Baca paper Utusan Online selepas subuh, tiba tiba ada cerita Pak Lah baru lancarkan portal daftar online Partai UMNO
So, aku pun mencuba ke sana, guna Mozilla Firefox. Lepas masukkan IC dah tak boleh buat apa..nak next tak boleh nak undur pun tak boleh.
Kenapa ye ?
Lepas itu, baca di disclaimer
@2008-2010 Setiausaha Agong UMNO Malaysia. Hak Cipta Terpelihara. Paparan Terbaik dengan Internet dengan Internet Explorer 6.0 atau ke atas (800 x 600 piksel) Dibangunkan oleh Bahagian Sistem Maklumat Ibu Pejbat UMNO Kemaskini terakhir 28/08/2008 12.05 PM
Rupanya hanya perlu guna Internet Explorer. Disclaimer ada typo ( padahal Perdana Menteri yg launch )
Ada sesiapa berjaya daftar ? |