View: 6524|Reply: 19
|
tip jaga keta: detergent boleh sebabkan karat
[Copy link]
|
|
Tip Pemanduan: Serbuk pencuci pakaian boleh sebabkan karat
FENOMENA cuaca selalunya menjadi faktor utama keaslian cat kereta pudar dan sukar dikekalkan walaupun pelbagai cara digunakan bagi mengekalkan warna termasuk menggunakan pengilat yang mahal.
Selain keadaan cuaca yang memudarkan warna, ia memberikan kesan sampingan seperti masalah karat, terutama pada bahagian besi kereta yang terdedah akibat kemek, berpunca daripada kesan kemalangan yang tidak diperbaiki.
Pancaran matahari, hujan dan pencemaran alam sekitar sebenarnya faktor semula jadi yang tidak boleh dielakkan.
Bagaimanapun, bagi mereka yang mengambil berat soal kereta, banyak cara boleh dilakukan untuk mengatasi masalah warna pudar.
Tidak hairanlah ada kereta yang masih mempunyai warna menawan dan tidak luntur walaupun sudah berusia lima hingga 10 tahun.
Malah, usaha terbabit tidak sia-sia kerana kereta yang sentiasa bersih dan berkilat mempunyai nilai pasaran tinggi apabila dijual semula.
Dalam ruangan kali ini, kita cuba mendekati dan mempelajari beberapa teknik mudah mengenai penjagaan warna dan kebersihan kereta.
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur. Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti anda menjaga kesihatan tubuh badan.
Yang penting adalah kerap mencuci kereta kerana ia boleh menghindarkan kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan kereta berhabuk.
Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci sekali dalam masa dua atau tiga minggu menggunakan bahan cucian khas untuk kenderaan.
Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat pada kereta selain merosakkan cat asal kenderaan.
Pemilik kenderaan dinasihatkan supaya jangan sesekali menggunakan sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.
Untuk memudahkan cucian, gunakan kain lembut atau span sebelum menyiram kenderaan dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum dikeringkan dengan kain bersih.
Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap, tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat. Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air serta habuk. Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan kesan karat yang teruk.
Pembersihan optimum pastinya merangkumi seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air terutama akibat pancutan air yang kuat.
Jika anda was-was untuk mencuci enjin, sebaik-baiknya dapatkan khidmat pencuci kereta yang mahir.
Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk menjadikan cat kereta lebih berkilat.
Bahan pengilat mampu menghapuskan kotoran yang melekat pada badan kereta. Bagaimanapun, pemilik perlu memilih bahan pengilat sesuai dengan kereta masing-masing sama ada menggunakan cat biasa atau metalik.
Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi memastikan hasil penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.
Pengilat hendaklah diletakkan di atas span bersih sebelum menggosoknya secara sama rata pada permukaan kereta dengan gerakan bulatan.
Tunggu beberapa minit sehingga bahan pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar warna keputihan sebelum menggosoknya untuk menghilangkan kesan putih berkenaan.
Perlu diingatkan, jangan sekali-kali menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.
Lakukan kerja mengilat di bawah tempat redup serta keadaan badan kereta tidak panas kerana ia bakal merosakkan warna kereta.
Selepas membersihkan kereta daripada debu pengilat, digalakkan supaya kenderaan dijemur di bawah panas matahari selama beberapa jam bagi memastikan lilin pengilat meresapi lapisan cat sepenuhnya supaya kenderaan kelihatan lebih berkilat.
