CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3545|Reply: 1

Elak anak lemas tidur

[Copy link]
Post time 16-6-2008 11:20 AM | Show all posts |Read mode
Elak anak lemas tidurOleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF
[email protected]
Selimut dan bantal yang banyak boleh menyebabkan bayi sesak nafas dan mati lemas ketika tidur.

POSISI tidur yang betul memberi kesan yang baik pada pembesaran si kecil. - Gambar hiasan.

MEMILIKI cahaya mata antara pengalaman dan saat manis yangdinanti-nantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Jika sebelum inihidup berdua, tetapi kini kehadiran anak memberi sinar baru danpelengkap bagi sebuah keluarga.

Seperti yang kita sedia maklum bayi yang baru lahir rutin harianmereka hanya tidur dan melelapkan mata. Selepas berusia tiga bulan keatas, barulah kita berkesempatan bermain dan bermesra dengan si kecil.

Namun begitu, tahukah anda bahawa posisi tidur bayi juga memainkanperanan penting dalam tumbesaran mereka? Jika ibu bapa mengambil sikapsambil lewa dan tidak peka dengan keadaan tidur si bayi, ia bolehmenyebabkan kecederaan dan kematian bayi.

Justeru, bagi mengatasi masalah ini Konsultan Pediatrik Paru-paru,Dr. Norrashidah Abd Wahab, memberikan beberapa tip dan nasihat mengenaiposisi tidur bayi yang betul.

Bagi anda yang baru pertama kali bergelar ibu bapa, barangkali tip ini boleh dijadikan panduan.

Menurut Norrashidah yang bertugas di Hospital Serdang, Selangor,bagi bayi normal, mereka boleh tidur dalam apa jua posisi. Tapi, posisitidur terlentang dan meniarap lebih digalakkan. Namun begitu katanya,biasanya pihak hospital kerap menidurkan bayi dalam keadaan mengiringyang diletakkan bantal di bahagian belakang bayi.

Tambah Norrashidah lagi, posisi tidur terlentang lebih memudahkanibu bapa atau penjaga melihat pernafasan bayi dan pada masa yang samamengelakkan muka bayi terbenam ke dalam tilam yang boleh menyebabkansesak nafas.

Dalam posisi ini disarankan meletakkan bantal di kepala bayi supayakedudukan kepala sedikit tinggi daripada perut. Ia juga bertujuanmengelakkan bayi termuntah.

"Bagaimanapun, budaya masyarakat Amerika Syarikat (AS) pula, merekalebih gemar menidurkan bayi dalam keadaan terlangkup (posisi meniaraptetapi bahagian punggung ditinggikan) berbanding terlentang. Merekaberpendapat posisi tidur terlentang menyebabkan bayi sesak nafas dankurang bijak.

"Namun begitu, sebuah kajian yang dijalankan mendapati posisi tidurbayi secara terlentang tidak mendatangkan sebarang simptom ataupenyakit, terutamanya Sindrom Kematian Bayi Secara Mengejut (SIDS),"katanya.


DR. Norrashidah memberitahu bayi normal dan tidak normal mempunyai posisi tidur yang berbeza.

Menjelas lanjut terdapat juga segelintir ibu bapa yang menidurkananak-anak dalam keadaan meniarap. Tiada salahnya tetapi ibu bapa perlumemastikan tilam yang digunakan tidak lembut. Dan, letakkan bantalnipis di bawah perut bayi supaya mereka berasa selesa.

Jika ibu bapa mendapati bayi mereka boleh mengalihkan muka mereka kesisi sewaktu tidur meniarap maka, mereka bebas tidur dalam keadaanbegitu. Anda juga boleh memilih untuk menidurkan bayi secara mengiringdan yang paling penting letakkan sebiji bantal di bahagian belakangsupaya bayi tidak terlentang secara mengejut.

Sementara itu, kepada ibu bapa yang memiliki bayi yang tidak normalseperti pra-matang atau sindrom down, mereka perlu menitikberatkan soalposisi tidur anak-anak. Dalam keadaan ini, posisi tidur terlentangtidak digalakkan buat bayi yang tidak normal.

Ini kerana ketika dilahirkan otot-otot mereka cukup lemah danlembik. Disebabkan itu mereka tidak boleh tidur dalam posisi terlentangkerana mudah mengalami sesak nafas dan lidah serta rahang mereka akanterjatuh ke belakang.

Seperti yang diketahui, bayi yang baru lahir akan tidur antara 16hingga 18 jam sehari. Mereka akan terjaga sekiranya hendak menyusu danmenukar lampin. Atas faktor tersebut, ibu bapa dinasihatkan supayamenukar posisi anak-anak setiap dua jam sekali kerana biasanya bayiyang baru lahir sukar untuk bergerak sendiri.

Ibu bapa juga disarankan supaya:

* Menggunakan tilam yang ratadan keras. Penggunaan tilam air, tilam angin, bantal yang lembut tidakelok untuk keselamatan bayi. Ini kerana apabila bayi menukar posisitidur dalam keadaan meniarap, mukanya boleh terbenam ke dalam tilamatau bantal yang lembut itu. Kesannya, mereka akan mengalami sesaknafas.
* Sebelum tidur pastikan suhubadan bayi anda tidak terlalu panas. Gunakan selimut yang nipis ataupakaian bayi yang sesuai dengan suhu bilik tidurnya untuk mengurangkanpenggunaan jumlah selimut yang banyak.
* Tidak menjadi masalahsekiranya bayi tidur di dalam bilik ibu bapa, tetapi elakkan berkongsikatil bersama ibu bapa.

Menurut Norrashidah terdapat dua kes yangditerima mendapati bayi mati dek kerana terhimpit secara tidak sengajadi celah antara ibu dan bapanya.

Selain itu, lebih menyakitkan apabila tangan atau kaki si ayah atauibu terletak di atas perut atau kepala si bayi, lalu menyebabkan bayilemas.

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa haruslah menidurkan bayi di dalam katil bayi yang berasingan.

Bukan itu sahaja, pastikan persekitaran tempat tidur bayi tidakdipenuhi dengan selimut tebal, anak patung atau bantal yang terlalubanyak. Ini kerana ia boleh menyebabkan bayi lemas dan sesak nafasapabila bertukar posisi tidur. Cukup dengan sebiji bantal dan sehelaiselimut yang menutupi dari paras dada ke bahagian kaki.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 11:33 AM | Show all posts
good info..thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.043595 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list