|
AYAM KAMPUNG ORGANIK
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. milik Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja merupakan syarikat muslim yang pertama terlibat dalam penternakkan ayam kampung organic secara komersiol di Malaysia.
Ayam kampung adalah panggilan bagi ayam yang dipelihara secara lepas. Di negara Barat ia dikenali sebagai free range chicken atau organic chicken. Ayam kampong jenis ini bergerak bebas dan berpeluang bergerak aktif mencari makanan tambahan dalam bentuk semula jadi terdiri daripada haiwan kecil seperti belalang, ulat dan cacing serta bahan daripada tumbuhan seperti bijirin, buah dan dedaun termasuk dari spesies tumbuhan herba.
Pergerakan otot yang aktif serta pengambilan makanan berunsur organik menghasilkan daging yang lazat dan berkhasiat tinggi.
Ciri daging yang enak dan berprotin tinggi tanpa kolesterol akan mejadi kegemaran anda semua berbanding dengan ayam daging komersiol yang hidup dengan pelbagai anti biotic, beta aganist, growth hormone dan bahan kimia yang diharamkan oleh kerajaan.
KEISTIMEWAAN AYAM KAMPUNG ORGANIK
A. HALAL PROSES PENTERNAKANNYA.
B. AYAM DIBERI MAKANAN YANG BERSIH DAN BERKHASIAT TINGGI YANG MENAWARKAN FAEDAH PERUBATAN BAGI PENGGUNA SEPERTI
1) HABBATUS SAUDA
2) HALIA
3) PANDAN
4) KUNYIT.
5) AIR BERSIH BAWAH TANAH TANPA KLORIN.
Minta semua pengguna Islam yang bijak dan berprihatin terhadap kualiti serta halalan & tayyiban memberi sokongan untuk kita terus maju. Wang ringgit bukan ukuran murah mahal bukan jadi alas an tapi卆pakah setiap makanan yang kita makan kini betul-betul halal atau hanyalah sekadar berselindung di sebalik label halal |
|
|
|
|
|
|
|
ayam kampung organik
TEKADNYA menceburi perniagaan ternakan ayam kampung organik adalah bagi memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk menyediakan makanan halal bermutu untuk umat Islam di negara ini.
Di ladang itu beliau menternak 40,000 ayam kampung yang diberikan makanan herba berkhasiat dan bermutu tinggi bagi memastikan dagingnya benar-benar bebas daripada sebarang campuran bahan kima.
Makanan yang diberikan adalah hasil ciptaan beliau sendiri selepas melakukan penyelidikan selama setahun.
Ia daripada ejen pemangkin pertumbuhan yang banyak digunakan dalam industri penternakan untuk mempercepatkan proses tumbesaran ayam.
Pengarah Urusan Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd (Al-Mumtaz) itu berkata, hasrat utama menceburi ternakan ayam kampung organik tanpa sebarang campuran bahan kimia terlarang bagi menyahut tuntutan agama dan kerajaan yang menggalakkan orang Islam di negara ini terbabit dalam industri makanan halal.
揝aya terpanggil untuk menceburi ternakan ayam kampung organik ini adanya pelbagai laporan kebelakangan ini mengenai daging yang disuntik dengan pelbagai bahan yang tidak halal ditambah lagi dengan cara sembelihan meragukan umat Islam.
揌asil daripada pengamatan saya mendapati makanan yang diberikan kepada ayam untuk tujuan pembesaran dan tempoh sebenar ayam untuk membesar tidak mengikuti kaedah yang betul menyebabkan pengguna berdepan risiko ditimpa pelbagai penyakit seperti kanser dan jantung, |
|
|
|
|
|
|
|
ayam kampung organik
February 23, 2008 @ 10:11 am
3 pembekal ayam tak sembelih disaman
Oleh Fatin Hafizah Mohd Shahar dari Berita Harian
KUALA LUMPUR: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.
Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.
Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi khas, termasuk kos pembelian ayam, kos perbelanjaan makan dan minum bagi pertemuannya dengan wakil dari Perak Duck Food Industries Sdn Bhd dan kos bagi menghadiri pemeriksaan di Bahagian Hab Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) di Cyberjaya.
Selain itu, beliau juga menuntut menghadiri pemeriksaan di Persatuan Pengguna Islam (PPIM) di Keramat di sini dan kos untuk menghadiri pemeriksaan di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh yang semuanya bernilai RM1,375.77.
Zainuddin juga memohon defendan untuk membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.
Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.
Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 duithalal's post
kini di buka outlet subang perdana - no.3, Jalan Dinar B U3/B, Taman Subang Perdana, 40150 Shah Alam..hp 017-967 3797
sedia menerima tempahan untuk sekitar subang, kota damansara, sungai buloh dan kawasan sewaktu dengan nya |
|
|
|
|
|
|
|
selain ampang n subang mana lg boleh dpt. ada suply kat mana2 pasaraya x? |
|
|
|
|
|
|
|
ok gak business ni ekk...sebab sekarang ramai yang naik ambil makanan yg organik cuma mahal skit laaa...welll...aku rase kat luar negara organic market dah berkembang...cuma negara kita lambat skit.... |
|
|
|
|
|
|
|
ok gak business ni ekk...sebab sekarang ramai yang naik ambil makanan yg organik cuma mahal skit laaa...welll...aku rase kat luar negara organic market dah berkembang...cuma negara kita lambat skit.... |
|
|
|
|
|
|
|
camner nak mulakan ayam organik ni........maksud aku ......nak kena bela tu macammana...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 Noraaziz's post
tak yah bela...ada orang supply nih..kor nak ke, aku cari kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
kat utara ada pengedarnya tak? esp kt penang, seberang perai (bukit mertajam), kulim? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Noraaziz at 14-3-2008 05:24 PM
camner nak mulakan ayam organik ni........maksud aku ......nak kena bela tu macammana......
pergi kursus... |
|
|
|
|
|
|
|
dr zainol melantik authorized dealer untuk penjualan ayamnya...
info tambahan...dari http://www.bicarajutawan.com/forum/showthread.php?t=2193
Doktor Zainol sudah dpt mengesan satu company melayu (terpaksa dirahsiakan) yg cuba bermain kotor dgn doktor zainol. Mereka telah membeli ayam dgn saiz kecil tp telah menjual ayam tersebut pd saiz yg lebih besar dan harga yg lain. Kepada semua distributor, sy nasihatkan, doktor akan ambil tindakan pd seseorg itu yg cuba tidak jujur.
Packaging ayam lg 2-3minggu akan siap. Sekiranya anda semua dapati ada peniaga yg cuba menaikkan harga sesuka-hati, sila laporkan kepada sy. Sila jual pd harga yg telah doktor tetapkan. Prinsip doktor, apabila dia berjumpa dgn seseorg, dia akan 100% bersangka baik dan akan terus percaya pd org itu. TAPI slpd itu, melalui muamalat dan muasyarah dgn doktor akan menilai org itu.
Dr.Zainol tiada sole distributor.Sesiapa sahaja bleh direct deal dgn Dr.Zainol. Sebenarnya, company S***TR*E Sdn.Bhd. pun bukan sole distributor. Jadi kepada mana2 badan syarikat yg berminat utk jadi distributor dialu2kan.Dr.Zainol membuka peluang kepada semua umat Islam yg ingin menambahkan pendapatan dgn menjadi pengedar di kawasan kediaman.Peluang terbua luas.
beberapa authorized dealer dr.zainol
http://ayamkampungorganik.blogspot.com/
http://soletrade.com.my/organic.html |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|