aku rasa penting gak nak tahu ni.. apa daknya banyak dulu masa aku moda moda dulu basuh keta sundirik (sbb nak jimat ler) aku ganyah aje dengan sabun breeze ke fab ke kat rumah mak aku.. ingat boleh la bersihkan keta tu.. tapi dlm jangka masa panjang leh karatkan lak keta aku... now aku bawak kat kedai aje.. sbb malas nak basuh sundrik, tapi kalu emergency kena basuh juge aku tak guna ler detergent lagi.. tee hee |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
basuh sendiri lebih menjimatkan
dan badan akan berpeluh |
|
|
|
|
|
|
|
hantar kedai je.. hulur 8 inggit, kawtim |
|
|
|
|
|
|
|
kalau basuh kat rumah, syampoo rambut aku selau jadi sasaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih baik pakai syampu keter drp pakai detergent basuh baju, sebab detergent ni pH dier beralkali. Karat pun kalau kita bubuh dengan air, dier akan jadik beralkali gak, so kalau terlampau berasid atau beralkali dah tentu laa akan mengakis besi keter tu laa. Kalau syampu keter lak bukan setakat pH dier lebih seimbang tapi mesra kulit gak laa. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by nalis at 21-3-2008 17:30
hantar kedai je.. hulur 8 inggit, kawtim
ader satu tempat basuh keta ni, charge rm10 (basuh + vakum) utk keta aku (4wd). bila lepas basuh, bila aku tengok sabun yg dia pakai, rupanyer
sabun dishwasher yg dia beli lambak爇at kedai plastik trump |
|
|
|
|
|
|
|
ader saper--2 pernah try carnauba auto spa ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 batu_bergolek's post
saya pakai GLO sabun basuh pinggan?? ok ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by savvylady at 26-3-2008 21:12
saya pakai GLO sabun basuh pinggan?? ok ke tu?
rasenyer tak sesuai la, samala effect mcm yg Squall-Leonhart post
Originally posted by燬quall-Leonhart
Lebih baik pakai syampu keter drp pakai detergent basuh baju, sebab detergent ni pH dier beralkali. Karat pun kalau kita bubuh dengan air, dier akan jadik beralkali gak, so kalau terlampau berasid atau beralkali dah tentu laa akan mengakis besi keter tu laa. Kalau syampu keter lak bukan setakat pH dier lebih seimbang tapi mesra kulit gak laa.
pastu kene ingat dishwasher nyerr liquid, dia design utk penetrate semua kekotoran kat atas permukaan pinggan,
tapi kat kereta, effect ni la yg boleh hakis爈apisan wax dan clear coat燾at爇ereta.
[ Last edited by batu_bergolek at 26-3-2008 09:28 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by savvylady at 26-3-2008 09:12 PM
saya pakai GLO sabun basuh pinggan?? ok ke tu?
kalau keter ko cat sumer dah tak shiningg.. memang boley tenyeh basuh pakai apa pongg..
kotoran sure hilanggg.. side effect, cat nyer life spann/quality akannn reduce la.
as for me, beli shampoo keterr dlm rm20-30, dekat 2 -3 tahun pong tak abih pakai lagiiii... (weekly car wash) |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 27-3-2008 01:43
kalau keter ko cat sumer dah tak shiningg.. memang boley tenyeh basuh pakai apa pongg..
kotoran sure hilanggg.. side effect, cat nyer life spann/quality akannn reduce la.
as for me, beli牋...
Aku pakai Kit Carwash beli kat carrefour ok ke? kalo compare ngan product car shampoo yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #13 batu_bergolek's post
ok ler tu.. kira cam medium entry nyer level kit,
yg high range/advance/mahal cam meguair, turtle dll.. (yg mahal2 tu laa) |
|
|
|
|
|
|
|
so nak guna apa ni.. car shampoo ke..lebih baik ke syampoo rambut?? hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
so nak guna apa ni.. car shampoo ke..lebih baik ke syampoo rambut?? hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by takumi86 at 27-3-2008 01:43 AM
kalau keter ko cat sumer dah tak shiningg.. memang boley tenyeh basuh pakai apa pongg..
kotoran sure hilanggg.. side effect, cat nyer life spann/quality akannn reduce la.
as for me, beli ...
sama la wa..beli shampoo kereta kat 2 tahun pun tak habis.......kalo beli yg best punya la....yg branded nyer....dan yg mahal, kalo beli yg kat giant....tu....cepat jer habis...yeala, sekali basuh mau 3-4 tutup botol pakai..tuang shampoo....
tapi ada la kawan wa bag advice...dia kata kalo pakai sabun cuci pinggan mangkuk yg cecair tu..pun elok utk kereta ...betul ke???
aku tak ingat la jenama apa, jgn la pakai yg cam axion tu...yg cecair ada warna hijau, ada warna kuning tu...
wa memula pakai gak..kilat2 tapi pikir2 balik, karang ada plak long term effect....
tapi kekadang buat la jugak....kalo terpaksa |
|
|
|
|
|
|
| |
|