ANUGERAH... PerdanaMenteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan AnugerahKecemerlangan Balai Ikhtisas Malaysia(BIM) 2008 kategori ArtisProfesional kepada Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pada Majlis Makan MalamBIM di Kuala Lumpur, malam tadi. Turut hadir Presiden BIM Isaac SunderRajan (kiri).
Dalamucapannya Perdana Menteri menyeru golongan profesional di negara iniuntuk memberi nilai tambah kepada pembangunan negara denganmenyumbangkan idea, kepakaran dan pengalaman bagi meningkatkan lagipembangunan masa hadapan Malaysia.
" Pembangunan masa hadapankita akan bergantung kepada modal insan dan kerana itu, golonganprofesional perlu memberi nilai timbah kepada apa sahaja perkhidmatandan produk yang kita hasilkan. Kita kena tingkatkan apa yang kita adasekarang dan inilah gunanya golongan profesional.
"Mereka boleh membantu dalam memacu negara ke hadapan. Dengan bantuankepakaran mereka, kita boleh atasi halangan. Juga penting sistempendidikan kita terutama universiti mengeluarkan pelajarpelajar yangdiperlukan sektor swasta. Universiti mesti bekerjasama dengan sektorswasta bagi memastikan pelajar pelajar kita setanding dengan keperluansektor swasta," katanya.- BERNAMA |