CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Syd

Perbezaan hukuman sebat sivil, syariah

[Copy link]
 Author| Post time 22-2-2010 04:41 PM | Show all posts
- Mstar

Published: Isnin Februari 22, 2010 MYT 9:35:00 AM
Updated: Isnin Februari 22, 2010 MYT 2:47:04 PM
Sebat Sivil, Sebat Syariah...

Oleh SYAHRIL A. KADIR

SAYA rasa ramai yang sudah maklum bahawa tiga wanita kumpulan pertama telah pun menjalani hukuman sebat mengikut undang-undang syariah di negara ini atas kesalahan melakukan persetubuhan luar nikah.

Menurut laporan akhbar, pelaksanaan hukuman itu dijalankan di Penjara Wanita Kajang pada 9 Februari lalu dengan disaksikan 13 orang termasuk Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan serta pegawai dari Bahagian Syariah Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

Semalam, saya difahamkan yang wakil media turut diberi kesempatan menyaksikan demonstrasi hukuman sebat ke atas pesalah syariah wanita berkenaan.

Mengikut undang-undang syariah, hukuman itu hanya dijalankan ke atas pesalah yang disahkan sihat oleh pegawai perubatan hospital kerajaan.

Selain itu, hukuman dilaksanakan dalam keadaan pesalah menutup aurat oleh pegawai sebat wanita. Rotan yang digunakan pula berukuran maksimum 1.22 meter panjang dan ketebalan 1.25 sentimeter bergantung keputusan mahkamah.

Saya dimaklumkan, di bawah Seksyen 125 dan 126 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560), jika pesalah sedang hamil, hukuman hendaklah ditangguhkan sehingga tamat tempoh dua bulan selepas melahirkan atau keguguran, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Mungkin ramai tertanya-tanya, adakah hukuman sebat ke atas pesalah syariah ini sama dengan pesalah sivil? Jawapannya sudah tentu ia jauh berbeza.

Sumber penjara memberitahu saya, dalam kes pesalah syariah, si tukang sebat hendaklah menggunakan alat sebatan dengan kekuatan sederhana tanpa mengangkat tangan melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.Selepas satu sebatan, dia hendaklah mengangkat alat sebatan ke atas dan tidak menariknya.

Sebatan boleh dibuat ke seluruh bahagian tubuh kecuali muka, kepala, perut, dada atau bahagian-bahagian sulit.

Pesalah juga hendaklah memakai pakaian mengikut hukum syarak. Jika pesalah itu lelaki, sebatan hendaklah dibuat dalam keadaan dia berdiri dan bagi perempuan, dalam keadaan duduk.

Bercakap mengenai hukuman sebat ini, saya tidak tahu adakah saya boleh dikategorikan sebagai 'bertuah' atau 'malang' sebenarnya.Ini kerana sewaktu bertugas sebagai wartawan jenayah beberapa tahun lepas, Ketua Pengarah Penjara ketika itu, Datuk Mustafa Osman secara peribadi telah memberi peluang kepada saya untuk menyaksikan sendiri hukuman sebat ke atas pesalah sivil - bukan syariah - di Penjara Kajang.

Pada mulanya saya agak teruja dengan tawaran tersebut, apatah lagi bila saya diberitahu pihak penjara tidak sewenang-wenangnya memberikan peluang kepada orang awam seperti saya untuk berbuat demikian.

Namun bila tiba hari yang dijanjikan, saya tiba-tiba dihantui rasa takut dan gementar, apatah lagi apabila dimaklumkan yang ada di antara banduan pada pagi itu akan disebat melebihi 10 sebatan, alamak!

"Di pertengahan hukuman nanti kalau Encik Syahril dah tak sanggup tengok, angkat tangan, saya akan arahkan pegawai saya mengiringi encik keluar," kata seorang pegawai kanan penjara kepada saya sejurus sebelum kami memasuki kawasan penjara.Saya hanya tersenyum. Namun Allah saja tahu debaran dada saya ketika itu.

Dipendekkan cerita, saya kemudiannya dibawa masuk ke kawasan hukuman sebat dijalankan. Ia terletak tidak jauh dari klinik penjara.Dari jauh saya sudah nampak lebih 40 orang banduan sedang duduk mencangkung. Saya agak terkejut kerana jumlahnya jauh lebih ramai daripada apa yang saya sangkakan.

