|
Reply #39 cintan66's post
Setuju....... Broery memang best nyanyi |
|
|
|
|
|
|
|
Siti ada sebab pindah ke banglo
Oleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]
INILAH banglo mewah di Bukit Antarabangsa yang didiami oleh Khalid Mohammad Jiwa bersama isterinya, Siti Nurhaliza yang menjadi perbualan ramai.
BIARLAH orang buat spekulasi. Siti tidak berupaya untuk menghalang orang bercakap apa saja mengenai diri Siti."Itu merupakan luahan yang entah berapa kali disuarakan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza merujuk kepada cakap-cakap orang mengenai dirinya.
Menyedari kedudukannya sebagai artis ternama tanah air, Siti hanya mampu untuk membiarkan dirinya menjadi topik perbualan ramai.
Terbaru, isteri kepada usahawan Datuk Khalid Mohammad Jiwa itu diheret sekali lagi dalam isu kehadirannya sebagai penghuni baru banglo mewah bernilai RM6 juta di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur yang pernah didiami Khalid dan bekas isteri pertamanya, Tengku Zawyah Tengku Izham.
Ada pihak yang mempertikaikan kenapa Siti sanggup menghuni kediaman itu sehingga menghukumnya sebagai seorang wanita yang zalim.
Hakikatnya, tiada siapa yang cuba memahami kedudukannya sebagai seorang isteri kepada usahawan yang membina rumah itu.
Pada satu pertemuan eksklusif dengan pasangan suami isteri itu di banglo RM6 juta berkenaan kelmarin, Siti dan Khalid sugul memikirkan kenapa isu itu terus ditiupkan oleh pihak-pihak yang seperti mencemburui kebahagiaan mereka berdua.
Bagi Khalid, beliau masih boleh bersabar kerana isu itu agak remeh kerana sebagai seorang usahawan sudah banyak sepak tendang dalam bidang perniagaan yang dilaluinya.
Namun melihat kerisauan isteri tercinta, Khalid memohon pengertian semua pihak agar menghentikan segala tohmahan dan dakwaan yang tidak berasas terhadap mereka berdua.
Kata Khalid, beliau tidak pernah menafikan hakikat banglo itu menyimpan banyak kenangan antaranya dengan Tengku Zawyah.
Pada masa yang sama, Khalid berkata, beliau sangat realistik bahawa pengalaman hidup dengan Tengku Zawyah sudah berlalu.
Sementelah Khalid pula kini sudah mempunyai kehidupannya sendiri, begitu juga dengan bekas isterinya.
Dan beberapa bulan lalu, Tengku Zawyah juga ujar Khalid, memilih untuk berpindah dari mendiami kediaman itu ke rumah lain.
"Oleh kerana dua orang anak kami tidak tinggal di banglo itu kerana belajar di luar negara dan seorang lagi di asrama, maka Tengku Zawyah merasakan dia kurang selesa untuk tinggal di rumah sebesar itu.
"Jadi, dia membuat keputusan untuk berpindah dan saya harus menghormati keputusan yang dibuatnya," terang Khalid menafikan dakwaan kononnya beliau punca bekas isterinya itu membawa diri keluar dari banglo yang merupakan harta sepencarian mereka sebelum bercerai pada 2005.
Khalid juga memberitahu, segala urusan perpindahan Tengku Zawyah dilakukan secara baik antara kedua-dua pihak.
"Daripada membiarkan rumah itu kosong, saya bawa Siti tinggal bersama saya. Kebetulan juga, ayah dan ibu saya menetap di situ.
"Di banglo ini juga, ayah saya yang sedang uzur ditempatkan. Saya mahu sentiasa bersama ayah saya, menjaga dia dan memastikan dia mendapat rawatan yang baik.
"Begitu juga dengan ibu. Saya tidak mahu berjauhan daripada mereka terutamanya pada saat-saat ini," jelas Khalid lagi.
Ayahnya, Mohamad Jiwa Abdullah, 78, yang uzur kini dijaga oleh beliau selepas sekian lama menghidap penyakit strok.
Pada masa yang sama, Khalid juga berjanji akan menyerahkan banglo berkenaan kepada salah seorang anaknya apabila sampai masanya kelak.
Lalu, soal Khalid lagi, apakah menjadi kesalahan baginya membawa isterinya menetap di banglo itu.
"Saya sangat hairan kenapa masih ada orang mahu kecoh mengenai isu ini. Saya mohon pengertian semua orang agar memberi ruang kepada saya dan Siti untuk menguruskan kehidupan kami," pinta Khalid berkali-kali.
Menurut Khalid, beliau sangat menghargai kesudian Siti untuk menetap di banglo itu biarpun ketika pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah yang bukan-bukan terhadap mereka.
Sementara itu, Siti pula dalam reaksinya memberitahu, sebagai seorang isteri, dia akan mengikut apa sahaja kehendak suami khususnya terhadap perkara-perkara yang boleh membawa manfaat kepada rumah tangga mereka.
