CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7152|Reply: 40

Budaya Lepak Malam

[Copy link]
Post time 28-12-2008 01:58 PM | Show all posts |Read mode
RENCANA

BUDAYA lepak malam


Antara keunikan masyarakat Malaysia yang menarik perhatian pelancong dan diplomat asing ialah budaya lepak malam di restoran terutama di bandar besar.

Lihatlah di restoran-restoran mamak dan kopitiam yang menjadi tumpuan pengunjung, saban malam. Disebabkan sambutan ramai, makin banyak restoran 24 jam beroperasi di Lembah Klang.

Antara yang popular ialah sebuah restoran besar menggabungkan dua konsep iaitu restoran biasa dan kopitiam di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur. Adakalanya sehingga pukul 3 pagi, restoran tersebut masih dipenuhi pelanggan. Walaupun sebahagian yang datang melakukan urusan seperti perbincangan skim jualan langsung dan politik tetapi rata-rata kebanyakan pengunjung boleh dikatakan sekadar minum sambil berbual.


Pernah jadi perdebatan agar kerajaan menghadkan operasi restoran 24 jam bagi mengekang budaya negatif di kalangan rakyat negara ini tetapi ia kemudian tenggelam.

Sememangnya isu berkenaan menarik untuk terus diperdebatkan kerana ada aspek baik dan buruknya.

Yang pasti, Awang perhatikan ialah semakin ramai lelaki, kebanyakannya berstatus suami suka melepak di tempat-tempat sebegitu. Mengapa mereka tiada di rumah bersama isteri dan anak- anak biarpun jam sudah pukul 2 pagi? Bagaimana kita mahu memperkukuhkan masyarakat penyayang kalau si ketua keluarga kerap hilang pada larut malam?

Awang tidak mahu mengulas panjang kerana kerap juga minum teh tarik dan kopi putih bersama rakan-rakan di restoran sedemikian dengan komitmen kononnya tidak mahu pulang lewat tetapi selalu juga terlajak.

Masalahnya kita orang lelaki sentiasa lupa bahawa isteri dan anak-anak di rumah juga mempunyai hak ke atas kita. Ini termasuk masa untuk kita bersama mereka. Semoga tahun baru nanti, Awang akan lebih berdisiplin dalam hal ini untuk kurang berjaga malam di luar dan lebih masa bersama keluarga. Bagaimana dengan anda yang lain?


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT


selalunya masa ujung minggu neh selalu la org lepak kat kedai mamak tgk EPL ke UCL ke....kdg2 x makan pun, minum je....korang2 sume ade lepak2 camni? lepak kat porem x kire ye....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 01:59 PM | Show all posts

Balas #1 NIXAR\ catat

aku tak lepak mlm2, habis keja balik rumah je, kalau tak keja duduk rumah, keluar rumah ni buat habis duti je
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:01 PM | Show all posts
1st reply..nik kalah...well,aku tak suka lepak2 luar lepas jam 12 tgh malam..tak molek untuk kesihatan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 02:02 PM | Show all posts

Balas #3 razhar\ catat

ko 2nd la....
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:02 PM | Show all posts

Balas #3 razhar\ catat

saje je bg can

aku ske lepak tepi pantai je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2008 02:03 PM | Show all posts
lupe lak...somber dari Otosan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-12-2008 02:04 PM | Show all posts

Balas #2 sekngucing\ catat

bagus la ko neh....org bukak gerai mesti mencik org mcm ko neh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:06 PM | Show all posts

Balas #7 NIXAR\ catat

aku dekat rumah kubang kerian banyak kedai makan tak pernah pegi lepak walau sekali pun, sampai pakcik aku dg rumah tanya kedai mana best kat sini aku takbleh ckp
-aku tak suka lepak2 kedai makan, kalau sekali sekala tu ok, tapi kalau nak lepak2, berbual kosong aku jadi cepat bosan, banyak keja lg kat rumah bleh buat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 02:06 PM | Show all posts
BTW, satu lagi cara nak bg orang lepak lama kat gerai

pastikan pelayan tu awek cun

kat Ghanu ni ade satu gerai yg gune konsep ni...
aku kalau lepak sana, mesti paling kurang pun 3 jam
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:08 PM | Show all posts

