View: 2365|Reply: 13
|
Kesian dan sadis.............
[Copy link]
|
|
Bayi dipatuk ular tedung ketika tidur
KUALA TERENGGANU 28 Sept. - Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun nyaris maut dipatuk ular dipercayai tedung ketika sedang tidur di rumahnya di Bandar Ajil, Hulu Terengganu.
Dalam kejadian pada 3 September lalu, mangsa, Nor Balqis Batrisya Shukri sedang tidur di atas katil di bilik utama rumahnya kira-kira 10 pagi ketika ibunya, Rosmawati Mohammad, 33, sedang mengemas di bilik itu.
Rosmawati berkata, anak bongsu daripada tiga beradik itu tiba-tiba menangis dan mengadu kesakitan sambil menunjukkan jari telunjuk kirinya yang berdarah.
''Bagaimanapun, saya tidak pula melihat ular berkenaan berada dalam bilik.
''Saya dan suami kemudian terus membawanya ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan,'' katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.
Nor Balqis merupakan salah seorang daripada 40 pesakit di Wad Pediatrik HSNZ yang menerima sumbangan Aidilfitri sempena sambutan ulang tahun ke-54 Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) cawangan Kuala Terengganu.
Rosmawati berkata, mulut anaknya itu tiba-tiba berbuih sebelum pengsan kira-kira 10 minit di hospital berkenaan.
''Doktor di hospital itu memberitahu Nor Balqis dipatuk ular tedung. Anak saya kemudian dirujuk ke HSNZ," ujarnya.
Wanita itu berkata, Nor Balqis dirawat di Unit Rawatan Rapi selama 18 hari dan jantungnya terpaksa dipam dua kali sepanjang menerima rawatan.
''Belakang tangan kirinya menjadi lebam manakala bahagian dari paras lengan ke bahu tangan yang sama pula menggelembung dan doktor terpaksa melakukan pembedahan untuk mengeluarkan nanah dan bisa,'' katanya.
Katanya, selepas berada selama 20 hari di HSNZ, anaknya itu kemudiannya dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan selama lima hari sebelum dipindahkan semula ke HSNZ.
''Besar kemungkinan selepas Aidilfitri nanti, anak saya akan dirujuk ke Hospital Selayang pula bagi memulihkan saraf tangannya yang rosak akibat kecederaan itu," katanya.![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Fuh!!!!!!!!
dasat2..
nasib baik umur bayi tu masih pnjg.. ![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
syukur alhamdulillah.. mana datang pulak ular tu??? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak. Kecik-kecik dah nak melalui kesakitan sebegini.
Macam mana doktor boleh tau ular tedung? Bukanke bisa tu boleh membunuh dlm masa yg amat singkat?
Harap2 budak tu akan terselamat dan sihat kembali. |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya tak tahu nak kata kalau terjadi kat anak sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
kasih....... ck ck ck ck![](static/image/smiley/default/sad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
ni umah dlm semak ke celah utan? ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kesian ular tu..![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
isk isk isk..
dahsyat nyer.. |
|
|
|
|
|
|
|
walaubagaimanapun..syukur sebab selamat.. |
|
|
|
|
|
|
|
kejadian 3 september , dah lama.....
hope adik tu dah oke le.....
tapi , apa citer ulaw tu ? terus bawak anak pi spital , takde ke tepon bomba ke mintak cari ulaw tu ? entah2 kot ada lagi dalam rumah tu ke ? ![](static/image/smiley/default/shocked.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|