CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: humaira08

AF 6 di Bod pahang

[Copy link]
Post time 24-5-2008 11:42 AM | Show all posts
Stacy paling menyerlah, bakal juara af6?

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

RIZ

KUALA LUMPUR - Peserta wanita atau lelaki?

Itu teka-teki mengenai siapakah yang bakal diangkat sebagai juara baru Akademi Fantasia musim ke-6 (AF6) yang akan diumumkan pada malam ini.

Lima peserta yang berpeluang untuk diangkat sebagai juara ialah Stacy atau Stracie Angie Anam, 18; Mohammed Idris Mohd. Azizi (Riz), 22; Nadia Haswani Hasnan (Nadia), 18; Ahmad Nubhan Ahmad (Nubhan), 22; dan Khairul Nizam Baharom (Toi), 31.

Antara kelima-lima mereka yang paling menyerlah sudah tentu Stacy - bakat baru dari Sabah yang dikatakan paling layak menggenggam piala juara AF6.

Ini kerana Stacy dikatakan pelajar paling 'bijak' sepanjang AF6 berlangsung dan menjadi pilihan banyak orang termasuk artis-artis profesional untuk diangkat sebagai juara.

Stacy

Lagi pun menurut sumber, kedudukan Stacy lebih selesa berbanding peserta-peserta lain jika melihat kepada undian konsert mingguan yang sentiasa berpihak kepadanya.

Justeru, kelebihan untuk Stacy menarik lebih undian khidmat pesanan ringkas (SMS) ditambah pula dengan persembahan yang sentiasa mendapat pujian daripada pengkritik iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli.

Pun begitu, kemenangan tersebut belum tentu milik mutlak Stacy kerana pastinya dia ditentang hebat oleh seorang lagi peserta iaitu Riz.

Pola undian terutamanya golongan wanita memungkinkan Riz memiliki gelaran juara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2008 11:53 AM | Show all posts
Juara AF6 pilihan selebriti

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]

ESOK akan menyaksikan seorang lagi bakat muda yang akan diangkat sebagai juara program realiti terbitan Astro, Akademi Fantasia (AF).

Memasuki musim keenam penerbitannya, program realiti itu tidak dinafikan sangat berpengaruh sehingga mendapat perhatian daripada segenap lapisan masyarakat.

Berikut kami siarkan pilihan juara AF6 oleh beberapa selebriti tanah air.

Mila
(Juara AF5)
揗ila tak kisah siapa pun yang bakal menjadi juara sebab semua pun berbakat. Tetapi kalau boleh biarlah perempuan yang memegang takhta juara untuk kali ini.

揕agipun Mila tengok dari segi konsisten, Stacy memang layak menang sebab dia ada bakat, ada suara yang bagus dan setiap kali konsert, persembahannya amat konsisten.

揃agaimanapun, dari segi undian SMS mungkin juga Riz yang akan menang. Sebab dari awal-awal konsert, Mila tengok saban minggu dia berjaya mengatasi undian ramai peserta.

揗inggu ini Nadia akan menyanyikan lagu Mila iaitu Aku Lebih Tahu. Jadi, selamat maju jaya untuk dia. Untuk peserta lain, harap mereka dapat lakukan yang terbaik pada konsert final nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2008 09:51 AM | Show all posts
Stacy juara Akademi Fantasia Ke-6

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

KUALA LUMPUR 24 Mei
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:42 AM | Show all posts
Juara bantu keluarga

STACY dipeluk ahli keluarganya selepas menjuarai AF6
di Stadium Putra Bukit Jalil malam kelmarin.

KUALA LUMPUR - Juara Akademi Fantasia ke-6 (AF6), Starcie Angie Anam atau lebih dikenali sebagai Stacy mahu menggunakan hadiah hasil kemenangannya sebaik mungkin untuk mengurangkan beban kewangan keluarga.

"Ini kemenangan terbesar buat saya dan pastinya saya akan berkongsi bersama keluarga yang sentiasa menyokong saya selama ini.

"Keluarga saya orang susah dan kerana itu saya mahu membantu mereka supaya kami dapat hidup dengan lebih baik,'' katanya ketika ditemui Kosmo! selepas sidang akhbar Konsert akhir AF6 di Stadium Putra Bukit Jalil kelmarin.

Menurut Stacy, wang hasil kemenangan amat bermakna dan ia menjadi lebih bermakna apabila dapat menggunakannya untuk turut dinikmati setiap ahli keluarganya.

