|
BMW 135i coupe yang perkasa
Oleh JOHARDY IBRAHIM
| But seluas 815 liter serta rim roda aloi 18 inci menjadikan 135i Coupe ini bertambah lawa dan kuasa sporty.
|
BMW mendatangkan kejutan global semasa memperkenalkan model 1 Series kompak ke pasaran pada 2004. Penggemar automotif menyifatkan langkah BMW itu adalah untuk memecah dominasi kereta kompak sports Volkswagen Golf and Audi A3.
Kelainan nyata pada 1 Series ialah ia kenderaan tunggal dalam kelasnya yang menggunakan pacuan roda belakang dengan enjin dipasang secara longitudinally.
Sejak 2004 juga, 1 Series telah mencatatkan jualan yang memeranjatkan BMW sendiri iaitu hampir 440,000 unit. Malah, bagi tahun penuh pertama jualannya pada 2005, ia berjaya dijual hampir 150,000 unit iaitu mengekori 3 Series dan 5 Series.
Jualan 1 Series di Malaysia pula, tidaklah sehebat dua varian tersebut. Dari sudut praktikalnya, tidak ramai yang bersedia mengeluarkan belanja setinggi RM168,000 seunit (bagi model kompak BMW 116i). Atas faktor ini, ramai yang memilih 3 Series, meskipun harganya sekali ganda.
Namun kini, varian terbaru dalam 1 Series iaitu 135i memberi tawaran yang lebih kepada penggemar kereta sports.
Daripada kompak kini ia bersifat coupe. Bukan sahaja ia kini memiliki but seluas 815 liter tetapi paling penting, ia diperkasa oleh enjin turbo berkembar 306 kuasa kuda 3 liter enam unit kuasa langsung yang digunakan sama dalam 3 Series.
Teknologi enjin berkembar ini adalah kuasa tulen yang terdapat dalam BMW 135i Coupé. Ia menawarkan piawaian prestasi yang benar-benar unik dalam kelasnya.
Ia mampu memberi maklum balas segera kepada arahan pemandu bila-bila masa sahaja ia dikehendaki dan pada masa yang sama, mengekalkan Kemuncak Kenikmatan Pemanduan yang diberi penekanan oleh BMW.
Ia boleh mencecah kelajuan 100 km/j dalam tempoh hanya 5.3 saat dengan kelajuan tertinggi 250 km/j.
Namun keberanian penulis hanya sekadar 220 km/j dalam tempoh beberapa kilometer lebuh raya yang lengang!
Satu aspek yang mengagumkan ialah dalam tempoh empat hari pandu uji dengan purata kelajuan 160 km/j sejauh 400 km perjalanan, masih ada tiga takat minyak daripada 53 liter tangki penuh.
Ini penjimatan luar biasa daripada teknologi BMW! Menurut BMW, penggunaan minyaknya ialah pada purata 9.6 liter bagi setiap 100 km.
Teknologi enjin yang menggunakan suntikan Berketepatan Tinggi iaitu merupakan generasi kedua suntikan langsung minyak - memainkan peranan utama dalam konsep penggunaan bahan api ke paras minimum.
Ia boleh dibandingkan dengan enjin turbocaj yang sama kuasa memaparkan suntikan pancarongga pengambilan (intake manifold), yang mengurangkan penggunaan minyak kira-kira 10 peratus.
Enjin tersebut diperkasa oleh teknologi EfficientDynamics pada transmisi automatiknya yang memaparkan teknologi pengubah baru dengan pengurang kilasan bersepadu yang menurunkan kehilangan kuasa dan membolehkan tempoh penukaran gear dan maklum balas lebih pantas.
Menerusi manfaat daripada ciri-ciri tersebut, BMW 1 Series Coupé menawarkan rasa pemanduan sporty yang sinonim dengan BMW pada versi transmisi automatiknya.
Transmisi itu dilengkapkan dengan fungsi Steptronic, bersama padel penukar pada roda stering ala kereta F1.
Kuasa yang dijana dari enjin disalurkan ke roda belakang, menjamin daya cengkaman yang optimum dan pengendalian selamat. Dan pemisahan antara kuasa pacuan dengan roda stering, memberikan kenderaan ini suatu pemanduan yang teguh sepanjang masa.
Gandar belakangnya merupakan lima-binaan yang menggambarkan keperluan kenderaan terutama pada enjin berkuasa tinggi dan daya cengkaman yang hebat. Gandar depannya pula dibina sama piawaiannya dengan segmen kompak.
