CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3498|Reply: 13

Datin Seri Tiara kat Tasmania

[Copy link]
Post time 8-10-2008 01:43 PM | Show all posts |Read mode
Sambung belajar di Tasmania

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]



keluarga bahagia. EFFENDI NORWAWI (kiri) bersama tiara jacquelina (kanan) dan anak-anak mereka, Hani Karmila (dua dari kiri) dan Muhammad Eridani.

--------------------------------------------------------------------------------



AWALNYA, wanita ini tertanya-tanya apa agenda suaminya mengusulkan idea untuk menyambung pengajian di Tasmania, Australia.

Ligat kepala otaknya berfikir, menelah dan meneka - apakah belum cukup ilmu di dada suaminya?

Bagaimana pula dengan keadaan anak-anak serta kaum keluarga jika mereka harus berada di negara luar selama berbulan-bulan?

Namun, kegusaran Datin Seri Tiara Jacquelina hanya berdetik seketika sahaja sebelum dia kembali memikirkan secara rasional bahawa itulah cita-cita suami, Datuk Seri Effendi Norwawi yang sudah sekian lama tergendala kerana terikat dengan komitmennya pada negara.

"Saya harus bersikap adil pada suami. Sudah lama Datuk (Effendi) merancang untuk menyambung pengajian di universiti yang pernah beliau menimba ilmu ketika zaman remajanya.

"Bahkan, beliau sering memberitahu saya kerinduannya pada teman-teman sekampus. Jadi, saya buat keputusan untuk menemaninya sepanjang pengajiannya di sana," kata Tiara kepada Mega dalam satu pertemuan ketika beliau pulang bercuti ke ibu negara penghujung Ramadan lalu.

Di University of Tasmania, Effendi menyambung pengajian mengenai Sejarah Dunia.

Bukan sekadar menjadi penuntut di sana, bahkan Effendi yang juga bekas menteri Kabinet juga dipelawa menjadi salah seorang pensyarah jemputan.

"Saya sangat kagum dengan Datuk. Beliau diundang untuk memberi kuliah pada penuntut-penuntut mengenai bagaimana boleh berjaya dalam hidup.

"Melihat kesungguhan dan minat beliau yang sangat tinggi terhadap ilmu membuatkan saya begitu 'mencemburui' semangat beliau," Tiara bercerita mengenai dedikasi dan komitmen suaminya terhadap dunia ilmu pengetahuan.

Bila suami sudah mendaftar sekolah, apa pula yang harus dilakukan si isteri? Mahu duduk goyang kaki saja di rumah?

Mengenali Tiara, beliau tidak akan sama sekali duduk melepak tanpa otaknya berfikir hal-hal yang boleh memberi manfaat kepada dirinya.

Pucuk dicita, ulam mendatang. Keizinan suami membenarkan beliau sama-sama menyambung pengajian disambut Tiara dengan tangan terbuka.

Tanpa menunggu lama lantaran menyedari waktu yang ada sangat singkat, Tiara membuat keputusan mendaftar diri untuk menelaah ilmu kajian seni yang ditawarkan di School of Visualof Performing Arts di universiti yang sama dengan suaminya.

Untuk tempoh lima bulan ini, Tiara berpeluang mengikuti subjek-subjek yang merangkumi Penulisan Kreatif, Seni, Perniagaan dan Kajian Teater di sana.

"Kursus yang saya ikuti bukan sepenuh masa, lagipun saya belajar bukan untuk mendapatkan sijil atau diploma.

"Yang penting, saya mahu menimba pengalaman dan mendapat idea baru. Syukur, saya diterima seperti mana penuntut-penuntut lain. Rakan-rakan sekampus dan pensyarah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi buat saya," jelas pelakon dan penerbit filem tersohor yang mengakui semakin selesa berada di kepulauan yang didiami oleh penduduk lebih sejuta orang itu.

Kalau sudah berada di negara asing, kerinduan pada keluarga sukar dibendung, apatah lagi dua anaknya masih kecil.

Lalu, kesempatan pada cuti sekolah serta cuti perayaan Aidilfitri diambil oleh pasangan suami isteri ini untuk menerbangkan anak-anak mereka Hani Karmila, 11, dan Muhammad Eridani, 9, ke Tasmania.