Sebagai juara, Stacy menerima pelbagai hadiah antaranya banglo bernilai RM550,000, kereta Peugeot 307 XS berharga RM139,535 dan wang tunai RM25,000 selain pakej pelancongan ke Afrika Selatan serta New York.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:49 AM | Show all posts
iada tuah untuk Nadia

Oleh FAIZAL SAHARUNI

KELINCAHAN yang terlebih sewaktu di pentas dikatakan menjadi faktor Nadia kurang mendapat perhatian pengundi.

PERSEMBAHANNYA hebat, tetapi kenapa hanya di tangga kelima? Kalau setakat tewas kepada Stacy dan Riz, boleh juga diterima akal, tetapi dia juga tewas di tangan Nubhan dan Toi?

Bab kekalahan di tangan Toi dan Nubhan memang tidak masuk akal sementelah Nadia dilihat sebagai peserta Akademi Fantasia 6 (AF6) yang paling konsisten.

Malah seorang juri AF6, Ning Baizura juga membayangkan Nadia sebagai pemenang di konsert akhir itu.

"Saya fikir anda akan jadi pemenang malam ini," kata Ning memuji Nadia selepas dia membuat persembahan yang disifatkan membuatkan semua juri terpegun kebanggaan.

Pun begitu, nampaknya elemen tuah tidak menyebelahi si manis berambut menggerbang ini.

Meskipun sentiasa memberi persembahan bertenaga dan konsisten setiap minggu menerusi konsert mingguan ada sebab kenapa Nadia, 18 meraih undian tercorot dalam pertandingan yang berlangsung dengan meriah di Stadium Putra Bukit Jalil malam Sabtu lalu.

Dan apa lagi? Nadia tetap mampu tersenyum dengan takdir yang sudah tertulis untuknya.

Bagi Nadia, kekalahan ini bukannya pengakhiran yang perlu ditangisi atau diratapi, sebaliknya konsert akhir AF6 ini dianggap sebagai awalan Nadia memulakan langkah dan tari bergelar penyanyi.

"Terus-terang, saya tak rasa kecewa atau terkilan apabila diumumkan sebagai peserta yang mendapat tempat kelima.

"Dapat sampai ke peringkat akhir dan buat persembahan di hadapan ribuan penonton pun sudah cukup menggembirakan hati saya.

"Rasa syukur sangat. Lagipun saya tak pernah jangka untuk sampai ke tahap ini," tutur Nadia kepada Kosmo! semasa ditemui sejurus berakhirnya konsert berkenaan.

Pertama kali bertentangan mata dan berbicara dengan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Haswani Hasnan, nampaknya wajah muda dan segar yang penuh cita-cita ini menjunjung visi tersendiri.

Dalam nada cukup keyakinan, Nadia memberitahu "Keluar AF6, perkara pertama yang saya nak buat adalah menggantikan tanggungjawab yang mama dan papa pikul sebelum ini.

HUBUNGAN mesra dengan Riz sewaktu di akademi dikatakan menjadi punca Nadia kurang fokus.

"Harap lepas ini mereka tidak payah kerja keras lagi. Saya akan memberikan kesenangan kepada mereka.

"Dah tiba masanya saya ambil alih tugas mereka."

Mengakui bersedia menghadapi pahit-maung berstatus seorang penyanyi yang menjadi permainan industri, Nadia memberitahu, dia akan menggunakan apa jua pengalaman yang ditimba daripada akademi.

"Saya akan menerapkan semua ilmu yang dipelajari daripada tenaga pengajar AF6 dalam menempuhi kehidupan bergelar anak seni.

"Sebenarnya banyak lagi yang kena belajar, malah saya berazam untuk perbaiki diri dari semasa ke semasa. Tentang persediaan hadapi segala kontroversi dan fitnah, saya amalkan prinsip jujur dan ikhlas. Itu pegangan saya," akuinya yang dilahirkan pada 14 April 1990.

Padah sikap terlalu yakin

Di awal konsert mingguan AF6, Nadia dilihat terlalu yakin dengan diri sendiri hinggakan ia seolah-olah memakan diri sendiri.

"Tak dinafikan, pada awalnya memang saya agak terlalu yakin kala buat persembahan di pentas.

"Kemudian minggu-minggu seterusnya saya cuba kurangkan sikit tahap terlebih yakin itu disebabkan saya tahu ia bakal memberi impak kurang baik kepada saya.

"Saya dah mula sedar kedudukan saya tiap minggu, lagipun saya lihat kawan lain semua bagus-bagus belaka.

