|
Mawi dalami ilmu magik di London dan Korea!
04-03-2008 12:52:23 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ
SELEPAS pulang bercuti dari Korea dan London, United Kingdom, penyanyi Asmawi Ani atau Mawi, 27 bakal sibuk untuk menjayakan Minggu Setiausaha bermula April depan.
Ternyata aura Mawi masih menikam kalbu peminat untuk senantiasa menyokong perjuangan seni anak muda kelahiran Felda Taib Andak, Johor ini.
Beliau bukan sahaja diminta menjayakan sebuah persembahan majlis meraikan setiausaha malah dua buah sekaligus dalam selang beberapa hari.
Majlis yang pertama adalah anjuran Palace of The Golden Horses yang membawakan tema Go Green With Mawi pada 4 April ini sementara yang keduanya adalah anjuran PNB Darby Park pada 8 April dengan tema hitam dan merah.
Penampilan Mawi tidak keseorangan apabila beliau telah dirancang untuk bergandingan dengan artis popular tempatan iaitu Mila AF5 pada 4 April.
Manakala pengacara, penyanyi dan pelakon AC Mizal akan menghiburkan penonton bersama Mawi pada 8 April.
Ini adalah undangan kedua dari Palace of The Golden Horses.
"Ini kali kedua saya diundang untuk menjayakan majlis minggu setiausaha di sini. Sebelum ini saya, Marsha dan Bob telah menjayakan majlis tersebut pada tahun 2005 lalu.
"Kali ini saya bakal bergandingan dengan Mila dan pengacaranya pula adalah Dee.
"Kami masih merancang lagu yang bakal dinyanyikan nanti dan bagaimana bentuk persembahan yang akan saya lakukan.
"Cuma apa yang dapat dikatakan lagu yang bakal dinyanyikan nanti bertemakan alam sekitar dan bencana alam.
"Saya pun jenis yang mencintai alam sekitar kita maka secara tak langsung mampu melakukan kempen terhadap alam sekitar.
"Saya juga merancang untuk berduet dengan Mila tetapi kami belum berbincang lagi lagu yang bakal dinyanyikan nanti.
"Oleh kerana saya banyak mempelajari ilmu magik maka tidak hairanlah kalau saya buat magik pada malam itu," ujar Mawi mengenai persembahan yang bakal dipimpin oleh pemuzik Nan.
Majlis makan malam tersebut adalah kolaborasi Palace of The Golden Horses bersama Maestro Talent Management.
Bercerita tentang magik, Mawi lebih banyak membawa pulang ilmu magik yang dikutip dari kota London dan Korea ketika bercuti sambil menjayakan program untuk siaran Astro Ria pada awal bulan April depan.
"Saya berjumpa dengan seorang ahli silap mata di London. Apa yang menarik, beliau menunjukkan magik yang lama kepada saya.
"Salah satunya adalah beliau meminta saya melilitkan rantai kebadannya dan selepas itu dia berjaya meloloskan diri dari rantai yang dililit tadi dalam masa 10 minit.
"Saya turut mempelajari satu tip silap mata dengan menggunakan kayu penyepit 'chop stick'.
"Kami juga saling berkongsi idea dan kepakaran mengenai silap mata.
"Bukan di London sahaja, saya juga mempelajari ilmu silap mata di Alexander Magic Bar, Korea," cerita Mawi yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk membeli peralatan magik.
Tak kisah dengan kontroversi
Nama Mawi sudah bertakhta kira-kira tiga tahun dihati peminat masakan tidak lari dari gosip dan kontroversi.
Beliau akur segala perkara yang pernah terjadi sebelum ini banyak mematangkan dirinya lebih-lebih lagi selepas insiden putus tunang dengan Nurdiana Naim atau Ina.
Disebabkan kejadian yang menimbulkan satu kontroversi besar negara itu, Mawi kini berpaling tadah untuk tidak menceritakan tentang kisah percintaannya sekaligus selalu menjawab "no komen".
"Saya berkata no komen berdasarkan soalan yang diberi kerana saya rasakan jawapan tersebut lebih selamat.
"Sebelum ini saya bersikap terbuka sehingga membuatkan saya kurang selesa.
"Tentang kisah cinta dan segalanya biarlah dirahsiakan dahulu. Bukan saya mahu megikut jejak langkah Datuk Siti Nurhaliza atau sesiapa pun tetapi jika jadi nanti saya akan umumkan.
"Mengenai kontroversi, peminat dah pandai menilai dan saya tak kisah dengan kontroversi.
"Saya akan buat jika rasakan benda tu betul. Sebelum ini saya susah membuat keputusan kerana pendirian goyang dan hampir stress tapi sekarang dah matang dan boleh berpendirian sendiri," kata Mawi yang bakal tampil dengan album Qasidah 2 yang dijangka terbit sebelum Hari Raya Aidilfitri depan. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 kekekek's post
mekasih bono
jadinya show mawi kat POGH ni kerjasama maestro ngan POGH lah ye
tengok-tengok jugak duit dlm bank tu ye mawi.. kang menyusut tak perasan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 kazz's post
Hi ols!
tecik betoi mila ni yer .. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ini jadi satu batal satu
credit to vm
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa mahal sangat tiket tuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dulu mahal pun org tak kisah tapi sekarang ni baru perasan ke harga tiket tu mahal... |
|
|
|
|
|
|
|
asik minggu setiausaha je......org pun dah bijak....situ sana sini nak kaut untung menggunakan artis popular.
buat le minggu security ke....minggu supir ke....minggu surirumah ke......
tapi kena le sebaloi ngan harga tiket lak......bayo mahal2 memang eklusive tapi kalau dah saban minggu buat, mana special nya....kat tv pun dah bole tengok artisnya percuma je, on radio je dah bole dengor suaranya...
cukup2 le ....... |
|
|
|
|
|
|
|
bosannnnnnnnnnnnnnnnnnn laaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
[ Last edited by rasuk at 16-4-2008 03:54 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #31 rasuk's post
lain tajuk daaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sRbA at 16-4-2008 05:15 PM
aku sejak 2 menjak ni khan, malas nak baca berita2 pasal mawi dah. tengok tajuk jerk la. lagi2 kalo citer +ve nih, maleh den dah. kalo citer2 -ve, laju gak nak tau cikit2. leh wat i senyum2, tepu ...
akuuuuuuuuuuuuu puuuuuuuuunnnnnnnnnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #34 MBE6004's post
aku takkkkkkkkkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by redsentra at 4-3-2008 09:18 AM
comei dak mila ni cinonet je bak kata org utara
comei? masa dlm AF nampak lagi gebu Mila nie..lagicomeil..
la ni mcm sakit jek... makan ati ekkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #35 dino's post
abe dino, ahaks! |
|
|
|
|
|
|
| |
|