CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: savvy_optra

KEPUTUSAN UPSR

[Copy link]
Post time 14-11-2008 09:47 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 09:43 AM
huhuhuh agama...agama azz ade dpt A, tp x selalu sgt, ekekek... mmg ade tips jawabnye, n ade satu jawapan ni dorang xleh nk tolak, leh apply kt byk jenis soklan, konfem jawapan ni dorrang akan te ...



girl agama 1a time SPM

tapi biasalah, teori sajork

tassawur islam yg tak pernah2 2A, tetiba time SPM 2A:eek:

over konpiden kekdahnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 09:48 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 09:44 AM
betul la...


sbb sekolah ulu kinta tu ade kot 8 org je 8A, 8-10 org je 7A, so nk cukup \kan kelas sains, mesti yg 2A pon masuk gak kan...


ulu kinta skolah campor ek:eek:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:53 AM | Show all posts

Reply #81 auntie_girl's post

hehe, sekolah azz agama plg sikit org dpt A...


yg selalu bg kejayaan kat sekolah azz tu subjek maths la... modern maths tapi...


sbb cikgu2 math die bgs, esp cikgu tuisyen kitog, die ngajo kt tuisyen math add math sains n fizik, tp kt sekolah ngajo KH
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:54 AM | Show all posts

Reply #82 auntie_girl's post

ye la...


siap ade org asli
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:56 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 09:53 AM
hehe, sekolah azz agama plg sikit org dpt A...


yg selalu bg kejayaan kat sekolah azz tu subjek maths la... modern maths tapi...


sbb cikgu2 math die bgs, esp cikgu tuisyen kitog, die nga ...



moden math ok, add math:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 09:58 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 09:54 AM
ye la...


siap ade org asli



skolah rendah girl sume pompuan

banyak cina plak tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-11-2008 10:00 AM | Show all posts

Reply #85 auntie_girl's post

azz asal math je azz suke...

ralat juga masa U xde amik, tp xpela...


math n add math je subjek yg azz konpiden masa spm azz leh dpt A1, subjek lain tarak...
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:03 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 10:00 AM
azz asal math je azz suke...

ralat juga masa U xde amik, tp xpela...


math n add math je subjek yg azz konpiden masa spm azz leh dpt A1, subjek lain tarak...



tak suka addmath

sbb tuh ler tak skor


ingatkan fail dah

girl dpt B sajork

time tuh rasa, mesti graf giller2 punya rendah....org yg salu cukup makan cam girl pon dapat b
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-11-2008 10:03 AM | Show all posts

Reply #86 auntie_girl's post

azz xpernah sekolah satu jantina ja, azz xske

tp sekolah ipoh kn byk camtu,
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:04 AM | Show all posts

Reply #88 auntie_girl's post

add math kan kalau dpt berbelas markah dah lulus
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 10:07 AM | Show all posts

Reply #86 auntie_girl's post

tapi seklah mgs ni dah establish...
biasenye budak2 dari mgs ke.. convent ke... kalau compare student yang dari sekolah kebangsaan ni.. BI die orang strong...
mungkin pengaruh sekeliling..
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by Al Lebam at 14-11-2008 10:07 AM
tapi seklah mgs ni dah establish...
biasenye budak2 dari mgs ke.. convent ke... kalau compare student yang dari sekolah kebangsaan ni.. BI die orang strong...
mungkin pengaruh sekeliling..



kalo bro nak tau, mula2 dulu, masuk f1, BM girl terok sangat

BM versi cina dok cakap

lor, laaa, maaa, sume ada

english pon, taklah hebat mana, tapi compare to classmate, better sket jer as suka baca buku2 citer omputeh.....

tapi since masuk skolah menengah, ku jarang baca buku

last2 BI dah jadik average jer
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:07 AM | Show all posts
Originally posted by azz_azza at 14-11-2008 10:03 AM
azz xpernah sekolah satu jantina ja, azz xske

tp sekolah ipoh kn byk camtu,



ha ah....ipoh banyak skolah sume 1 jenis jer

pompuan jer dah baper skolah
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:22 AM | Show all posts

Reply #93 auntie_girl's post

tu lah...

tp kesian sekolah premier yg daily skool ni, sbb sekolah depa cam sedih sket, pegi ave maria konven, alahai... sume masih kayu, nk reput pon ade
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 11:23 AM | Show all posts

Reply #91 Al Lebam's post

sejak duk matrik n indo bhs inggeris dah hancus lebur dah...


tp satu je, kalau g inteview mesti fluent, mungkin tepakse kot,
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2008 08:30 PM | Show all posts
Originally posted by savvy_optra at 13-11-2008 02:06 PM
saje je bukak thread ni..savvy rasa gembira je arini..adik bongsu savvy berjaya dapat 5A....