"Untuk elakkan perkara itu berlarutan, saya cuba kawal diri sendiri agar tak lagi berlebih-lebihan," jelas Nadia enggan berselindung.

Nadia bukan gedik

Andai diperhatikan dalam Diari AF6, Nadia dan Riz kerap 'bermesra' antara satu sama lain walaupun masing-masing menggunakan gelaran abang dan adik semasa bersembang.

Bukan salah untuk berkelakuan sedemikian, sebaliknya terlalu kerap 'bersama' berkongsi cerita, ia kelihatan kurang menyenangkan apatah lagi objektif melangkah kaki di AF6 adalah untuk menimba pelajaran asas nyanyian.

Bagaikan memahami apa yang dikatakan penulis, Nadia menjelaskan, bukannya dia tidak fokus sepanjang tempoh 'dikurung' dalam AF6 itu.

"Saya akui bersikap periang semasa berada di AF6, tapi pada masa sama saya juga berikan sepenuh tumpuan pada kelas.

"Proses pembelajaran tiada yang berterusan, sebaliknya ada waktu kita berehat dan berjenaka dengan rakan lain. Itulah gambaran sebenar saya. Sepanjang berada di AF6, saya tak pernah hipokrit. Itulah diri sebenar Nadia.

"Kalau penonton nak cakap perkara buruk tentang saya yang dikatakan banyak main dalam AF6, saya terima saja dengan perasaan dan hati terbuka.

"Apa pun saya dah buktikan kepada penyokong, Nadia dah berjaya sampai ke peringkat akhir," tutur Nadia bangga kerana sudah miliki lagu sendiri, Kalut Lagi Mengarut.

Hala tuju Nadia

Dalam lambakan bekas pelajar AF yang kurang produktif sejak 2003, pemuja Anita Sarawak dan Tina Turner ini mengakui ada misi sendiri bagi menonjolkan diri di lantai seni.

PEMINAT yang menyokong Nadia hanya mampu berpuas hati apabila peserta itu menduduki tempat kelima.

Enggan bintang yang diraih sekelip mata itu bertukar suram, Nadia membutir kata, dia punyai strategi bagi menempatkan diri dengan kelompok artis wanita lain di negara ini.

"Kalau kita lihat, situasi penyanyi perempuan di Malaysia yang boleh menyanyi sambil menari tidak ramai.

"Itulah yang saya cuba nak tonjolkan. Nak tunjukkan keupayaan dan kebolehan saya nyanyi serta menari.

"Harap kelainan ini dapat diterima peminat," kata Nadia sambil mengukir senyuman manis, semanis wajahnya yang ternyata gembira dengan transisi bergelar anak seni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2008 10:50 AM | Show all posts
Stacy mahu ambil SPM

Oleh HARYATI KARIM
[email protected]

STACY dalam reaksi penuh terharu selepas diumumkan sebagai juara AF6.


KEMENANGANNYA menepati ramalan ramai, bahkan dia dilihat mampu mengetepikan pesaingnya begitu sahaja. Aura sebagai sang juara bagaikan melekat kepada dirinya semenjak awal lagi, tetapi hanya menjelang tengah malam Sabtu lalu ia menjadi milik mutlak Stacy.

Lihat sahaja kelibat Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam di pentas persembahan, dengan aksi lincah serta penuh dengan semangat sememangnya melayakkan dia untuk diangkat sebagai juara terbaru Akademi Fantasia Keenam (AF6) Sabtu lalu.

Stadium Putra, Bukit Jalil tempat acara berlangsung menjadi saksi betapa hebatnya kebolehan yang ada dalam diri gadis kecil molek yang pernah melalui detik-detik sukar dalam kehidupan ini.

Pun begitu, di sebalik senyum tawa serta tangisan gembiranya tiada siapa menyangka gadis muda sepertinya telah mengharungi perit getir kehidupan.

Malah Stacy pernah terpaksa berhempas pulas demi sesuap nasi untuk menyambung kehidupan.

Tanpa berselindung, dengan titisan air mata di pipi, anak kelima daripada enam adik beradik ini mengatakan dia tidak sempat pun mengambil peperikasaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sepatutnya diduduki tahun lalu.

Ini kerana Stacy terpaksa berkorban untuk adiknya yang masih lagi bersekolah.

"Saya tidak sempat ambil SPM kerana waktu itu keluarga hadapi masalah termasuk masalah kewangan. Jadi saya ambil keputusan nekad berhenti sekolah dan berkerja untuk beri peluang kepada adik saya ke sekolah.

