|
Balai Seni Lukis Negara di 109, Jalan Ampang telah dibuka dengan rasminya oleh YTM Tunku Abdul Rahman pada 27 Ogos 1958. Pameran pembukaan telah memaparkan karya-karya Chen Wen His, Cheong Lai Tong, Chuah Thean Teng, Mohd Hoessein Enas, Nik Zainal Abidin, Peter Harris, Patrick Ng, Syed Ahmad Jamal, Tay Hooi Keat dan Yong Mun Sen.
Selain Frank Sullivan yang menjadi setiausaha selama sepuluh tahun, antara yang telah membangunkan Balai Seni Lukis Negara adalah Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Ghazali Shafie, Tan Sri Dato |
|
|
|
|
|
|
|
Balai Seni Lukis Negara memperolehi koleksi tetapnya secara beransur-ansur. Dua koleksi yang menarik ialah gambar foto burung Dato |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1960an
Seni lukis aliran utama 1960an adalah dengan nilai-nilai mistikal dan semesta telah menarik perhatian audien untuk menghayatinya kerana mempunyai kelainan. Dengan adanya tradisi seni khat telah membentuk satu pengucapan gambaran yang tersendiri. Lahir pandangan yang kritikal terhadap seni lukis. Pelbagai aktiviti dijalankan melalui saluran media massa. Antaranya ialah perbincangan, ceramah, syarahan, laporan, pameran dan sebagainya. Acara-acara seni lukis menjadi acara gemilang yang dihadiri oleh pelukis-pelukis, pencinta seni, ahli politik dan diplomat.
Special Teachers Training Institute (STTI) ditubuhkan pada tahun 1960 yang kemudiannya ditukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Guru-guru yang berminat di bidang seni diberi peluang melanjutkan pelajaran melalui kursus sepenuh masa selama satu tahun. Mereka yang menunjukkan bakat besar dihantar untuk melanjutkan pengajian ke luar negara. Golongan pelukis-pelukis dan pendidik seni telah menjadi tenaga utama seni lukis pada lewat tahun 1960an. Kakitangan akademik Jabatan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas seperti Syed Ahmad Jamal, Anthony Lau, Lee Joo For, Cheong Laitong, Jolly Koh dan lain-lain lagi memainkan peranan yang penting dalam seni lukis avant-garde di negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nice info
sila rujuk juge- buku Sejarah Seni Visual di Malaya- Prof Dr Ahmad Suhaimi UPSI
Beliau yang menemui bukti manuskrip Hkayat Abdullah sbg seni visual pertama dilukis (direkodkan pada lewat 1880-an) |
|
|
|
|
|
|
|
Institusi Senilukis yang pertama ditubuhkan ialah Malayan Institut of Art pada tahun 1966. Institusi persendirian ini menawarkan kursus-kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Fine Art, Commercial Art dan Interior Design di samping kursus-kursus sambilan.
Penubuhan Institut Teknologi Mara pada tahun 1967 telah melahirkan sekumpulan tenaga baru pendidik seni dan usahawan-usahawan Melayu dalam bidang seni tertentu. Ia menawarkan kursus diploma selama empat tahun dalam bidang Fine Arts (Painting and Sculpture), Graphics, Photography, Fine Metal, Pottery and Ceramics, Textiles, Fashion dan Industrial Design.
Kuala Lumpur College of Art telah ditubuhkan dalam tahun 1968 dengan menawarkan kursus diploma selama tiga tahun dalam bidang Painting, Sculpture, Ceramics, Chinese Brush Painting, Photography dan Commercial Art. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #25 srumut's post
I dah beli buku tu.... ada dlm my drawer ni...
Tapi I tak masukkan info drp buku tersebut kerana ia mungkin akan mengelirukan students yg akan mengambil exam ttg perkara ini.
