CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2312|Reply: 6

Masalah Rumah yang sedang di beli

[Copy link]
Post time 24-7-2008 08:56 AM | Show all posts |Read mode
Aku dah buntu..

nak minta bantuan kawan kawan pulak... saje buat topik asing agar persoalan dan jawapan direct terus pada persoalan aku ni..

gini, rumah yang aku beli dgn loan gomen dah siap, tengah tunggu OC/CF la kaedahnya. aku beli lot bungalow....

dua tiga bulan lepas, keluar dalam TV 1 (berita petang) mengenai taman yang aku beli tu.. penduduk sedia ada..komplen memacam mengatakan, sebab adanya perumahan baru menyebabklan rumah mereka banjir (rumah kami agak tinggi sikit, yang rumah semi-d lagi tinggi..sebab asal kawasan tu mmg berbukit... so logiknya memang lah tinggi) ..kuar TV memacam siap interview orang majlis bandaran la bagai..

so end up, aku dan kawan aku pembeli bunglow... mendapat binaan baru dalam kawasan tanah yang akubeli... iaitu kami semua (empat rumah je, sebab rumah kami betul betul sebelah dengan taman sedia ada - no parit memisahkan kami..just pagar kami bertemu pagar rumah sedia ada)... kami dapat longkang yang lebarnya 2 kaki, dengan kedalaman 1.5 kaki di sekeliling rumah , dalam kawasan rumah (iaitu  tanah yang kami beli)

masalahnya sekarang... pemaju dah makan tanah kami..utk di buat longkang.. yang mana aku amat tak puas hati..sebabnya satu keselamatan anak anak... dua... kurang dah kelebaran  tanah kami.. kalo sebelum ni...side kiri rumah lebar adalah 8 kaki... setelah tolak longkang baru 2 kaki, amka lebar hanyalah 6 kaki sahaja, dan muat muat la tangki najis ajek... sebelah satu lagik, 18 kaki tinggal 16 kaki setelah ditolak longkang...


aku dah anta surat ke pemaju thru loyer (silap pulak aku amik loyer pemaju..hantu betullah!!) so aku call, asyik xde jawapan, asben aku pegi  ke pejabat pemaju ..dia kata nanti ada orang akan call aku berkenaan this matter... last last aku geram, aku call dan tanya pemaju.. dia kata diorang bahagian marketing.. so diorang tak tahu..cuma diorang suh aku call sendri wakil majlis... lepas wakil majlis tu dah cakap dengan aku, diorang suh aku datang balik ke pemaju dan diskas...

aku dah geram, tak pe sabar lagi.. aku call wakil yang dimaksudkan..dia pun expalin la yang kawasan taman sedia ada dah komplen memaccam..so majlis kena amik tindakan,.. walaupun pemaju ada sistem pemparitan yangs endiri... tapi penduduk sedia ada takmo.. diorang nak tgk ada sesuatu yang dibuat bagi mengatasi masalah diorang (masalahnya...kawasan taman diorang  mmg rendah.. dan sebelum naik taman ni pun dah biasa lah banjir sikit sikit tu) so majlis anto surat ke pemaju suh tambah perimeter drain... dan dia kata..kalo bukan sekarang kena buat longkang (dalam kawasan rumah aku) ke depan nanti still kena buat longkang... sekrang ni ok sebab pemaju yang amik kos tu.. kalo ke depan (aku sebagai tuan tanah yang kena tanggung kos bina longkang) dalam hati aku kata..gila ke apa... dia ada lah expalin kata pemaju kata kat dia nanti ada masalah dgn buyer.. tapi wakil tu kata takpe...dia akan explain... kalo aku nak minta pampasan dari pemaju agak tidak logik dia kata sebab longkang di buat atas arahan majlis...

kalo gitu, aku kata, aku saman majlis... dia kata.. majlis susah sikit nak bayo menda cenggini... cuma dia minta consideration dari aku untuk memahami (lebih kurang) dan dia nak tgk sendiri longkang yang dibina, sebab dia kata dia suh pemaju buat perimeter drain (yang ikut logik tak besar dan tak dalam).....

so nkorang rasa cemaner.. aku dah hangat hati dah sebenarnya...

ni ada satu klausa dalam S & P... ada sesapa tak bleh bantu aku memahami menda ni

13. kedudukan dan keluasan lot

(4) pelan susur atur pemajuan perumahan, termasuk lot tersebut, telah diluluskan oleh pihak berkuasa ang berkenaan dan tiada apa apa pengubahan kepada pelan susun atur itu boleh dibuat atau dilakukan kecuali sebagaimana yang dikehendaki atau diluluskan oleh pihak berkuasa berkenaan. pengubahan itu tidak akan membatalkan perjanjian ini atau menjadi subjek apa apa tuntutan untuk gantirugi atau pampasan oleh atau terhadap mana mana pihak kecuali jika pengubahan kepada pelan susun atur itu mengakibatkan perubahan kepada kawasan tanah atau kawasan untuk bangunan


aku dah nak serang jek ni... sebab penduduk sedia ada, tanah aku kena dikorbankan.. so sekarang aku le yang jadi mangsa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2008 09:51 AM | Show all posts
kalau awak seorang aja yang bertindak memang rugi. kumpulkan semua yang terlibat dan lantik peguam untuk lawan kes ini, kos peguam bagi sama rata, sebelum tu dapatkan kepastian dari peguam adakah kes ini boleh menang, kalau tidak buang duit aja
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:14 AM | Show all posts

Reply #2 snor's post

Ermm....rasanya mcm tanah dia sorang jer yg terkorban...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 10:24 AM | Show all posts

Reply #1 wardatulhamra's post

Errrrrr....kalau bergerak seorangan..payah jugak..kalau ramai yang terlibat dan same2 buat bantahan...mungkin ada harapan...kena tanya lawyer lain, tanya pendapat dier...kalau rase2 leh menang...teruskan..kalau tak berbaloi...apa kate minta pemaju turunkan rege belian tu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2008 11:15 AM | Show all posts

Reply #3 alifinara's post

kami ada 8 lot bungalow...

4 bungalow je kena sebab empat lagi tu setentang dgn umah kami... umah diroang selamat dari binaan longkang yang baru
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2008 11:53 AM | Show all posts
cuba baca balik s&p ko...aku rasa dlm agreement tu mengatakan size lebar umah ko n panjang..kalau dia xikut specifikasi dlm s&p ko blh minta ganti rugi kat pemaju
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-7-2008 02:23 PM | Show all posts

Reply #6 datuk_batery's post

kalo ikut S & P. lepas tolak longkang, tak cukup lah dato'

kalo termasuk longkang baru cukup... longkang tu binaan tambahan.. yang dibuat tanpa kebenaran pembeli, tapi atas kehendak majlis..

skrg, orang majlis tu jadi orang tgh..sebab bila we all minta pampasan pemaju salahkan majlis, sebab majlis yang suh buat longkang...

patut pemaju buat la sesuatu nak sedapkan hati pembeli yang rasa teraniaya nii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.205673 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list