.
"Kami menghasilkan mi dengan menggantikan tepung gandum dalam mi dengan pisang hijau dalam usaha untuk menjadikannya kaya dengan serat diet dan pati bertahan dengan warna semula jadi yang sama dengan mi soba Jepun," katanya
Beliau berkata, mi pisang hijau itu dinamakan mi Greenana.
Katanya, mi Greenana itu ialah diet pilihan bagi sektor populasi dengan kalori tertentu dan glymik keperluan diabetik dan individu yang mempunyai berat berlebihan.
"Pada masa ini kami sedang berbincang dengan sebuah agensi kerajaan bagi mengkomersialkan mi Greenana yang 10 peratus murah berbanding mi organik," katanya.
Beliau berkata, mi Greenana telah menerima anugerah khas bagi Rekacipta Terbaik dan Anugerah Perak bagi rekacipta mi Greenana pada Ekspo Rekacipta Wanita Antarabangsa Korea (KIWIE) 2010, di Seoul. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
minggu ni baru perasan kempen ni dipanjangkan lagi... dulu sabtu aje... skrg sabtu & ahad... ni yg aku perasan kat tesco la... tempat lain sama juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ryo,
tak perasan..
tapi mcm penah ada nampak
takpe, minggu nehh p jenjalan
nak skodeng |
|
|
|
|
|
|
|
td aku g shopping, nak byr tu cashier tu ckp arini takde plastik kene byr 20sen..aku ckp taknak..so aku pun bwk kuar brg2 dgn tgn..kendian aku tgk pak guard mcm nak thn aku..tp aku blah je.berani la tahan aku..aku byr la..cume xnak beli plastik..buat ape |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|