CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Anden

Mangsa Identity Thieft!!!!!

[Copy link]
Post time 3-12-2008 06:06 PM | Show all posts

Kecurian pengenalan diri bimbangkan rakyat Malaysia

03/12/2008 4:58pm

KUALA LUMPUR 3 Dis — Kegiatan mencuri pengenalan diri, pemalsuan kad kredit dan masalah kesihatan merupakan tiga aspek berkaitan keselamatan diri yang paling membimbangkan rakyat Malaysia, demikian dapatan kaji selidik oleh sebuah syarikat teknologi maklumat antarabangsa baru-baru ini.

Kaji selidik oleh Unisys Security Index itu mendedahkan bahawa satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan utama rakyat negara ini ialah peperangan atau keganasan.

Pengarah Latihan Unisys Security Index Tom Fernandez berkata kaji selidik itu dijalankan dari 13 hingga 28 Sept 2008 melibatkan 873 responden berusia antara 18 dan 64 tahun.

Beliau berkata 74 peratus responden amat bimbang tentang kecurian pengenalan diri, 70 peratus tentang penipuan kewangan terutama perbuatan mencuri maklumat peribadi dalam kad kredit dan kad debit dan 70 peratus lagi tentang masalah kesihatan.

“Kajian ini juga menunjukkan tahap penerimaan rakyat Malaysia tentang kaedah biometrik sebagai pengesahan identiti demi meyakinkan organisasi seperti kerajaan dan institusi kewangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya kajian untuk bulan lepas (November 2008) menunjukkan reaksi positif masyarakat yang tinggi tentang kaedah itu (biometrik) apabila ia melibatkan perlindungan maklumat peribadi dan aset kewangan mereka. — Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2008 09:02 AM | Show all posts

Hmmm...

Originally posted by shahgti at 28-11-2008 21:43
aku punya IC hilang baru2 nih..............pls advice apa yg patut aku buat??    klu ada malaun pegi apply loan ker, apply talian handphone ker.........sekali dia guna handphone call bangladesh s ...




Kasi repot polis lar cecepat... Kalau ada berlaku pepe kes pong ko tak akan dipersalahkan... Tapi kalau tarikh berlaku kes tu lebih lama dari tarikh repot memang masalah lar...


Jizzz... Klong! Klong!
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.223741 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list