|
Misteri Mumia Menjerit Oleh Shamsiah Sanin
MUMIA Menjerit yang dipercayai Putera Pentewere.
| Mayat dengan wajah berkerut, mulut terbuka seolah-olah menjerit kesakitan bingungkan penyelidik sejak 130 tahun lalu
SEJARAH Mesir purba sememangnya sinonim dengan kewujudanpiramid dan firaun. Penyelidikan berterusan yang dijalankan ahli pakararkeologi negara itu berjaya membongkar pelbagai kisah dalam sejarahkeagungan Mesir purba yang mengagumkan.
Ahli sejarah Mesir juga tidak ketinggalan menjalankanpelbagai kajian firaun bagi mencari jawapan kepada pelbagai misteriyang wujud di sebalik setiap mumia yang ditemui.
Satu daripada kajian terbaru dijalankan ke atas mumia yang ditemui pada1881 dan kini ditempatkan di Muzium Mesir di Kaherah berjaya membantusekumpulan ahli kaji purba menghimpun sebuah kisah cubaan membunuh,komplot menjatuhkan raja dan bunuh diri.
Analisis mendapati Mumia Mesir yang ditemui dengan wajah yangmembayangkan kesakitan amat sangat itu dipercayai mumia PuteraPentewere, suspek yang disyaki merancang pembunuhan ayahandanya, FiraunRamses III.
Mumia berkenaan dikenali sebagai 'Mumia Menjerit' dan 'LelakiE Yang Tidak Diketahui' berikutan rahangnya yang terbuka luas dan wajahkesakitan yang ditunjukkan, membingungkan penyelidik sejak ia ditemuikali pertama dan hinggalah selepas hampir 130 tahun berlalu.
"Kami percaya ada dua tindakan bertentangan hendak dilakukan keatas mumia ini, satu pihak cuba menghapuskannya dan satu lagi cubamenyelamatkannya," kata Dr Bob Brier, seorang ahli kaji purba yangmenjalankan pemeriksaan dan kajian ke atas mumia itu tahun ini.
Ketika ditemui di lembah Deir El Bahri, 460 kilometer keselatan Kaherah, mumia berkenaan berada dalam keadaan yang menyayathati dengan kedua-dua belah tangan dan kakinya diikat ketat, terlaluketat sehingga bekas ikatan jelas kelihatan. Wajah mumia itu berkerutdan mulutnya terbuka seolah-olah menjerit kerana kesakitan yang amatsangat.
Beberapa ahli kaji purba sebelum ini mengemukakan satu teorimengenai punca kematian mumia itu dengan berkata putera berkenaanmungkin ditanam hidup-hidup atau diracun, atau mungkin seorang Puterayang dikenali dengan nama Hitite dan hidup pada zaman FiraunTutankhamen.
'Mumia Menjerit' itu bagaimanapun bukan Putera Hitite berikutan beliau berkemungkinan besar tidak dimumiakan.
| MUZIUM Kaherah menempatkan mumia. | 揗ereka tidak akan memumiakan putera itu jika mereka membunuhnya,sebaliknya mereka akan menghapuskan mayatnya," kata Brier, sambilmenambah teori bahawa putera itu diracun atau dipaksa meminum racuntidak ditolak.
Satu dokumen papirus yang ditemui menceritakan mengenai satuperbicaraan ke atas permaisuri Firaun Ramses III, yang dijalankan padaabad ke 12 Sebelum Masihi (SM). Beliau didakwa bersubahat membunuhsuaminya untuk digantikan dengan Putera Pentewere.
Komplot itu bagaimanapun segera dibongkar dan mereka yang bertanggungjawab dijatuhi hukuman mati.
Putera Pentewere terlepas hukuman mati berikutan kedudukannyasebagai putera raja, sebaliknya beliau dibenarkan membunuh diri denganmeminum racun.
Keadaan Mumia Menjerit menunjukkan kematian berlaku secaratidak hormat dan ia mungkin membayangkan bentuk hukuman yang diterimaPentewere, jika kisah konspirasi itu benar.
"Kami menemui mumia ini dibalut dengan kulit kambing. Bagiorang Mesir purba, kulit kambing bermakna beliau tidak suci. Beliaumelakukan sesuatu yang jahat di dalam hidupnya," kata Ketua MajlisTertinggi Antikuiti Mesir Dr Zahi Hawass.
揚entewere mungkin dijatuhi hukuman mati dengan disuruhmeminum racun selepas komplot pembunuhan itu berjaya dibongkar, |
|
|
|
|
|
|
|
ke kena seksa sampai mati nih? |
|
|
|
|
|
|
|
macam imhotep - the mummy 1 & 2...yg kena kerat lidah, dan di mumiakan hidup2..kes ketua agama main dgn gundik kesayangan Firaun....nanti dia idup habis la.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 BabeYSHa's post
ader gak baca..sume ahli ekspedisi tuh mati akibat penyakit misteri..one by one.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian die.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|