View: 3884|Reply: 8
|
MOHON BANTUAN : Kanak-kanak hilang - Nur Khairunnisa Syahida
[Copy link]
|
|
Assalammualaikum...dan Salam Sejahtera,
Saya memohon jasa baik anda semua, sekiranya terjumpa atau terserempak dengan kanak-kanak ini yang bernama Nur Khairunnisa Syahida, sila
hubungi En. Rosli di talian 013-606 5757 atau e-mailkan ke [email protected] / [email protected] secepat yang
mungkin.
Anda juga boleh menghubungi balai polis yang berdekatan dengan tempat anda.
Kanak-kanak ini telah hilang selama 13 hari iaitu dari 14hb November
2008 yang lalu. Beliau dilihat kali terakhir memakai t-shirt berwarna hitam
dan berseluar jeans berwarna biru. Pelbagai usaha telah dijalankan namun
belum berhasil.
Tolong panjangkan e-mail ini kepada semua kenalan atau group2 yahoo
anda.
Sekian, terima kasih.
Kerjasama dan bantuan anda amat kami hargai?
[img]%5BIMG%5D%5B/IMG%5D[/img] |
|
|
|
|
|
|
|
Moga dia selamat & kembali kepangkuan keluarga........AMIN......... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mrserra's post
kali terakhir budak ni kat mana
[ Last edited by adi143 at 28-11-2008 09:05 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
saya minta maaf , saya pun tak dapat banyak maklumat pasal budak ni....
saya dapat emel dari kengkawan, nanti saya minta more info pasal budak ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dalam metro ari ni ada citer pasal budak ni.
Ghaib tanpa kesan
Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
[email protected]
KUALA LUMPUR: “Dia kelihatan murung selepas memperoleh keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seolah-olah tidak gembira dengan pencapaiannya,” kata ibu Nur Khairunisa Syahidah Shaari, 12, kanak-kanak yang menghilangkan diri secara misteri sejak dua minggu lalu dari rumahnya di Pantai Dalam.
Ibunya yang mahu dikenali sebagai Nora, 41, berkata anak ketiga daripada empat beradik itu seolah-olah menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.
Katanya, Nur Khairunisa tidak ceria seperti sebelumnya dipercayai kerana keputusan yang diperoleh tidak memuaskan hatinya.
“Saya tidak pasti apa yang disembunyikan dan perubahan sikapnya mula dikesan selepas keputusan UPSR diumumkan baru-baru ini,” katanya kepada Harian Metro di sini, malam tadi.
Menurut Nora, anaknya menghilangkan diri secara misteri dari rumah pada 15 November lalu dan gagal dikesan hingga sekarang.
Katanya, ketika kejadian, Nur Khairunisa didatangi seorang kawan sebelum dia terus keluar mengikut rakannya itu.
“Saya yang berada di dapur tidak sempat memanggilnya dan dia hilang begitu saja sampai sekarang.
“Sejak kehilangannya, kami sekeluarga mencarinya di serata tempat termasuk di rumah kawan dan saudara-mara namun gagal,” katanya.
Nora berkata, sebagai ikhtiar, dia turut berjumpa beberapa pengamal perubatan tradisional untuk menjejaki anaknya namun gagal.
Katanya, sejak hari kejadian Nur Khairunisa langsung tidak menghubunginya dan dia bimbang kejadian buruk menimpa ananya itu.
Selepas puas mencarinya di merata tempat, suami Nora membuat laporan di Balai Polis Pantai berhubung kehilangan anaknya tiga hari selepas kejadian.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Nur Khairunisa diminta menghubungi talian 013-6065757 atau balai polis berhampiran. |
|
|
|
|
|
|
|
laa ilang lagi kerrr
ntah ntah di lombok |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah rancang sesuatu neh.. bijak betul..
harap dia dapat kembali semula.. |
|
|
|
|
|
|
|
moge dia balik ke pangkuan keluarga |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|