|
Ziana Zain tampil "Dingin"
19-12-2007 01:39:02 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ | INSAN bernama wanita memang tidak dapat lari dari memakai aksesori yang membuatkan penampilan mereka lebih menarik inikan pula penyanyi dan pelakon popular seperti Siti Roziana Zain.
Bagi wanita berusia 40 tahun ini, aksesori memang penting untuk wanita tetapi tidak bermakna beliau perlu mempunyai banyak koleksi barang kemas.
| Ziana kembali dengan single "Dingin" (Foto The Star oleh Azhar Mahfof) | "Saya lebih banyak mengumpul beg tangan dan kasut berbanding barang kemas. Kalau banyak sangat barang kemas nanti takut tak pakai pula dan kebiasaannya saya akan gunakan ia untuk menghadiri majlis tertentu dan semasa hari Raya yang setahun sekali.
"Antara hadiah barang kemas yang saya suka adalah berlian yang kecil daripada suami, Armin Zaharin serta dari Rafflesia iaitu anting-anting dan rantai," kata Ziana ketika ditemui dalam majlis ulangtahun kelima Rafflesia di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur semalam.
Seramai 70 orang artis yang dijemput bagi memeriahkan majlis makan malam tersebut seperti pelakon dan penyanyi jelita Erra Fazira, Gadaffi Ismail (Dafi), Diana Danielle, Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Mawi dan Ning Baizura.
Menyentuh tentang perjalanan seninya, Ziana baru tampil dengan single terbaru, Dingin yang mula diputarkan di Radio Era sejak tiga hari lepas.
"Sebelum ni saya lebih banyak berehat dan sibuk dengan rakaman lagu baru untuk | Erra turut mencuri tumpuan tetamu dengan memperagakan set mutiara Rafflesia
berjumlah RM6.8 juta | dimuatkan dalam album solo ketujuh saya.
"Album kali ni tetap menggunakan konsep yang tidak lari dari album terdahulu cuma susunan muzik yang agak berlainan.
"Mengenai single Dingin ini, ia merupakan lagu slow ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Ucu.
"Selain Azlan, terdapat beberapa komposer lagi seperti Ajai, Audi Mok dan Sharon Paul yang turut menyumbangkan lagu mereka untuk album yang bakal menemui peminat pada tahun depan.
"Setakat ni ada dua buah lagu lagi yang belum dirakam dan berharap peminat sabarlah menanti kemunculan album baru ini nanti," ujar Ziana yang mengambil jarak selama enam tahun untuk menghasilkan album solo terbarunya selepas album Aku Cintakan Mu.
Selepas album tersebut, kakak sulung kepada penyanyi Anuar Zain ini melahirkan album kompilasi seperti Ziana Zain No.1's Live.
Menyentuh tentang penglibatan Ziana yang suka menggunakan khidmat penulis lirik Ucu dalam kebanyakan lagu nyanyiannya, beliau menyatakan Ucu atau nama sebenarnya Isha Ahmad ini merupakan seorang penulis yang memahami kehendak Ziana dan menulis berdasarkan orang sekelilingnya.
| Ziana memperagakan pakaian rekaan Bill Keith | "Saya juga tertarik dengan cara dia menyampaikan lirik dengan bahasa yang cantik sekali," terang Ziana yang menyatakan azam tahun barunya untuk mendapat keberkatan dan berjaya dalam bidang seni serta dimurahkan rezeki.
Kini, penyanyi yang popular dengan lagu Menadah Gerimis, Sangkar Cinta dan Syurga Dihati Kita ini menganggap aktiviti seni sebagai perkara kedua selepas keluarganya.
"Nak kata saya terlalu fokus keluarga, tak juga kerana saya inginkan masa untuk berehat. Sebagai seorang ibu, saya inginkan keseronokan dan tidak mahu terlalu sibuk dengan pelbagai perkara yang boleh menjadikan diri saya penat.
"Selama setahun saya menyepi, saya banyak memilih lagu dan berehat dengan anak-anak tetapi dalam masa yang sama menerima undangan nyanyian di majlis-majlis tertentu," ulas duta produk jam tangan Omega dan penjagaan muka dan badan Slimworld ini.
Ziana mula bergelar duta Omega sejak 10 tahun lalu manakala Slimworld bermula tahun 2004. Sebelum ini beliau turut pernah menjadi duta tilam Vono.
Hasil perkahwinan Ziana dengan Armin, mereka mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Mohd Aiman, 8 dan Mohd Ammar, 4. Ziana turut berkata tentang kesediaan beliau untuk menambah anak dalam masa terdekat ini.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|