Kesemua banduan ini bercawat, di mana hanya sehelai kain menutupi kemaluan mereka manakala bahagian punggung masing-masing agak terdedah.

Wajah cuak dan risau jelas terbayang di muka mereka, kesemuanya hanya diam seribu bahasa, tidak kurang juga yang saya lihat seolah-olah membaca sesuatu, mungkin sedang membaca mentera atau doa tahan sakit agaknya.

Saya kemudiannya mengambil tempat di satu kawasan terbuka. Kelihatan doktor dan pegawai kanan penjara sedang bersiap sedia untuk memulakan 'sesi' tersebut.

Lebih kurang 10 minit selepas itu, masuklah si tukang sebat. Dengan susuk tubuh yang tegap dan ketinggian hampir enam kaki, ternyata ia sudah cukup menggerunkan siapa saja yang melihatnya.

Sebelum bermula, saya melihat si tukang sebat tadi melakukan sedikit senaman ringan, kemudian dia mengambil sebatang rotan sambil mengacah-acah ke arah kayu berbentuk tripod (tempat di mana banduan akan diikat).

Tiba masa yang dijanjikan, banduan pertama di bawa masuk. Hati saya mula gelisah. Saya berdoa agar diberi 'keberanian' untuk menyaksikan hukuman yang cukup menyeksakan ini.

Selepas dibacakan kesalahan dan bentuk hukumannya oleh seorang pegawai penjara, banduan tadi pun di bawa ke kayu palang berbentuk tripod tersebut dan terus diikat rapi di bahagian kaki dan tangannya. Dia dikenakan 10 sebatan atas kesalahan merogol, phewww!

Di bahagian kepala, ada seorang wadar yang ditugaskan untuk memegang kepala banduan tersebut.

Tidak sampai beberapa minit selepas itu, si tukang sebat pun 'melibas' punggung lelaki berkenaan dengan hayunan yang cukup kuat. Gedebummmmm!!!

" ALLAHU AKBAR!!!! " , jerit banduan tadi sebaik saja sebatan pertama hinggap di punggungnya.

Saya mengucap panjang, memang dahsyat hukuman tersebut, saya dapat lihat punggung banduan itu seolah-olah berdebu kesan kulit yang pecah.

Bila sampai saja sebatan yang ke lima, saya lihat darah mula mengalir bagaikan air sirap pekat, membasahi punggung banduan berkenaan. Kulitnya seolah-olah tertanggal dari isi.

Saya dapat lihat air kencingnya mengalir, mungkin kerana tidak dapat lagi mengawal kesakitan yang ditanggung.

Bila masuk saja sebatan ke tujuh, dia sudah tidak mampu lagi mengeluarkan suara, saya hanya nampak punggungnya saja bergetar-getar menahan 'sengsara'.

Akhirnya cukuplah bilangan 10 sebatan. Selepas ikatan dibuka, dia pun terus di bawa ke klinik penjara.

Kelihatan air mata mengalir di pipinya... ketika ini dia sudah tidak boleh berjalan dengan betul lagi, malah dia terpaksa dipapah oleh dua orang wadar bertugas.

Terus-terang, saya tidak sanggup lagi melihat adegan seterusnya. Dengan pantas saya mengangkat tangan meminta agar dibawa keluar dari kawasan penjara. Saya lihat beberapa pegawai penjara hanya tersenyum melihat gelagat saya yang 'cuak' itu.

Doa saya hanya satu. Biarlah ini kali pertama dan biarlah juga ini kali terakhir saya melihat hukuman sebegitu. Dan saya tidak bercadang lagi untuk berbuat demikian walau wang ringit dijadikan sandaran.Saya trauma!

**SYAHRIL A. KADIR adalah blogger dan bekas wartawan kanan jenayah yang pernah bertugas dalam akhbar arus perdana serta media elektronik tanah air. Blog beliau boleh dilawati di www.syahrilkadir.wordpress.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2010 11:10 AM | Show all posts
Tiada beza hukuman lelaki atau wanita

2010/02/25

KUALA LUMPUR: Peruntukan Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah iaitu hukuman sebat tidak boleh dikenakan ke atas pesalah wanita dilihat bercanggah dengan prinsip kesaksamaan dan anti diskriminasi jantina seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, berkata dalam Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan, tidak boleh ada perbezaan terhadap warganegara dari segi agama, kaum, keturunan, tempat lahir, atau jantina dalam mana-mana undang-undang. “Justeru, PKPIM mencadangkan peruntukan dalam Seksyen 289 (a) Kanun Acara Jenayah ini dimansuhkan memandangkan peruntukan terbabit dilihat sebagai ‘Ultra Vires’ kerana ia secara terang-terangan bercanggah dengan Perkara 8 (2) Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan itu merujuk kepada tindakan seorang bekas pengurus bank yang mencabar hukuman sebat ke atasnya kerana peruntukan undang-undang bagi hukuman sebat bersifat menindas dan prejudis terhadap lelaki,” katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.

