MODEL kereta sports ikonik dari pengeluar Jepun, Mazda Corporation ini mula menggemparkan pasaran automotif dunia pada tahun 2003. Sejak itu, jentera yang memegang kod RX ini terus mengungguli pelbagai pengiktirafan sama ada di negara kelahirannya, mahu pun di serata dunia.
Lebih tepatnya, RX-8 telah memenangi lebih 40 anugerah dan terjual sebanyak 170,000 unit sehingga kini.
Malaysia tidak terkecuali dalam menerima tempias popularitinya. Setelah sekian lama dibawa masuk oleh pihak grey importer, RX-8 akhirnya menjadi keluarga terbaru dalam rangkaian model yang ditawarkan oleh pengedar sahnya, Bermaz Motor.
RINGKAS menjadi ciri jelas dalam kabin RX-8.
Model ini dilancarkan hanya selepas enam bulan Bermaz memperkenalkan generasi baru produk Mazda seperti Mazda5, Mazda6, Mazda Cx-9, Mazda MX-5 dan BT-50.
RX-8 dilihat sebagai satu model yang memperkenalkan konsep serba baru buat segmen kereta sports. Reka bentuknya memiliki gaya jentera sports empat pintu dengan empat tempat duduk yang sangat revolusionari.
Masih berada dalam generasi pertama, Mazda RX-8 terbaru ini telah menerima proses facelift yang agak drastik. Peminat RX-8 tempatan pasti teruja apabila mendapat tahu ia hadir bersama spesifikasi yang terbaik.
Apatah lagi pembaharuan itu melibatkan aspek kejuruteraan terhadap enjin, transmisi, sistem suspensi, selain bahagian dalaman dan luarannya.
Bercakap tentang jentera berprestasi tinggi keluaran Mazda, apa yang tidak boleh ditinggalkan ialah enjin legendanya iaitu enjin rotary dua rotor bersesaran 1.3 liter.
REKA bentuk sporty dan aerodinamik menyerlahkan kehebatan RX-8.
Modifikasinya hampir membuatkan enjin ini seolah-seolah sebuah enjin baru. Enjin yang dikenali sebagai Renesis ini sebenarnya lebih kompak, ringan dan berkuasa.
Antara perubahan tegarnya ialah sistem gas seal lubrication bersifat mekanikal yang begitu penting buat enjin rotary telah ditukar kepada jenis elektromagnetik berketepatan tinggi.
Jika sebelum ini, ia hanya mempunyai dua muncung, kini telah ditambah kepada tiga. Aplikasi ini berjaya meningkatkan prestasi pelinciran, memanjangkan hayat rotor selain mengurangkan penggunaan bahan api.
Malah, enjin rotary 1.3 liter ini telah membawa satu revolusi dalam industri kereta sports. RX-8 berjaya menghapuskan mitos yang menyatakan bahawa sebuah jentera sports mesti memiliki enjin bersesaran besar dan hanya perlu ada dua tempat duduk untuk menjaga nilai eksklusifnya.
Enjin penuh kuasa ini dipadankan dengan transmisi Activematic enam kelajuan yang tampil bersama ciri Direct Mode yang baru dibangunkan.
Ciri ini membenarkan pemandu menurunkan gear ketika memandu dalam mode ‘D’ terutamanya sewaktu menuruni bukit atau mengambil selekoh. Ia akan kembali ke mode ‘D’ sebaik sahaja kondisi pemanduan sebegitu berakhir.
Jurutera Mazda menambah kejituan kerangka RX-8 dengan mengukuhkan kawasan-kawasan kritikal pada strukturnya. Sementara sistem suspensinya meliputi double wishbone dengan torsion bar dan penstabil jenis tubular pada roda hadapannya.
Roda belakangnya pula mengaplikasikan sistem suspensi jenis multi-link dengan torsion bar dan penstabil jenis tubular. Talaan sistem suspensi ini dibuat bagi memberikan kestabilan pemanduan, brek dan keselesaan paling optimum ketika berada di dalam kabin.
Fizikal RX-8 tidak terlepas daripada menerima beberapa modifikasi. Laluan udara bahagian tengah dan sisi dibesarkan bagi meningkatkan aspek penyejukan enjin.
