|
Peniaga temui cicak berkepala dua
Beginilah rupa cicak berkepala dua yang ditemui Mohd. Roslan
Hashim berhampiran kedainya di Taman Sena Indah, Kangar, semalam.
KANGAR 20 Dis. - Seorang peniaga barangan telekomunikasi di sini terkejut apabila menjumpai seekor cicak yang mempunyai dua kepala di Taman Sena di sini hari ini.
Mohd. Roslan Hashim, 41, berkata, kepala cicak 'kedua' itu terdapat di bahagian ekor cicak tersebut yang ditangkap olehnya pada malam Khamis lalu berhampiran kedainya.
Katanya, pada mulanya dia tidak mempercayai terdapat cicak berkepala dua apabila ada pelanggan yang melihat cicak itu dan memberitahunya.
''Mereka ingin meminjam kamera untuk mengambil gambar cicak berkepala dua itu.
''Apabila melihat sendiri baru saya percaya kerana pada bahagian ekor cicak itu memang terdapat bentuk seakan-akan kepala dengan bentuk seperti mata dan mulut," katanya di sini hari ini.
Menurut Roslan, kewujudan cicak berkepala dua itu menjadi tarikan apabila pelanggan yang datang ke kedainya kehairanan melihat cicak yang unik tersebut.
''Saya meletakkannya di dalam bekas kaca serta memberikannya makan serangga.
''Pada penglihatan saya cicak itu berada dalam keadaan sihat kerana ia sangat aktif," katanya.
Tambahnya, dia bercadang menghantar cicak itu kepada mana-mana pihak yang berminat membuat kajian mengenainya.
''Saya tidak berminat untuk menjual cicak ini kerana bagi saya ia sangat istimewa dan sukar ditemui.
''Cicak ini akan dipamerkan di kedai saya agar pelanggan yang datang dapat melihat keunikannya," katanya.
*****************************************************************************************
ingatkan kepala dua yang macam ular kepala dua yang ada pernah tengok gambar tu
tapi lain pula.... macam2 kejadian makhluk Allah ni.. dengan kehendakNya juga - |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
orang tua-tua cakap bunuh cicik hari jumaat dapat pahala |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua-tua juga cakap beruntung bertuah kalau jumpa binatang yang pelik-pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 Gunner's post
belum pernah jumpa -
tengok kat zoo pernah la...
saya nak tengok buaya kepala dua -
mesti ada.. tapi mana ye -
nanti boleh google nak cari - |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 dexa\ catat
Selalunya kepala 2 bercantuk kat depan,, yang ni 1 kat depan, 1 kat ekor.. camner dia ni nak berjalan ek, mesti berebut ke 1 hanyalah kembar parasit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 princebrunei's post
tu la.. saya terfikir...
sapa yang tak kuat.. kena gostan sokmo la.. - |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #5 princebrunei's post
tapi kan.. yang sekor tu..(kepala belah kiri tu) macam buta aje.. -
mata dia orange orange camtu -
tak nampak color hitam - |
|
|
|
|
|
|
|
yakk....geliii.....tak sanggup tengok...kat newspaper dah keluar gambar ni hari ni... |
|
|
|
|
|
|
|
ampat nombor punya kaki memang suka menatang ni... |
|
|
|
|
|
|
|
kalo diganggu menatang tu, kepala mana tertanggal dulu? |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling geli dgn menatang cicak nih..ari tuh tiba2 dia merayap kat senduk nasik..aku tak perasan..nak amek je senduk nasik nak ceduk tiba2 cicak nie muncul..eeiii..terjerit jantan aku... |
|
|
|
|
|
|
|
a'ah manusia pun ada yg berkepala dua inikan pula haiwan...ciptaan allah sumer tu...subhanallah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|