|
Reply #100 tomatomam2222's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #101 Syd's post
tak reply pon mesej iols.. mesti tu jawapannya kan |
|
|
|
|
|
|
|
pasal mertua kew?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apalah fitnah kau ni cik andalusia oii. Aku baru cakap ngan suami si farah ni. Baru la nak kenal2 suami dia, through sedara aku jgklaaa. Dia terkejut beruk bila aku tanya dia pasal hal ni. Dia kata memangla tak duduk sebumbung tapi mereka masih berjumpa hampir setiap hari. Farah plk kalau tak ada kerja, dok rumah aje atau lepak rumah family. Dia takkan keluar tanpa family members dia. Mana2 dia pergi ngan family. Fariz plk akan teman jika tak keja. Masa shooting video clip haritu pun family farah ikut sama. Fariz datang setengah hari pastu balik sebab panas sgt. Budah hero remaja tu pun budak lagi la. Farah pertama kali tepon budak hero remaja tu beberapa hari lepas depan suami dia utk bagitau video dah siap nanti dia akan bagi 1 copy kat budak tu. Apa la fitnah yg kau taburkan. Farah ni baru nak naik, kau tau tak berapa lama dia suffer dlm industri ni? Bila org tanya si Farah tentang masalah rumahtangga dia, dia pun menjawabla kan apa yg perlu. Menurut Fariz, Farah ni teramatlah ikhlas dan jujur, itu yg kdg2 termkn diri sendiri. Fariz's advice is to stop fitnahkan isteri dia. Masalah diorang tu biarlah diorang yg tanggung dan bak kata Farah biar Tuhan yg menentukannya. Sometimes, some people are just great to be as friends. Lagi satu Fariz explained, bab pakaian tu, dress Farah pakai mlm ABP tu dia hanya dpt pakai mlm tu, dia tak sempat buat final fitting sbb last fitting ketat kat dada, dia mintak longgarkan dan tarikkan ke atas supaya tak nampak lurah dendam. Baju tu pulak mula2 takde lengan sebelah, Farah mintak tukar design tambahkan lengan sbb taknak org berkata mcm2 plk. Fariz kesian betul isteri dia kena lalui mcm2. Fariz dan Farah masih rapat dan takde konflik antara mereka berdua. Yang mengada-ngadakan konflik adalah press dan org2 mcm cik andalusia kita ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 nakamichi's post
hmm..
semalam pun farah ada called
tanya pasal nih..
faiz yang update dia
pasal gosip-gosipan ngan hero remaja ke apa
dia tanya aku sape andalusia tu?
apa yang nakamichi ckp tu
sama mcm apa yang aku |
|
|
|
|
|
|
|
waahh.. bagus laa kalo dah suami farah sendiri yg jelaskan... biar kan lah rumah tangga dia org aman damai.. |
|
|
|
|
|
|
|
farahasyikin.blogspot.com. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #104 nakamichi's post
Kesian Farah
|
|
|
|
|
|
|
|
itulaa houdini... aku tak larat nak baca org percaya fitnah yg dilemparkan pada dia. we all know she's innocent and she's not what people think how she is. bagus jugak dia tulis blog. harap more people will go to her blog and understand her better |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #111 nakamichi's post
thx for the info on her blog.
bila baca..bru aku tau sedikit sebanyak isi hati dia |
|
|
|
|
|
|
|
ur wellcome. never judge anyone without getting to know her closely |
|
|
|
|
|
|
|
Episod Ramadan baru Farah Asyikin...
08-09-2008 10:21:22 AM
oleh WAHIDA ASRANI
MASIH terasa lagi kemanisan hidup sebagai suami isteri di dalam diri penyanyi kecil molek ini. Malah, kehadiran Ramadan kali ini juga turut mengimbau semula keseronokan tatkala menyediakan juadah buat sang suami tahun lalu.
Satu memori yang sukar dipadam di dalam diri Farah Asyikin, meskipun dirinya kini kembali menjalani kehidupan harian secara 'solo' semula setelah mahligai yang dibina bersama bekas suami, Dr.Fariz Yahya, 30, kecundang di tengah jalan.
