CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: HARY

Tak bayar duit maintenance apartment......

[Copy link]
Post time 28-7-2008 07:23 PM | Show all posts

Reply #20 HARY's post

Tentang pengeluaran hak milik strata (strata title), sepatutnya boleh didaftarkan
asalkan certificate of fitness telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Masalah pengeluaran certificate of fitness atau occupation permit timbul apabila
pemaju tidak membina mengikut syarat yang ditetapkan dalam kelulusan pelan bangunan.
Misalnya, jika projek yang didaftarkan dengan pihak berkuasa tempatan telah diluluskan
untuk pembinaan 3 blok bangunan tetapi hanya 2 blok sahaja yang telah siap.

Jika hak milik strata belum dikeluarkan, maknanya apartmen tempat anda tinggal masih
didaftar atas nama pemaju dan anda sebagai pembeli cuma beneficial owner sahaja.  
Ini juga bermakna pemaju masih memain peranan sebagai management corporation.

Pemegang hak milik strata hanya dapat menubuhkan management corporation apabila
hak milik strata telah dikeluarkan.



Petikan dari Strata Titles Act 1985 (Act 318):

Establishment of management corporation


39. (1) Upon the opening of a book of the strata register in respect of a
subdivided
building there shall, by the operation of this section, come
into existence a management
corporation consisting of all the parcel
proprietors including in the case of phased
development, the proprietor
of the provisional block or blocks.


(2) The management corporation established by subsection (1) shall be
known by the
name appearing in the book of the strata register relating
to a subdivided building, and
shall be a body corporate having perpetual
succession and a common seal.



Semak semua surat-surat yang telah anda terima termasuk surat tawaran, letter of consent
(jika ada) dan semua perjanjian yang telah anda tandatangani.  Contohnya, Sale and Purchase
Agreement, Deed of Mutual Covenant, Memorandum of Transfer, dsb.

Semak pembayaran yang telah anda buat.  Adakah termasuk pembayaran pendaftaran hak
milik strata?  Jika ya, jadi tiada pembayaran baru perlu anda buat.  Jika belum, maka anda
perlu membayar yuran yang telah ditetapkan.

Harap input di atas boleh membantu anda. Saya sarankan anda bertanya pihak pemaju
untuk penerangan yang lebih lanjut.

Ikhlas,
Liza
Success University Student

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2008 08:22 AM | Show all posts
Originally posted by HARY at 28-7-2008 04:48 PM
Tu la, yg. penting persatuan penduduk mantap!!! kat cni, mula2 jer suara besar...makin lama...makin kecik.....masa strata keluar, ada apa2 payment ke?


kena bayo duit loyar....
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 09:47 AM | Show all posts

Reply #18 HARY's post

apa benda pula srata tu? boleh tak kau explain dengan lebih mendalam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by khasha at 29-7-2008 09:47 AM
apa benda pula srata tu? boleh tak kau explain dengan lebih mendalam tak?


ni yg liza bgtau...


Jika hak milik strata belum dikeluarkan, maknanya apartmen tempat anda tinggal masih
didaftar atas nama pemaju dan anda sebagai pembeli cuma beneficial owner sahaja.  

Ini juga bermakna pemaju masih memain peranan sebagai management corporation.
Pemegang hak milik strata hanya dapat menubuhkan management corporation apabila
hak milik strata telah dikeluarkan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:06 AM | Show all posts

Reply #24 Mas916's post

maksud aku strata duit ke?

thanks ye
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 10:48 AM | Show all posts
Originally posted by khasha at 29-7-2008 10:06 AM
maksud aku strata duit ke?

thanks ye

bukan duit la....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2008 07:13 PM | Show all posts

Reply #25 khasha's post

Pada asasnya, hakmilik strata bermakna pecah bahagi bangunan
berbilang tingkat
kepada petak-petak strata dalam satu (1) lot
tanah.
Pecah bahagi ini bermaksud pengeluaran hakmilik berasingan
yang dipanggil
hakmilik strata bagi tiap-tiap petak (unit)
dalam bangunan yang mempunyai
dua (2) tingkat atau lebih.

Apabila bangunan itu dipecah bahagi, hakmilik bagi tanah di atas
mana bangunan itu terletak masih kekal dan tidak luput tetapi ianya
akan didaftarkan atas nama suatu badan yang dikenali sebagai
perbadanan pengurusan (Management Corporation) yang wujud
secara automatik sebaik sahaja hakmilik-hakmilik strata didaftarkan
kepada petak-petak bangunan itu.

Hakmilik strata dikeluarkan di bawah Akta Hakmilik Strata 1985
(Akta 318).



Diharap penjelasan di atas membantu anda memahami konsep
pemilikan strata.

