|
UP BALIK BERITA PANTIS :
Doakan yang terbaik untuk saya
Artikel: Sudirman Mohd Tahir
[email protected]
SELEPAS lima tahun menjanda, penyanyi yang juga kakak kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida Tarudin mengesahkan bakal berkahwin dengan lelaki yang dikenali sebagai Apit, hujung tahun ini.
Saida, 40, berkata, dia belum bersedia berkongsi tarikh majlis pernikahan kerana masih banyak perkara perlu diselesaikan.
"Betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi cuma belum boleh maklumkan tarikh. Jika sudah ada kepastian, saya akan kongsi dengan semua.
"Bagi saya perkara baik sebegini tidak salah diuar-uarkan. Jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berharap segala yang dirancang berjalan lancar," katanya kepada Harian Metro.
Saida berkata, perhubungan yang terjalin hampir empat tahun itu pernah putus tiga bulan.
Namun, katanya, kesungguhan yang ditunjukkan jejaka berkenaan membuatkan cinta mereka kembali bertaut seterusnya terbuka hati untuk berkahwin.
"Walaupun pernah berpisah, Allah SWT menyatukan kami semula. Saya menganggap dia jodoh yang sudah tertulis untuk saya,” katanya.
Ditanya sejauh mana penerimaan empat anaknya, Saida berkata mereka mengambil masa untuk menerima bakal suaminya itu.
"Pada mulanya, agak susah tetapi sebagai ibu saya perlu menjelaskan kepada mereka. Saya selalu bercakap mengenai perkara ini supaya mereka lebih faham.
"Namun anak-anak tidak pernah menghalang jika saya mahu berkahwin lagi. Lagi pun mereka sudah dewasa, jadi sedikit sebanyak sudah mengerti," katanya.
Hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, mereka dikurnikana empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10. |
|
|
|
|
|
|
|
Lama tak dengar cerita Saida......... |
|
|
|
|
|
|
|
Iol x suke saida ni sbb sheols lemau sgt2, lembik aje nmpk x mcm tokti wlupun lmbut tp nmpk aggressive confiden.. xyh la jd retis klu stkt tumpng nma adik |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang nama dia pun dah hilang dari radar dunia hiburan. elok lah tu........ |
|
|
|
|
|
|
|
Harapnya tipah tak terlewat mengucapkan Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin buat semua ahli PANTIS. Raya kan sebulan................ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Aidil Fitri buat semua yang pernah bersama PANTIS suatu ketika dahulu. Anyway, apa cer sekarang Saida ni ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|