|
Seorang lelaki yang sedang dipenjarakan mempunyai seorang anak. Dia begitu sayang dan kasih kepada anaknya tidak mahu berpisah. Dia membawa anaknya tinggal di dalam penjara bersamanya. Di sebabkan kasih itu dia tetap tidak mahu berenggang dengan anaknya meskipun anaknya terpaksa tinggal di dalam penjara yang susah dan gelap.
Sultan penguasa negara tahu tentang perkara ini, lalu Sultan menawarkan tempat dan jaminan keselamatan kepada anak lelaki tadi. Sultan berjanji akan menjaga dan memberikan segala keperluan dan keistimewaan kepada anak lelaki itu dengan syarat lepaskan si anak dari sisinya di dalam penjara.
Lelaki itu sangat sedih untuk berpisah dengan anaknya walaupun jaminan Sultan tentang keselamatan dan segala kebaikan akan diberi kepada si anak. Lelaki itu juga akan tetap bertemu dengan anaknya setelah keluar dari penjara suatu hari nanti. Namun rasa hiba dan tidak sanggup berpisah membuatkan lelaki itu menangis-nangis merayu jangan diambil anaknya kerana dia akan sunyi. Hati kecilnya tahu Sultan tidak akan memungkiri janji.
Kawan-kawan di dalam penjara saling menasihatinya, mereka berkata lepaskan anakmu, biarlah dia bebas bergembira di luar sana. Dia akan setia menantimu. Di luar sana tidak ada kesusahan langsung. Anakmu akan hidup di dalam istana yang indah sentiasa hampir dengan Sultan. Dia akan mendapat segala yang terbaik yang tidak ada di dalam penjara ini. Setelah engkau keluar penjara engkau pasti akan bertemu dengannya tanpa rasa terpenjara lagi. Engkau harus bersabar, tidak patutlah engkau memaksa anak itu tinggal dengan engkau di penjara yang sempit dan penuh kesusahan ini. Jangan lah engkau pentingkan diri, kasihani anakmu yang masih kecil ini. Biarlah dia tenang dan bergembira di luar sana sehingga engkau kembali bertemunya.
Akhirnya lelaki itu akur melepaskan anak yang dicintainya. Sehingga tamat tempohnya dipenjarakan, dia bertemu anaknya kembali di suasana dan situasi yang sangat bahagia tiada kesengsaraan lagi seperti di dalam penjara dahulu. Sultan benar-benar memenuhi janjinya.
Ini kisah dari Rasail Nur.Cerita di atas adalah kiasan, perhatikan si ayah itu umpama kita, Penjara itu adalah dunia, kerana hadith Nabi kata, dunia ini penjara bagi org Mukmin syurga bagi orang kafir. Anak kecil itu umpama anak-anak kita yg kini menjadi angels. Janji Sultan pula ialah janji Allah. Ingatlah, kita sedang bersusah payah di dalam dunia yang sempit menghadapi perjalanan hidup yang mencabar, Sekiranya Allah kehendaki, janganlah pula kita menghalang dan berkeras serta menjadi tidak redha, lepaskan dia kerana di akan sentiasa dalam jagaan Allah sehingga kita keluar dari penjara dunia ini. Our angels akan bergembira di istana Allah, mereka akan sentiasa setia menanti mak dan ayah diaorg. Mereka akan syafaatkan mak dan ayah mereka. Tambah-tambah kita dah curah kasih sayang dan perhatian benar2 tulus ikhlas selama mereka masih di sisi kita |
|
|
|
|
|
|
|
Esok, Hasya dah setahun tapi dia tak ada lagi untuk sambut birthdaynya......happy birthday my princess, Nurzulfa Hasya |
|
|
|
|
|
|
|
bulan lepas, genap 3thn nurul iman pergi. Alhamdulillah bulan ni saya dah dapat khabar baik, saya disahkan pregnan 6minggu. jangkaan bersalin 21 Jun 2012. harap semua kawan2 dapat doakan agar kandungan saya selamat kali ni. Amin. |
|
|
|
|
|
|
|
oh my god, sungguh x sanggup aku nk baca..
mau banjir ofis ni...huhuhuhuhuhuh..
sedih giler tolong la Ya Allah......
Bagaimana kalu satu hari nnti aku di uji sedemikian bagaimana aku nk hadapinya Ya Allah...
dpt aku rasakan bagaimana perasaan ibu2 yang kehilangan anak tersayang..
teringat anakku yg berusia 4 bulan di rumah....huhuhuhuhuhuhu
sedih, aku x sanggup nk baca benang ni..Allahh.. |
|
|
|
|
|
|
|
oh my god...
aku cuba untuk membaca lagi..
cuba untuk mengambil dan merasai ketabahan ibu2 di sini...
tapi aku sudah tidak mampu
sudah x mampu utk membaca tanpa mengalirkan air mata...
oleh sebab skrg berada di ofis aku xleh baca nnti org nampak aku menangis...
mungkin boleh dikatakan, ini Thread yang paling menyedihkan di Forum CARI ni.... huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih sayu sebak hiba..teramat sgt...x sanggup nak baca page2 seterusnya..banjir nih....sian kat mommys dlm umah nih.... |
|
|
|
|
|
|
|
sya nk join team gak, kalo mengikut 1st post TT, baby meninggal dlm kandungan buley join kan..
Baby sya meninggal masa 20 weeks dlm perut.. buat post mortem sume, result nye konon2 ada very2 small defect kat heart, non compacted ventricular muscle.. tu pun diorang tak buley nak 100% certain, sebab diorang just retain tissue kat slide, bukan the whole organ, so pakar tu tak ley nk be sure..
Husband sya tak rasa itu penyebab bb meninggal, dier kate takde rezeki je, tp sya tetap jugak amek tu as a reason, sebab kalo tak, sya akan salahkan takdir je..
Sya sampai berenti keje lepas miscarried tu..
Yang paling sedih, baby tak dikebumi kat mesia, tp kat tempat sya merantau, husband dh decide nk balik mesia for good.. sya takkan dapat g melawat dier dh lagi... sedih nyeee |
|
|
|
|
|
|
|
I lost my son to leukemia..
D pain of loosing a child can never heal.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah untuk semua mommies yang ekhilangan little angles..memang sedih baca semua kisah2 ni..mmg tak boleh bayangkan..Al-fatihah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|