"Sebelum berhenti sekolah pun saya sudah buat dua kerja, satu bekerja di kelab dengan menyanyi dan juga sebagai pelajar di sekolah St. Micheal Penampang," cerita Stacy dalam nada terharu.

Bagaimanapun, jelas gadis berusia 18 tahun ini, dia berazam untuk menghabiskan baki pelajaran yang ditinggalkannya dulu demi menjadi seorang yang berilmu.

"Siapa kata saya tidak mahu ambil SPM? Kalau boleh saya mahu habiskan pelajaran tahun ini tetapi terlibat dengan AF pula, jadi saya akan ambil SPM tahun depan," azam Stacy yang dikongsi bersama dengan media beberapa detik selepas kemenangannya.

NYANYIAN Riz juga dikritik sebagai tidak 'bermaya' oleh juri.

Anak buruh binaan

Bercerita bagaimana sang juara ini boleh terlibat dengan program realiti popular ini, Stacy memberitahu niatnya untuk memasuki AF telah wujud sejak program ini mula diterbitkan lagi.

"Saya sudah lama mahu masuk AF, tahun lalu saya sudah tidak bersekolah dan ingin cuba nasib. Masa itu rakan saya beritahu umur belum cukup sebab hanya mereka yang berusia 18 tahun ke atas boleh jadi peserta AF.

"Jadi tahun ini bila sudah cukup umur 18 tahun saya tidak mahu lepaskan peluang lagi.

"Bila masuk AF, saya tidak sangka akan menang sebab semua pun bagus juga, rasanya kemenangan ini yang terbesar buat diri saya serta keluarga," ucap gadis yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah ini lagi.

PELAJAR yang tersingkir turut diberi peluang beraksi di final.

Stacy yang menyanyikan lagu Atas Nama Cinta (Rosa) dan Aku Stacy berkata, dengan kemenangan yang berada di genggaman dia berazam untuk mengurangkan beban keluarga dan akan menjadi seorang penghibur sebaik mungkin.

"Keluarga saya orang susah, mereka tidak pernah menerima sesuatu seperti ini dan saya juga mahu membawa mereka semua tinggal di Kuala Lumpur, untuk merasai apa yang saya rasa kerana mereka semua belum pernah ke sini.

"Ibu saya sudah pencen, dan ayah saya pula hanya kerja sebagai buruh binaan. Jadi kami tidak berkemampuan untuk ke sini jika tidak dengan kemenangan saya hari ini," tuturnya jujur.

Takut dengan masa depan

Gadis berketurunan Kadazan ini mengatakan, jika sebelum ini dia masih samar-samar dengan arah yang harus dituju, tetapi kini tidak lagi.

Bergelar sebagai juara wanita kedua selepas Mila AF5, Stacy kini tidak perlu lagi gusar. Pastinya dia bakal dijaga dan dibelai oleh pihak Maestro untuk meningkatkan lagi namanya dalam persada seni tempatan kerana dia merupakan produk terbaru mereka.

"Sekarang ini, saya yakin dengan apa yang saya mahukan, semuanya terpulang dengan pihak Maestro untuk tentukan kerjaya saya selepas ini.

MELIHAT kepada pola undian, Toi lebih diminati berbanding Nadia.

"Saya cuma harapkan peminat yang mengundi akan terus menyokong saya, dan saya akan cuba menjadi penyanyi yang bagus," katanya lagi.

Oleh kerana itu, Stacy punya perancangan tersendiri, kerana baginya bakat yang dikurniakan belum cukup untuknya berdiri dengan megah di dalam industri hiburan.

"Mungkin selepas ini, saya akan masuk kelas vokal untuk memantapkan lagi vokal saya. Selain itu, saya juga sudah bayangkan serta tetapkan minda saya apa yang akan berlaku selepas keluar dari AF.

"Dan kerana itu, saya sudah bersedia untuk menghadapi segala macam dugaan yang bakal saya tempuhi nanti. Apa yang saya tahu, dunia yang sebenar adalah selepas saya melangkah kaki keluar daripada AF," bicaranya lagi.

Pesaing baru Mila?

Semua sudah tahu, dengan kemenangan Stacy kini pihak Maestro memiliki dua orang juara wanita dan mungkinkah Mila bakal menjadi pesaing terdekat Stacy? Atau apakah populariti Mila bakal tergugat dek aura Stacy yang lincah dan liar sekali di pentas persembahan?

BERADA di tempat ketiga adalah pencapaian 憈erbaik
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 09:04 PM GMT+8 , Processed in 0.078135 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list