Edited by tension080808 at 7-3-2016 11:41 AM
MOHON PENCERAHAN mengenai article di bawah ........
Anjuran bertaubat ini terkandung di dalam sepotong ayat Al-Quran, di dalam surah Ali Imran, ayat 135:
maksudnya: "Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menganiaya diri mereka sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas dosa-dosa mereka itu |
TIDAK ADA SOLAT SUNAT TAUBAT Tidak ada istilah solat sunat taubat, seperti mana tidak ada istilah solat hajat. Kerana apa yang pasti, para sahabat seperti mana dalam kisah Ka’ab bin Malik dan dua rakannya yang tidak menyertai Rasulullah dalam peperangan Tabuk, mereka bertaubat dan apa yang pasti Rasulullah tidak menyuruh mereka melakukan solat sunat taubat. Taubat itu adalah dengan kita meminta keampunan daripada Allah secara umum. Tidak ada kaedah-kaedah tertentu atau waktu-waktu tertentu yang dikhaskan. Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang mustajab di mana dia boleh mengambil kesempatan dari waktu-waktu mustajab itu untuk bertaubat; seperti ketika sujud, sepertiga malam yang terakhir, hari Jumaat, dan seumpamanya.
TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA
Perlu kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan dan meminta taubat daripada Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat. Maka kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;
- Setelah bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah. Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang saleh. Kalau sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara sunnah. Kalau sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik, sekarang dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
- Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup dengan taubat yang dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku sudah bertaubat maka habis cerita. Seolah-olah taubat itu pasti sudah diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita bertanya, dari mana datang keamanan itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah diterima?
Tidak ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita “Ya, taubat engkau telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu sendiri merupakan satu dosa. 3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak mengulanginya lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
4. Senantiasa lembut hatinya setelah bertaubat yakni meresa bersalah hendak memulakan dosa . Hati merasa lunak dan merasa hampir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Merasa menyesal dan berdosa di setiap perbuatan. Kepada sesama manusia, hati dan jiwa sering ingin memohon maaf di atas kekhilafanya tanpa rasa sekumit merasa diri ini di masih dipihak yang benar.
|