Sebagai kenderaan paling berkuasa dalam kelasnya, BMW 135i Coupé dipasangkan dengan rim roda aloi 18 inci dan Gantungan M Sports merupakan ciri standard bagi 135i Coupe serta sistem brek berprestasi tinggi yang memaparkan enam omboh (piston) lengkap dengan angkup (callipers) pada gandar depan dan dua omboh dengan angkup pada belakang.
Sistem Gantungan M Sports yang terdapat hari ini pada kebanyakan kereta BMW telah melalui proses inovasi yang tinggi. Tiada lagi gegaran memualkan setiap kali kenderaan melalui garisan kuning penghalang kelajuan.
Namun ia tidak dapat menghalang rasa geram disebabkan permukaan jalan di Malaysia ini yang berombak-ombak (bertampung-tampung tidak rata) di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya.
Kebanyakan orang akan berkata mereka memilih sesuatu model berdasarkan kecantikan estetikanya, kemudian melihat pada ciri-ciri enjin serta lain-lain pada kereta dan terakhir ialah harga.
Dalam konteks ini, BMW 1 Series Coupé tidak akan mengecewakan dari sudut estetikanya. Di bahagian depan, mungkin ramai yang akan menyamakannya dengan model Z4. Bezanya Z4 ialah ia sememangnya hanya ada dua kerusi dan berada dalam segmen berlainan, walaupun mungkin dari segi prestasi, 135i tidaklah jauh sangat.
BMW 1 Series Coupe ini menggambarkan pemiliknya berjiwa muda, berjaya dalam hidup dan berani menghadapi rintangan. Perhatikan dari sudut sisi bermula bucu lampu depan ke lampu belakang, ia penuh dengan ciri maskulin.
Reka bentuk dalamannya berwarna gelap dengan kerusi disalut kulit - semuanya intipati penting watak sporty yang ada pada BMW 1 Series Coupe ini. Dan sesuai dengan elemen BMW, panel pemukanya mirip dengan semua model BMW yang lain.
BMW 135i ini ditawarkan pada harga atas jalan RM423,800 sebuah. Apakah keadaan ekonomi global yang tidak menentu pada tahun 2009 akan memberi impak kepada jualan kereta mewah, hanya masa akan menentukan. Namun, BMW tidak bimbang disebabkan bilangan peminat dan pengikutnya di Malaysia yang semakin bertambah dari tahun ke tahun.
wowzieeeee sumer keta cantek.. sumer keta best .. sumer keta bmw aku nakkk yg tarak.. ongkosnya jer... half mill.... mana ler larat weyyyy |
|
|
|
|
|
|
|
baik beli yg kontot nya..
baru je 168k.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by stfunewbiez at 4-1-2009 11:07 AM
baik beli yg kontot nya..
baru je 168k..
yg kontot tuh mane power...116i kan?ini 135i...power lebih skit..stkt nak kejar wajalution bole sngt da... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Kezman at 4-1-2009 12:09 PM
yg kontot tuh mane power...116i kan?ini 135i...power lebih skit..stkt nak kejar wajalution bole sngt da...
yg kontot tu byk versinya...116i, 118i, 120i, 130i...tapi kalu setakat wajalution, 116i aje dah cukup sesangat |
|
|
|
|
|
|
|
Kejmang, ade review x? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzcbr at 4-1-2009 11:53 AM
yg kontot tu byk versinya...116i, 118i, 120i, 130i...tapi kalu setakat wajalution, 116i aje dah cukup sesangat
mmg ler..die kata yg 168k...yg 168k 116i ler.....wajalution laju weh skrg...siap hood carbon fiber(ntah2 stiker jer)..takut waaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nik2121 at 4-1-2009 12:42 PM
Kejmang, ade review x?
review ape lak nyer?aku mane penah pakai 1-series... |
|
|
|
|
|
|
|
ambik 5 series rekon, tak jauh beza dgn harga 1 series baru neh |
|
|
|
|
|
|
|
xyahla rekemen camtuh FERR....different car for diferent purpose...mmg la keta ni kecik...tp laju beb...power...
5 series more utk selesa2, comfort....kalau org nak laju, sedap cilok, amek la 135i nih... |
|
|
|
|
|
|
|
bleh smoke porsche boxter!! woooo |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 Kezman's post
dia suh topup kan skit kedit handphone dia kott.. dlm rm5 jer kan? kalau hotlink laa |
|
|
|
|
|
|
| |
|