Tahniah buat adik savvy...

sekolah teman calon ada 12 orang. 2 orang dapat 5A.
Alhamdulillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2008 10:09 AM | Show all posts
6,100 layak ke sekolah asrama penuhOleh Khairina Yasin dan Amin Ridzuan Ishak
bhnews@bharian.com.my

KETUA Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom menunjukan Analisis Data Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 ketika sidang media di Putrajaya, kelmarin. - Foto Izhari Ariffin.

Murid luar bandar diutama berikutan saingan sengit 92,800 pemohon untuk sesi 2009

KUALA LUMPUR: Hanya 6,100 daripada 46,461 murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, berpeluang memasuki sekolah berasrama penuh (SBP) Kementerian Pelajaran bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah.

Selain jumlah itu, Mara menyediakan 5,320 tempat kepada lulusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini bagi memasuki Tingkatan Satu di 38 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara, bagi sesi persekolahan tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata jumlah tempat yang terhad itu, berbanding jumlah pelajar cemerlang bakal menyaksikan persaingan sengit bagi merebut tempat ke SBP.


"Sejumlah 48 SBP di seluruh negara hanya dapat menampung seramai 6,100 pelajar Tingkatan Satu pada sesi persekolahan akan datang.

Itu belum lagi dikira pelajar yang memohon kerana kami menerima sebanyak 92,800 permohonan.

"Jadi, sudah tentu persaingan mendapatkan tempat dijangka sengit berikutan keinginan ibu bapa mahukan anak mereka belajar di SBP kerana kualiti ditawarkan di sana cukup baik.

"Kementerian sedang melakukan pemilihan pelajar yang sesuai dengan satu penilaian khas akan dilakukan bagi menentukan sama ada mereka benar-benar layak belajar di SBP," katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

SBP meliputi sekolah menengah sains, sekolah berasrama penuh integrasi dan sekolah menengah agama persekutuan.

Keputusan UPSR 2008 yang diumumkan kelmarin, menunjukkan keputusan dicatatkan adalah lebih baik daripada purata lima tahun sebelumnya dengan 46,641 pelajar atau 9.2 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran.

Mengulas lanjut berhubung penilaian bakal dilaksanakan, Alimuddin berkata, pihaknya akan menilai berdasarkan empat aspek utama iaitu pencapaian akademik, taraf pendapatan serta lokasi tempat tinggal, kokurikulum dan bakat kepemimpinan.
"Keputusan sama ada murid itu layak atau tidak diketahui sebelum sambutan Krismas, 25 Disember ini.

"Bagaimanapun, suka dinyatakan bahawa kami akan memberi keutamaan kepada murid luar bandar untuk memberi peluang kepada mereka yang kekurangan kemudahan pendidikan berbanding dinikmati penduduk di bandar," katanya.

Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinim dalam satu kenyataan, berkata jumlah yang ditawarkan ke MRSM meningkat 220 tempat berbanding 5,100 tahun ini berikutan pembukaan dua MRSM baru iaitu MRSM Betong, Sarawak dan MRSM Bentong, Pahang yang dijangka akan memulakan sesi pengajian Januari depan dengan sasaran pengambilan kumpulan pertama seramai 100 hingga 150 pelajar.

"Tiada syarat pemilihan baru diperkenalkan dengan syarat sedia ada menetapkan calon mestilah warga negara dan mencapai 5A dalam UPSR 2008," katanya.

Beliau berkata, permohonan kini dibuka dan calon yang layak boleh mengemukakan permohonan dengan mendapatkan borang di semua pejabat Mara negeri dan daerah seluruh negara, manakala semakan boleh dibuat pada minggu terakhir Januari.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2008 11:12 AM | Show all posts
MRSM betong n MRSM bentong lak dah

huhu, makin banyak tak terkira plak MRSM la ni

time girl dulu baper jer ada
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.069769 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list