Bentuk lampu utamanya juga lebih tajam dan besar, lengkap bersama lampu HID dan pembersihnya. Manakala bahagian belakang RX-8 dihiasi dengan sepasang lampu LED yang terletak di dalam perumah berwarna jernih.
HITAM menjadi kemasan dalaman jentera Mazda ini.
Bumper belakang yang berbucu tajam dan dua batang paip ekzos menampakkan bahagian belakang ini lebih maskulin.
Penampilan itu disempurnakan dengan rim aloi bersaiz 18 inci yang dibalut dengan tayar berprofil ultra rendah.
Sesiapa pun akan tersenyum puas ketika masuk ke bahagian kokpitnya. Seperti biasa, Mazda mengekalkan warna hitam pada setiap inci kemasannya. Pemandu juga dihidangkan dengan paparan takometer yang dilatari oleh warna biru dan merah.
Sterengnya dibalut dan tombol gearnya dibalut dengan kulit. Suis kawalan audio dan cruise control boleh dicapai dengan mudah pada stereng. Teknologi baru yang ada di sini ialah paddle shifter yang terasa begitu mudah untuk dikendalikan.
Bahagian atas konsol tengahnya memaparkan maklumat seperti masa dan saluran radio yang sedang didengar. Kawasan ini turut menempatkan sistem audio, butang kawalannya dan tombol pendingin hawa.
Pasti memuaskan jika kabin sekecil ini menempatkan sebanyak sembilan buah pembesar suara berjenama BOSE.
Warna material tempat duduk RX-8 dikoordinasikan dengan warna luarannya. Kerusi kulit ini dibina lebih besar dan selesa untuk menyokong tubuh setiap penumpangnya.
Jentera berkuasa ini ditawarkan pada harga RM239,966 (bersama insurans) menerusi lima lima pilihan warna iaitu merah, putih, hitam, kelabu dan perak.
pesonally pada pendapat aku ler... mazda sports car mmg antara yg canggih... kalu kat tempat aku study dulu.. paling ramai pakey mazda miata... mmg popular abis!!!.... specs untuk mazda rx8 ni pun pada aku.. mmg hebat weyyy... harga kureng sikit dari quarter mil tu kira wokey ler tu.... :victory:
Originally posted by cluesan at 25-10-2008 07:56 PM
erm... tapi kat luar Mazda Miata dicop keta pompuan. so harga bersih RX-8 ni kat Malaysia berapa ekk..? tapi mcm minat FD dari RX-8 ni.
tapi ironic gat clue....sbb rata2 yg bawak miata lelaki kat sana!!
ko bagi link mana thread mazda rx8 yg lain tu... sbb aku carik tarak jumpa pung...
cakap pasal rx 8 nih.. semalam kawan aku bawak aku pegi semayang jemahat kat wangsa melawati sana... perggghhh masa kami nak balik tu.... ada rx 8 kat depan tu... jadik jem plak sbb owner tu dok bukak pintu tu... tak bley nak tutup ler pulak... (dah ler dabel parking)... mazda rx8 merah sebijik cam dlm gambaq tu.... cissss pintu dia bukak opposite camtu... lawa mmg lawa wokeyyyy tapi sampai menyusahkan worang plak... tee hee
aku tak berapa suka design RX8 ...too bulbous...tak garang macam sedara dia RX7...
agaknya engine RX8 nie dah baiki ke kelemahan engine RX7...aku tgk dlm yahoo auction japan kebanyakkan orang yg nak jual RX7 mesti mention engine over-haul sebab hancur bila lenjan kuat..
Originally posted by zzcbr at 11-12-2008 12:30 PM
rx8 ni kete melaram...kete bawak petang2 sambil nak gi beli goreng pisang...tapi ramai yg terperasan yg kete ni performance car
yg aku nampak masa keta ni strendet kat tgh jalan kat wangsa melawati depan mesejide tu (pasai pintu tak leh tutup tu) drebar keta ni beli cendoi kat mamak kat wangsa melawati tu!! jadik kalu ko nampak rx-8 ni kira keta cendoi ngan keta goreng pisang la ekkk