"Siti juga ada perasaan, ada rasa tanggungjawab. Ini keputusan yang suami buat, mahu atau tidak, Siti harus ikut. Janganlah buat dakwaan sesuka hati," kata penyanyi itu lagi.
Bagaimanapun, Siti secara peribadi mengakui, dia lebih senang untuk tinggal di kondominium mewah di Jalan Ampang yang selama ini didiaminya, namun Siti harus akur dengan keputusan suaminya itu.
"Tetapi sesekali kami balik juga ke kondominium yang kami tinggal sebelum ini," sambung penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu Melawan Kesepian ini lagi.
Paling utama kata Siti, selain daripada undangan daripada suami, hatinya juga terbuka untuk menetap di banglo berkenaan kerana menghormati ibu dan ayah mertuanya yang juga menetap di sana.
"Siti sangat gembira dan begitu selesa kerana ibu dan ayah mertua juga sama-sama menetap di sana.
"Sekurang-kurangnya, Siti juga berpeluang untuk menjaga kebajikan mereka berdua," katanya lagi.
Khalid dan Siti mengharapkan penjelasan ini akan menoktahkan segala pandangan kurang enak sebilangan masyarakat yang barangkali kurang mengerti kedudukan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian ko siti.......apa ko buat semua kena kutuk |
|
|
|
|
|
|
|
Cinta jangan hanyut
LEBIH 11 tahun menjadi anak seni, Datin Seri Siti Nurhaliza masih berada dalam kelasnya tersendiri. Saban hari, tidak pernah surut daripada dugaan termasuk paling hebat dilanda ribut asmara sebelum menikahi Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa, dua tahun lalu.
Namun, Siti, 29, tetap menghadapinya dengan tenang. Tenang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #44 cintan66's post
siti oh siti...... |
|
|
|
|
|
|
|
Siti rindu soalan nakal media |
|
|
|
|
|
|
|
jumpa gambar siti..... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima Kasih Kerana Prihatin... PDF Print E-mail
Written by Siti Nurhaliza
Monday, 16 June 2008
Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Salam penuh keceriaan buat semua dan harapan Siti agar semuanya akan mendapat apa yang dihajatkan dalam hidup.
Tidak sangka pula mesej Siti yang sebelum ini menimbulkan banyak persoalan dan juga jadi bualan walaupun sewaktu menghantar mesej tersebut Siti memang tidak memikirkan apa-apa kerana merasakan ia satu mesej yang biasa dihantar. Nampaknya peminat Siti amat prihatin dan Siti juga tidak mahu lagi ada tanda tanya cuma adakala dengan satu mesej, suasana akan bertukar menjadi lebih baik dan juga yang sebaliknya. Harapan Siti agar semuanya akan jadi baik-baik sahaja.
Jangan bimbangkan Siti kerana memang Siti akui sebagai manusia biasa adakala kita juga rasa untuk berkongsi sesuatu dengan orang lain tapi kita tidak boleh mengharapkan orang memahami kita. Namun buat anda semua, Siti tahu bagaimana sokongan anda kepada Siti selama ini dan Siti amat menghargainya.
Masa terus berlalu, memang banyak rancangan yang mahu dilaksanakan. Bukan untuk diri Siti sahaja tetapi syarikat Siti juga. InsyaAllah, Siti juga tidak lama lagi akan memulakan produksi album tradisional kontemporari dan InsyaAllah akan merakamkan vokal bila semuanya sudah sedia. Begitu juga dengan artis SNP yang lain, akan ada produk yang akan dikeluarkan di samping rancangan-rancangan lain. Maklumlah, tahun ini SNP sudah genap 10 tahun. InsyaAllah berkat sokongan semua kami akan melakukan apa yang terbaik untuk industri. Segalanya perlu perancangan yang betul kerana industri hiburan sekarang tidaklah sehebat zaman 90-an dulu. Siti harap dengan usaha yang kami taburkan selama ini akan dapat sentiasa memuaskan dan menghiburkan hati anda semua.
InsyaAllah seperti biasa, jika segalanya sudah pasti Siti akan umumkan kepada semua. Doakan agar semuanya berjalan dengan baik.
Terima kasih atas semua yang telah anda lakukan di belakang Siti, menjalinkan hubungan yang baik, mengadakan pertemuan dan juga memanjangkan silratulrahim. Itulah matlamat SZ kerana ia bukan hanya menghubungkan Siti dengan anda tetapi di antara anda juga. Maaf jika ada pelawaan yang tidak dapat ditunaikanm, tidak banyak masa dapat diluangkan tapi adakala penghargaan tak dapat diluahkan dengan perbuatan dan perkataan kerana hati yang boleh menyampaikan kebenaran dan kenyataan.
Salam sayang buat semua. Jumpa lagi.
Siti Nurhaliza |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|