View: 5239|Reply: 1
|
Kongsi Ilmu: LUKIS / Latifmaulan
[Copy link]
|
|
Salam
I terjumpa this website yg penuh dgn laporan n penulisan ttg seni. So, u all boleh surf n read. Happy reading...
I dont know who this person is but many credits to him then.....
http://www.latifm.com/PHP_Nuke/index.php
ps.. mr g mesti suka ni |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Keduarc at 6-1-2012 19:54
Salam momod Fleursza...
Saya minat karya2 melihat keindahan dan kehalusan karya Abdul Latif Maulan...
Pelukis realis yg sangat berbakat....karya beliau sy kategori kan sebagai superrealisme...karya2 spt Ordinary Day, Penebangan Kali Terakhir, Tipah Ikan Segar, Percaturan Kehidupan, Fantasy Dream dan banyak lagi menarik kerana menyentuh isu2 sosial.
Dengan bakat dan ketekunan beliau, semangat untuk berkarya menjadi satu obsesi yang secara tidak langsung banyak mencerminkan kritikal sosial dan alam sekeliling dari mata dan rasa Latif Maulan.
Pengalaman eksplorasi Latif Maulan ketika pergi ke negara luar dalam mencari pengalaman dan melihat perkembangan seni di luar sana, memberi peluang kepada beliau untuk membuka minda dan menghargai erti sebenar seni dalam persepsi yang lebih luas. Dengan mencari, melihat, menilai dan menghargai telah banyak memberi impak kepada Latif Maulan dalam luahan isi dan kefahaman karya yang dipamerkan pada pameran kali ini dalam berkongsi dengan penonton seni di luar sana.
Perjalanan seni Latif Maulan yang percaya kepada seni sebagai medium untuk berkongsi rasa, bertindak balas kepada isu atau sekeliling dan mengajak manusia berfikir untuk capaian terbaik membuatkan pameran kali ini telah di realisasikan. Sejauh manakah pelukis kritikal tentang isu sekeliling dan apakah kepentingan seni visual masih wujud kepada diri pelukis sendiri dan penonton seni dalam persepsi manusia yang punyai tanggungjawab terutamanya pada alam dan pada sekitarnya?
Karya ‘The victim’ , ‘Evolution’ dan ‘The Labyrinth Of Nowhere’ adalah antara karya 2011 yang masih mempunyai latar dan identiti awal Latif Maulan seperti teknikal percikan air dan lanskap hutan malah garapan idea dan pendekatan isu untuk pameran kali ini adalah lebih berani dan lantang apabila komposisi karya sudah mulai digabungkan dengan permasalahan dan kritikal sosial. Imej figura dari sisi, wajah dengan mata tertutup dan komposisi figura yang mengalami impak emosi dan tekanan telah bersatu dengan alam yang dilakarkan dengan latar yang semakin tenat.
Pameran Solo ‘Latif Maulan: with[out] voice.. ‘ yang mengajak penonton bergerak dalam satu perjalanan konflik manusia yang seringkali berlaku di sekeliling tetapi isu yang dianggap minoriti dan ini sering tidak diperdulikan dalam kesibukkan kemodenan dan hal-hal yang lebih bersifat menjaga kepentingan diri sendiri tanpa memikirkan kumpulan manusia yang lebih luas. Karya ‘ The beginning” dengan imej fetus-fetus di dalam guli yang berwarna –warni memulakan perjalanan karya dan rentetan imej berserta isu semasa terus bersuara dalam pameran kali ini.
‘The Victim’ adalah antara karya tentang pemerdagangan manusia yang mana salah satu isu sering kali kita dengari di media semasa. Apakah kita terasa tentang impaknya dalam sistem komuniti di sekitar kita? Atau perkara ini hanya menjadi bualan yang tidak perlu kita tangani di zaman yang mana kita sudah pun laung-laungkan erti merdeka dan kebebasan.
Adakah jeritan warna dan lakaran ini perlu kita ambil peduli? Atau lanskap yang dulunya hijau akan kita rela kan menjadi rakaman seperti dalam karya ‘ Product of Manifesto”…limpahan manusia yang sudah hilang jiwa..
http://latifmaulan.blogspot.com/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|