Ikhlas,
Liza
Success University Student



[ Last edited by  Liza at 29-7-2008 07:14 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2008 08:19 PM | Show all posts

Reply #27 Liza's post

Good Info Liza....

mmg info2 begini yg BOD ini mahu...termasuk dr info2 dr poremer sebelum ni..Good job..

[ Last edited by  medangmru at 29-7-2008 08:22 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-7-2008 10:15 PM | Show all posts
Banyak info dari liza ek! tq

Time keja x bole online kat opis, kena la tengok info malam, semalam cuti, tu la bole porem  harap kalau ada apa2 info pasal aprt.'s law or anything, sila le khabar2kan...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 11:26 AM | Show all posts
tukar hak milik srata title dikenakan bayaran terpulang kepada pihak lawyer...
biasanya ribu-ribu jugak....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2008 09:58 PM | Show all posts
Originally posted by HARY at 29-7-2008 10:15 PM
Banyak info dari liza ek! tq

Time keja x bole online kat opis, kena la tengok info malam, semalam cuti, tu la bole porem  harap kalau ada apa2 info pasal aprt.'s law or anything, sila le  ...


Hello Hary,

It's good to know that what I've posted here is appreciated.

Click here to join our discussion at Legally Yours...Q & A

Best regards,
Liza


[ Last edited by  Liza at 1-8-2008 06:58 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 11:39 AM | Show all posts
Puan liza,
Sekarang apartmen di kawasan saya sedang dalam proses penubuhan JMB.Tentang bayaran duit maintenence ramei orang liat nak bayor ni...fasal dia orang komplen pemaju tak buat kerje ....saya tiap2 bulan bayor...masa pemilihan ajk penaja baru ni hanya yg ada tunggakan bwh RM500 sj yang boleh mengundi..hanya berapa kerat aje....Tentang hutang tu..tunggakan kena juga bayar kan? Dia org ingat maintenance kerje sapu sampah dll, tentang cukai tanah dan insuran rumah macam mana?
Apartmen tu dah 12 th,hakmilik strata tak keluar juge....patut kena saman pemaju ni...!ikut undang2 dalam 1th atau 2 th saja kan?
Saya musyikil tentang cukai tanah,5 unit rumah bertingkat berkongsi bayor ke keatas petak tanah tu? atau masing-masing petak kena bayor cukai tanah? atau seluruh pemilik unit dikawasan tu berkongsi bayor satu bidang tanah tu? Namun tanah tu masih nama pemaju kan?lkalo ramai tak bayar cukai tanah,takut digadai pulak.....
Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 04:38 PM | Show all posts

Reply #32 bromatt's post

bromatt,

Saya sarankan anda semak terma dan syarat dalam Deed of Mutual Covenance..
perjanjian yang anda buat dengan pemaju berhubung dengan kewajipan masing-
masing .. semak siapa yang harus ambil polisi untuk insurans bangunan, dll.

Untuk unit hakmilik strata, anda menjadi tuan punya unit kediaman itu sahaja..
bukan tanah di mana bangunan itu dibina.  Tanah akan didaftar atas nama
perbadanan pengurusan (management corporation @ MC) sebaik sahaja hakmilik
strata dikeluarkan dan MC berkenaan telah ditubuhkan. Pemaju seharusnya membantu
dalam penubuhan dan pengendalian mesyuarat pertama perbadanan pengurusan itu.
Lepas itu, menjadi tanggung-jawab bersama AJK dalam perbadanan pengurusan itu
nanti untuk memungut sinking fund dan maintenance fee daripada setiap pemilik unit.

Jika hakmilik strata telah dikeluarkan:-

(1)  Tanah tempat letak bangunan itu akan didaftar atas nama MC, jadi cukai tanah
yang dikenakan oleh pejabat tanah hendaklah dibayar oleh MC berkenaan.


(2)  Setiap unit @ petak dalam bangunan akan didaftar atas nama pembeli unit itu, jadi
cukai pintu @ kadaran yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) hendaklah
dibayar oleh tuanpunya unit berkenaan.

Jika hakmilik strata belum dikeluarkan, tanah masih didaftar atas nama pemaju..
jadi kedua-dua cukai tanah dan cukai pintu hendaklah masih dibayar oleh pemaju.
Walau bagaimanapun, jika dinyatakan dalam Deed of Mutual Covenance bahawa cukai
pintu harus dibayar oleh pembeli unit, biasanya pemaju akan menulis kepada PBT
supaya nama pembeli dinyatakan dalam bil cukai pintu berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2008 08:03 PM | Show all posts
Kalu tak silap saya, majlis perbandaran tempatan eg macam dbkl ada kuasa utk sita rumah apartment yg tak bayar maintenance fees. tapi rasanya terpulang gak kpd management ofis atau persatuan penduduk samada nak buat aduan kepada dbkl.


if tak puas hati kat guard, kita ada hak utk komplen kat management opis supaya mereka boleh tukar security guard company.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:36 PM GMT+8 , Processed in 0.184046 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list