Balas #9 nik2121\ catat

itu bukan budaya lepak malam.. itu budaya sekodeng awek
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 02:08 PM | Show all posts
aisey... da kene move
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:03 PM | Show all posts
kat mesia ni panas. jadi org suka keluar malam.


dan bagi org yg dah berkeluarga, biasanya, si laki tu keluar selepas dia dah bawak family dia keluar.

mcm jiran jiran aku, banyak yg mcm tu, lepas isyak keluar ngan family. balik kul 11, antar anak bini, dia sambung dengan kawan kawan.


aku memang tak suka keluar. kalau malas masak pun, tapau balik makan kat rumah. duk kat restoran buang masa... tv asyik pasang drama swasta...

pasanglah bloomberg ka... awani ka.... baru syok
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:06 PM | Show all posts

Hah! Hah! Hah!

Originally posted by NIXAR at 28-12-2008 13:58
RENCANA

BUDAYA lepak malam

Antara keunikan masyarakat Malaysia yang menarik perhatian pelancong dan diplomat asing ialah budaya lepak malam di restoran terutama di bandar besar.

Lihatlah ...




Masalahnya mereka ni bukan ajer lepak dan borak... Siap tibai roti canai atau nasik lagi... 'Berat' tu untok 'makan malam'... Worang dedulu lepak borak minum kopi jer sambil men dam... Hik! Hik! Hik!


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:28 PM | Show all posts
biler lagi nak melepak .. pagi sampai mlm keja je.. hurm.. terpaksa la lepak tgh2 mlm.. lagipun waktu patang *5pm - 7pm* roti canai takde lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 03:52 PM | Show all posts
kitorg 1 family mmg ok je psl kuar mlm..
yg dah bujang2,mmg dgn kwn bujang2 laaa..tp kdg2 as fmly pun kitorg kuar..saje pekena teh tarik roti canai.

yg x moleknya klu husband asek kuar mlm tgl anak bini.skali skala lepak dgn kwn,ok laa..
dan klu yg ppuan,klu dok bujang,ok lg.tp klu still dok dgn fmly,kurang manis laa klu asek balik 2,3 pg..

mcm aku dulu,klu balik lmbt,aku ckp je mak aku balik lewat,so trus tdo umah kwn.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 04:56 PM | Show all posts
Hmmm..........budaya lepak malam ni merupakan budaya tegar aku sebelum kawin dulu...esp. dgn geng sesama porem....mmg meriah...kalau masa balik tu...selagi belum pukul 2 atau 3 pagi..mmg tak sah le..

Tp budaya ni stop serta merta lepaih aku kawin...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2008 09:27 PM | Show all posts
susah nk stop
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 10:33 PM | Show all posts
haha..
anak dara x elok lepak malam2;) ;)
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 08:48 AM | Show all posts

Balas #18 sawi_bayam\ catat

skang ni budaya lepak malam...yg biasanya dimonopoloi oleh kaum lelaki....dah ramai Kaum2 Hawa ni amik tempat ...tak caya...gi la maple kat Bangsar sana tu....restoren NZ kat Wangsa maju tu...dan kat mana2 restoren yg bukak 24 jam...siap gelak ketawa berdekah2 ..mengilai2 cam Cik pon kalau ketawa..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2008 12:01 PM | Show all posts
Originally posted by medangmru at 29-12-2008 08:48 AM
skang ni budaya lepak malam...yg biasanya dimonopoloi oleh kaum lelaki....dah ramai Kaum2 Hawa ni amik tempat ...tak caya...gi la maple kat Bangsar sana tu....restoren NZ kat Wangsa maju tu...dan ...



yup..even di mana2pun..
tapi saya x buat cam tu lahh..
insyaallah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.226235 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list