CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2802|Reply: 13

Panggilan percuma menerusi Wi-Fi di telefon bimbit ?

[Copy link]
Post time 26-4-2008 12:47 PM | Show all posts |Read mode
[size=150%]Penantian kita sudah berakhir apabila perisian yang membolehkan kita membuat panggilan telefon menerusi kemudahan Wi-Fi menggunakan telefon bimbit sudah wujud. Kemudahan itu dinamakan Wi-Fi Mobile dan boleh diperoleh di http://www.wifimobile.com
Dengan kemudahan ini, prasarana Wi-Fi sedia ada boleh digunakan untuk membuat panggilan telefon.

Oleh kerana nombor telefon didaftarkan ketika proses memindah turun perisian, maka nombor itu juga boleh digunakan untuk membuat panggilan dari telefon ke telefon yang lain.

Ikutilah langkah berikut untuk memindah turun perisian seterusnya menggunakan kemudahan Wi-Fi untuk membuat panggilan telefon secara percuma.

1. Lawati laman web www.wifimobile.com
2. Pilih, pilihan untuk kegunaan persendirian (Consumer Service). Pindah turun perisian untuk telefon bimbit. Terlebih dulu hendaklah dipastikan model telefon bimbit anda terdapat di dalam senarainya. Masukkan negara, alamat e-mel dan nombor telefon.

3. Isikan huruf sekuriti yang dipaparkan

4. Satu capaian untuk anda memindah turun perisian Wi-Fi Mobile akan dihantar ke telefon bimbit melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

5. Apabila anda mengklik di atas capaian, perisian OneFone akan dipasang di dalam telefon bimbit anda.

6. Pilih sambungan Internet yang diinginkan dengan menekan menu > IAP, anda boleh memilih untuk menggunakan sambungan Wi-Fi atau sambungan 3G.

5. Selepas memilih sambungan, masukkan nombor telefon yang hendak dihubungi seperti biasa. Pastikan Ikon telefon berwarna hijau sebelum membuat panggilan. Apabila panggilan dijawab, bercakaplah seperti biasa. Kualiti suara bergantung kepada kualiti sambungan Internet yang digunakan. Jika anda melanggan perkhidmatan 3G Data tanpa had, perisian ini juga boleh membuat panggilan melalui sambungan Internet 3G itu.

6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

7. Selepas membuat panggilan tekan Options dan pilih Hang Up untuk menghentikan panggilan.

Oleh kerana teknik panggilan ini menggunakan kemudahan Internet, anda boleh berbual di mana saja asalkan ada kemudahan Wi-Fi tanpa dikenakan bayaran panggilan telefon seperti yang biasa.

##ade ke forumer2 yg tau psl mende ni @ yg dah try......betul ke.....?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2008 01:12 PM | Show all posts
xde org tau ke atau ada eksperience...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 01:46 PM | Show all posts
6. Telefon rakan anda yang sudah dipasang dengan perisian OneFone ini akan berdering seperti biasa dan perbualan boleh dilakukan seperti biasa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan.

maknanya cuma boleh call org yg dah install sotware ni???
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2008 02:17 PM | Show all posts

Reply #3 koben19's post

dah lama dah benda ni...
yen cuba bulan 4 tahun lepas...

contact mesti register jd member jgk...
mcm yahoo messenger... member to member mmg free

tapi klu landline call... faham2 je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2008 09:13 PM | Show all posts

Reply #4 100yenshop's post

landline call tu camne...?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2008 07:42 AM | Show all posts
btul kata yen..
benda ni dah lama...

member ke member mmg free
tapi klu call landline mcm talian tetap/cell phone kena caj...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2008 01:04 PM | Show all posts
takder menda perkhidmatan free kat dunia nie...
Sok2 oksigen pun kene bayar gak....maner tau kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2008 03:34 PM | Show all posts

WiFi pun kita tak tahu lg camner nak guna..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2008 04:18 PM | Show all posts

Reply #1 tuan_wu's post

la dah lame ade ni..

VoIP

voice over internet protocol

aku gune gizmo punye software..call handphone - handphone

handphone - pc ato sebaliknya

kalo handphone - landline mmg kene bayo la tapi murah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2008 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by Chek_am8848 at 29-4-2008 01:04 PM
takder menda perkhidmatan free kat dunia nie...
Sok2 oksigen pun kene bayar gak....maner tau kan?


ada lagi benda yg masih free... cuba teka apa dia?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2008 12:50 AM | Show all posts

Reply #9 skycrew's post

trtnggal ketapi la aku ni.....

aku ada pnah dngar VOIP ni....tp x pnah test lg la....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2008 11:37 PM | Show all posts

Reply #9 skycrew's post

lagu mana nak guna benda ni arr
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 08:03 AM | Show all posts

Reply #10 viper_2803's post

makan nasi minyak dgn ayam masak merah mase kenduri kawin masih free..balun la banyak mane yg korang mampu..sepinggan,2 pinggan @ sekawah still FREE
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2008 02:30 PM | Show all posts

Reply #13 humaizii's post

tapi "salam kaut"nya kena kira gak. Kekadang kaut nya tu kalau sedara mau jejak seguni beras.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:58 PM GMT+8 , Processed in 1.307907 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list