Kini, apa yang pasti rutin kehidupan Tiara di Tasmania jauh berubah daripada apa yang dilaluinya bertahun-tahun di Kuala Lumpur.

Tanpa perlu mengenakan solekan yang tebal di wajah, pakaian berjenama membaluti tubuh atau perlu melayan pertanyaan media, peminat-peminat dan lain-lain, kini jadual hariannya kembali mengingatkannya pada era zaman pengajian di kolej dahulu.

Apabila menjadi penuntut universiti, Tiara seperti rakan-rakan sekampus lain harus masuk kelas, mendengar kuliah pensyarah, menyiapkan tugasan selain banyak membaca.

"Rasa macam zaman remaja pula. Saya harus akui, kembali ke sekolah suatu hal yang menyeronokkan semula.

"Matlamat saya ialah mahu manfaatkan pengalaman belajar ini untuk kebaikan karier saya. Saya mahu mengembangkan bakat menulis novel, skrip khususnya yang berkait rapat dengan teater dan filem," kata Tiara lagi.

Selain berpeluang menimba ilmu, Tasmania sudah cukup membuatkan Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-50 ini jatuh cinta untuk menetap di sana.

Hampir tiga bulan berada di bumi itu, Tiara dan suaminya, sangat senang dengan kehidupan di sana yang segala-galanya serba sederhana.

Tiada kesesakan jalan raya seperti mana di kota metropolitan Kuala Lumpur.

Masyarakat Tasmania pula kata Tiara, sangat mesra, peramah dan senang dibuat kawan.

Namun, suatu perkara yang dirumuskan Tiara mengenai bumi bertuah Tasmania ialah, keindahan alam semulajadi negara itu terlalu mengagumkan.

Menurut Tiara juga, kehidupan yang tenang dalam suhu di antara 7 darjah hingga 12 darjah Celsius juga antara sebab dia gembira berada di sana.

"Semakin lama saya berada di negara orang, semakin saya menghargai kurniaan yang diberikan oleh Allah.

"Saya bersyukur kerana dipilih untuk melalui kehidupan yang serba indah ini," ucap Tiara merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Ilahi.


Then, Datuk Seri ambik apa kat sana? Master? PhD? And tiara ambik apa sana pulak? Diploma? Bachelor?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2008 02:28 PM | Show all posts
hukhuk
dah tetua baru nak sambung.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 03:08 PM | Show all posts
tahniahla......
dapat juga smbung lagi.......
masa muda x sempat kot.....huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2008 08:09 PM | Show all posts
tahniah Tiara, nak tuntut ilmu ni tak kira usia
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 07:20 AM | Show all posts

Reply #1 tai_digidestany's post

kat sana dah masuk musim SUMMER...boleh ler tiara berkemban pepuas kat saner
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 07:56 AM | Show all posts
belajar tak kenal usia...tua ke muda ker..yg penting kecintaan pada ilmu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2008 10:05 AM | Show all posts
good luck datuk
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2008 07:20 PM | Show all posts
hikhikhikk...baguslah klau minat nk tambahkan ilmu lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2008 07:46 AM | Show all posts
anak diorang tak ikut sekali ek??
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2008 03:26 PM | Show all posts
pendidikan x mengenal usia...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2008 01:02 PM | Show all posts
igtkan tin seri nye yg nk sambung belajor, ghopernye laki die.hmm, ok lah 2.dpt berjln
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 10:44 AM | Show all posts
Originally posted by MsAnonymous at 8-10-2008 02:28 PM
hukhuk
dah tetua baru nak sambung.
dah smpi hajat kekdahnye...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2008 11:48 PM | Show all posts
Originally posted by tai_digidestany at 8-10-2008 01:43 PM
Sambung belajar di Tasmania

Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]



keluarga bahagia. EFFENDI NORWAWI (kiri) bersama tiara jacquelina (kanan) dan anak-anak mereka, Ha ...


tahniah..tak ramai org yg ada kesungguhan and minat memajukan diri mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2008 06:28 AM | Show all posts
tak sukaaaaa....................... show off...tinggalkan arwah sebab nak kawin laki kaya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.048526 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list