Akui dirinya cukup merindui saat-saat manis itu, kata Farah bagaimanapun dia bersyukur kerana masih memperoleh ketenangan di bulan mulia ini meskipun tanpa kehadiran orang yang bergelar suami di sisi.
"Tipulah kalau saya katakan saya tidak terasa apa-apa. Baru tahun lalu saya cuba adjust hidup sebagai isteri dan berpuasa bersama suami, tetapi tiba-tiba tahun ini rutin kembali seperti zaman sebelum berkahwin semula.
Farah 'berehat' seketika sepanjang Ramadan bagi menumpukan perhatian pada penghasilan album keduanya
"Memang saya akui, rasa lainlah sedikit puasa kali ini. Saya rindukan tanggungjawab saya sebagai isteri dulu...rindukan suasana berbuka dan bersahur bersama.
"Tetapi alhamdulillah, saya masih ada keluarga. Sekarang ini saya sering pulang ke rumah ibubapa saya untuk berbuka bersama mereka," ujar Farah menceritakan kisah Ramadan dirinya kali ini.
Farah mendirikan rumahtangga bersama Fariz pada 12 Mei 2007, namun hanya mampu bertahan tidak sampai setahun.
Kata penyanyi berusia 28 tahun ini lagi, dia akui pastinya kehadiran lebaran tahun ini juga akan mengundang suasana yang berbeza.
Namun tegas Farah, seperti mana umat Islam yang lain, dia tidak mahu kisah 'sedih' dirinya menjadi penghalang untuk dia turut bergembira meraikan kedatangan Syawal nanti.
"Tak kisahlah apapun yang terjadi sebelum ini...saya tetap bersemangat sebenarnya nak sambut raya. Cuma mungkin kali ini saya ingin beraya secara sederhana saja.
"Persiapan raya pun biarlah ala-kadar saja. Rasanya saya hanya pakai baju-baju raya tahun lalu saja. Insyaallah, seperti kebiasaannya, saya sekeluarga akan pulang beraya di kampung kami di Pekan, Pahang," tutur Farah dalam nada ceria.
Mengalih topik kepada perkembangan seninya, kata penyanyi yang pernah dinobatkan Artis Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik 2008 ini, dia sedang sibuk menyiapkan album keduanya yang kini sedang di dalam pembikinan.
"Single pertama saya berjudul Hello akan mula dikeudarakan di stesen-stesen radio tidak lama lagi. Lagu tersebut merupakan ciptaan Audi Mok dan liriknya hasil nukilan saya sendiri.
"Lagu ini agak istimewa buat saya kerana kita turut memasukkan elemen 80an di dalamnya. Sebenarnya, ketika album pertama dulu, kami pernah masukkan elemen yang sama untuk beberapa buah lagu, cuma mungkin tidak ramai yang perasan.
"Untuk album kedua ini nanti, kami akan tetap selitkan formula-formula baru sebagai kelainan.
"Insyaallah, jika lagu-lagu daripada album pertama dulu peminat boleh terima, saya yakin lagu-lagu kali ini juga mampu dapat sambutan," kata Farah yang kini bernaung di bawah pengurusan syarikat F-Ter Six.
Menurutnya lagi, setakat ini, hanya dua buah lagu saja yang sudah siap dirakamkan.
"Kami memang sengaja tidak mahu terkejar-kejar untuk siapkan album ini. Saya sendiri inginkan album ini mempunyai kualiti yang bagus dan tidak menghampakan peminat-peminat.
"Insyaallah, jika semuanya berjalan lancar, album ini akan berada di pasaran pada tahun ini juga," kata Farah yang akan sibuk dengan road tour jenama jam tangan Roscani selepas Hari Raya nanti setelah dilantik sebagai duta jenama itu baru-baru ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
pelik laa kenapa album farah ni susah nak dpt.. lagu-lagu dia semuanya best! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 Syd's post
Apsal rasa macam pernah tengok je gambar tu ?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|