Katanya, pemansuhan berkenaan perlu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecelaruan sistem perundangan negara khususnya membabitkan peruntukan undang-undang Syariah bagi negeri tertentu. “Secara umumnya, dalam beberapa peruntukan Syariah, hukuman sebat boleh dikenakan ke atas mana-mana pesalah tanpa mengira jantina pesalah berkenaan,” katanya.

“Sebagai contoh, Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) memperuntukkan bahawa bagi sesiapa didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan,” katanya.

Faisal berkata, ia bertepatan lunas perundangan Islam yang menyatakan hukuman sebat boleh dikenakan ke atas kesalahan tertentu tanpa mengira perbezaan jantina seseorang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2010 07:26 PM | Show all posts
kalau sebat tak menyakitkan camna nak jadikan pengajaran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-3-2010 03:01 PM | Show all posts
tengok kat tv..
waktu dorang jalan hukum sebat cara syariah nehh
nampak mcm pelan, tapi mcm terkujat gak badan orang tu...
sakit ker?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2010 10:21 AM | Show all posts
Sebat tak zalim
Oleh Idris Musa
[email protected]
2010/03/03

KUALA LUMPUR: Kekuatan satu sebatan sivil belum dapat menyamai 100 kali sebatan syariah, sekali gus membuktikan hukuman sebat syariah lebih berperikemanusiaan serta bukan bersifat mendera dan menzalimi pesalah.

Peguam Kanan Persekutuan dan Timbalan Ketua Bahagian Penyelidikan (Syariah), Jabatan Peguam Negara, Mahamad Naser Disa, berkata semua orang perlu sedar hukuman sebat syariah berbeza daripada sebatan bagi kes sivil. Menurutnya, hukuman sebatan kes syariah tidak zalim seperti dianggap segelintir pihak, bahkan jauh lebih ringan berbanding hukuman sebat sivil.

“Hukuman sebat syariah dihuraikan di dalam beberapa seksyen enakmen tatacara.

“Dari segi kekuatannya pun berbeza dan saya sudah perhatikan bagaimana pelaksanaan dalam kes tiga pesalah syariah baru-baru ini, memang berbeza. Disebut dalam enakmen tatacara, sebatan itu tidak boleh dilakukan secara kejam, jadi elemen kejam tidak ada dalam sebatan syariah.

“Boleh dikatakan satu sebatan sivil tidak sama dengan 100 sebatan syariah dari segi kekuatannya,” katanya, ditemui selepas Muzakarah Pakar Memperkasakan Undang-Undang Berkaitan Islam: Peranan Majlis Agama Islam Negeri, di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim), di sini, semalam.

Muzakarah itu dihadiri ahli agama, tokoh akademik dan penggubal dasar, dengan empat ahli panel dijemput membentangkan kertas kerja, dipengerusikan Timbalan Ketua Pengarah Ikim, Prof Datuk Dr Zaleha Kamaruddin.

Mahamad Naser yang juga salah seorang ahli panel itu berkata, yang kejam bukan sebatan syariah sebaliknya sebatan sivil, malah konvensyen antarabangsa juga menganggap sebatan sivil itu lebih kejam.

“Saya pun tidak faham, mengapa masih banyak pihak membangkitkan kejamnya sebatan itu sedangkan elemen kejam tidak ada, malah sebatan syariah lebih mementingkan proses pendidikan dan bukannya penyeksaan. Itu perbezaannya,” katanya. Menurutnya, hukuman sebatan syariah juga berjaya menginsafkan, seperti yang berlaku kepada tiga pesalah baru-baru ini.

“Setakat yang kita perhatikan, pesalah itu insaf dan bertaubat, malah bersedia sekiranya disebat 100 kali pun. Mereka menerima hukuman kerana sudah insaf,” katanya.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.059553 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list