CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3819|Reply: 18

Bayi Kepala Besar -

[Copy link]
Post time 13-7-2008 08:07 AM | Show all posts |Read mode
Bayi berkepala besar

PULAU PINANG 7 Julai - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini kerana kepalanya aneh mengalami pertumbuhan besar hampir menyamai saiz kepala lelaki dewasa.




Bayi kepala besar kritikal: SEORANG bayi lelaki berkepala
besar dilahirkan secara pembedahan di Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB), Alor Star, Kedah, semalam. Bagaimanapun,
bayi itu dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPPi, tengah
hari semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal. Bayi itu
yang ditemani bapanya tiba di HPP pada jam 12.45 tengah
hari dan kini ditempatkan Unit Neurologi. Ibu bayi itu dikatakan
masih berada di HSB dan dilaporkan dalam keadaan stabil.




Bayi berkenaan yang dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Star, dibawa dari hospital berkenaan dengan ambulans pada pukul 11.30 pagi dan sampai di HPP pada 12.45 tengah hari.

Sebaik tiba di HPP, wartawan dan jurugambar akhbar yang menunggu di pintu masuk unit kecemasan, hampa apabila ambulans berkenaan masuk melalui pintu belakang.

Bayi berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Neurologi HPP (URNHPP).

Tinjauan susulan yang dilakukan di unit berkenaan mendapati bayi yang sedang tidur itu telah dimasukkan ke dalam sebuah balang khas dan dijaga rapi oleh dua jururawat di situ.

Kepala bayi tersebut dibalut, manakala badannya diselimut di dalam balang berkenaan.

Sementara itu, ibu bayi berkenaan pula, difahamkan kini sedang dirawat di HSB selepas menjalani pembedahan di hospital itu.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hopefully bayi ni akan selamat -
teringat masa saya kecil2 - ada satu jiran
(tak jauh rumah dia) - ada anak yang kepala
besar macam tu.. kami budak2 sekolah - mesti
intai kat tingkap bilik rumah dia nak tengok kepala
dia -- memang besar macam dalam gambar tu -
tapi budak ni dah besar sikit dalam 3-4 tahun...
cuma tak bercakap... dan baring aje -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 08:22 AM | Show all posts


dulu sebelah umah makcik pon ader gak

jadi setiap kali balik kg umah makcik tu selalu tgk budak tu baring kat depan pintu umah dia...memang kesian sangat..ms tu umur dia dalam 5-6 tahun kot pompuan...

sekarang dah belasan tahun berlalu..taktau citer budak tu camne

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2008 08:36 AM | Show all posts

Reply #2 buDak_gaTaL's post

ntah2 - awak ni jiran2 saya juga -
dan budak yang kita tengok tu  sama aje -
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 09:54 AM | Show all posts
hope xde pape jadi kat baby nie....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:08 AM | Show all posts
mesti sakit kan bile nak beranak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:22 AM | Show all posts
dh kejadian tuhan.. penyakit ni macam2. yg bby nih hydrocephalus namenye, kalu xsilap den. masalah pengumpulan cecair dalam otak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2008 10:32 AM | Show all posts
rasenye mase kuar tu tak besar cam ni, bile dah kene angin baru la dia besar mendadak... kalu tak silap aku la.... pasal aku penah tgk baby yg kuar besar tapi bile dah lame skit dia kecut tak tau la nape ye....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:35 AM | Show all posts
kesian baby 2.....
hope xde pa pe la jadi.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2008 11:33 AM | Show all posts
kesiannye baby ni
apa punca penyakit ni ek
kalo tahu puncanyer leh le kite avoid nnt
hope baby ni xpepe
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 01:17 PM | Show all posts
kesian.. hopefully baby ni selamat
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 07:14 PM | Show all posts
anak member aku pun cam ni..
doc masukkan satu tiub untuk keluarkan air..
and it will be there forever..
coz air tu x leh kuar sendiri..
dari luar kepala.boleh nampak tiub tu..
sekarang ni saiz kepala dia dah normal..
cuma perkembangan dia perlahan sket...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2008 10:14 PM | Show all posts
semoga kesabaran sentiasa bersama ibubapa baby nie....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 08:23 AM | Show all posts

Reply #5 a.ceCCo's post

proses kelahiran secara pembedahan..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 08:27 AM | Show all posts
nyeow kesian nya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 03:07 PM | Show all posts
ksian nye die...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2008 03:46 PM | Show all posts
boleh fix ke masalah mcm ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2008 03:50 PM | Show all posts
sedihnyer tgk..berat mata memandang..berat lagi bahu memikul...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2008 02:41 PM | Show all posts
sedeynye tengok keadaan baby nie...

harap kedua ibu bapanya bersabar...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2008 05:23 PM | Show all posts
ujian tuhan... semoga parents die sentiase melindungi bayi mereka..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-6-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.248473 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list