|
Wanita tertua penuh tatu
ISOBEL VARLEY mencukur kepalanya
pada 2006 untuk dilukis tatu.
DILAHIRKAN di Yorkshire, England, Isobel Varley, 73, menjadi wanita tertua yang memiliki tatu di seluruh tubuhnya. Mendapat tatu pertama sejak berumur 14 tahun ketika berpacaran dengan seorang kaki motor, Varley hanya menyedari minatnya terhadap tatu setelah menghadiri sebuah konvensyen tatu yang diadakan di Hammersmith Palais di London bersama suaminya.
"Saya begitu kagum dan teruja dengan keindahan sesetengah tatu dan saya sangat terkejut apabila mengetahui mereka yang mempunyai tatu tidak tergolong kepada kelompok tertentu.
"Ada yang datang daripada golongan profesional, tidak kurang juga yang tidak profesional," luah Varley tentang konvensyen yang telah mengubah hidupnya itu.
Motif pilihan merangkumi haiwan eksotik, burung, mamalia yang hampir pupus seperti Orang Utan, buah-buahan, organ badan manusia, rama-rama, pepatung, serangga, karakter bahasa Cina atau Jepun dan sebagainya.
Malah Varley juga berkata dia tidak pernah berhenti walaupun ketika ditawarkan kaedah mencacah tradisional yang menggunakan peralatan berupa seperti pisau bedah.
Pada tahun 2000, Varley diisytiharkan oleh Guinness Book of Record sebagai wanita tertua memiliki tatu di seluruh tubuhnya.
Bagaimanapun, pada tahun 2003, setelah bertemu dengan artis tatu ternama dunia, Filip Leu di Switzerland, Varley memutuskan untuk mencacah tatu di dahi.
Obsesinya itu memberanikan Varley untuk mencukur kepalanya pada 2006 bagi memberi laluan kepada artis Paul O'Connor dan beberapa artis lain mencacah tatu pada keseluruhan kepalanya.
****************************************************************************
.. geli pulak tengok banyaknya tattoo kat perempuan ni -
pelik ada orang yang sampai macam ni... lagi dah tua lagi
tabiat yang entah apa2 eh - just nak masuk dalam GBR - |
|