Boleh la nanti I masukkan sekali penemuan Dr Suhaimi tu dlm my nota ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1970an
Awal tahun 1970an pensyarah-pensyarah Intitut Teknologi Mara telah mengambil alih tempat avant-garde. Mereka terdiri dari kumpulan 扤ew Scene |
|
|
|
|
|
|
|
Catan hard-edge yang menegaskan kedataran dan tanpa isyarat yang dipelopori oleh Chong Kam Kow, Tan Teong Eng dan Tong Tuck telah mempunyai ikutan yang teguh di awal 1970an.
Pada tahun 1974 Abdul Latif Mohidin telah menghidupkan pendekatan yang baru di kalangan ahli-ahli muda dan menubuhkan Kumpulan Anak Alam sebagai kumpulan serpihan Angkatan Pelukis SeMalaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahun 1980an
Persatuan Pelukis Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 dengan hasrat mewujudkan sebuah badan yang betul-betul mewakili pelukis, memperbaiki kedudukan pelukis dan bekerjasama dengan kerajaan mengenai hal-hal yang berkaitan dengan seni lukis di Malaysia dan Luar negara.
Penubuhan Pusat Seni di Universiti Sains Malaysia pada tahun 1984 telah melahirkan guru-guru pemegang ijazah bagi institut, maktab dan sekolah-sekolah serta para profesional yang lebih maju dan mahir dalam bidang seni halus. Kursus Ijazah selama tiga tahun ditawarkan oleh Jabatan Kemanusiaan. Ini termasuk Studio Seni lukis dan Sejarah Senilukis dan Kemanusiaan. USM menawarkan kursus Seni halus bagi Catan, Fotografi, Teori-teori Seni, Seni Arca, Rekabentuk Grafik, Aspek-aspek Seni Asia Tradisional, Aspek-aspek Keseniaan Asia Moden dan latihan Ilmiah. USM juga menawarkan kursus Master of Art dalam Sejarah Senilukis. |
|
|
|
|
|
|
|
Institut dan akademi seni swasta yang ditubuhkan di sekitar negara juga telah memberi sumbangan mengeluarkan tenaga seni dalam pelbagai bidang. Badan-badan swasta seperti firma-firma petroleum dan para peminat seni yang berada , telah mula membeli karya-karya untuk dijadikan koleksi simpanan.
Awal tahun 1980an mengemukakan bidang kanvas yang lebih luas dan menarik dengan munculnya catan pemandangan yang naif, sambungan akademik aliran realisme dan karya-karya yang menyedut inspirasi dari mitos dan lagenda yang kaya di rantau ini. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fleurzsa at 17-1-2008 02:11 PM 
I dah beli buku tu.... ada dlm my drawer ni...
Tapi I tak masukkan info drp buku tersebut kerana ia mungkin akan mengelirukan students yg akan mengambil exam ttg perkara ini.
Boleh la nan ...
err apasal mengelirukan?
anyway lukisan gua antara yang menarik terutama adanya aspek sharman ( bomoh) dalam masyarakat manusia purba dulu
Kepercayaan perlunya persembahan terhadap kuasa alam telah wujud pada zaman itu. Yang penting manusia purba mula merekod di dinding2 gua. Sebab itu kalau diperhatikan penemuan rangka manusia zaman purba diletakkan di dalam sampan. ( spritual utk ke alam lain) adalah sesuatu yang menarik.
Buku Dr Suhaimi juge memperihalkan pelukis2 era dahulu sepeti Abdullah Ariff, Husien Anas dll
Juge menarik ttg penemuan ilustrasi/lukisan figura cara2 mengangkat wuduk oleh Ahmad Azam ( 1957) - Kitab belajar Sembahyang menunjukkan celik visual membantu utk pemahaman bagi tujuan kebaikan ummah.
Dan banyak lagi isu-isu kesedaran visual di dalamnya.
ia buku/penemuan yang menarik
sekadar berkongsi suatu yang ilmiah
-sentiasa belajar dan masih belajar- |
|
|
|
|
|
|
|
wow.. intresting.. i love to know more about seni visual.. why stop here.. plzzz sambung lagi.. kak fluerzsa thankz for the info.. harap boleh sambung lagi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|