CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4443|Reply: 6

Patut ke LPT banjir?

[Copy link]
Post time 18-12-2007 11:41 AM | Show all posts |Read mode
dari ruangan forum Utusan:~

Musykil Lebuh Raya Pantai Timur alah banjir

AMAT memalu, menyusah serta mengecewakan. Itulah perasaan yang dapat disebutkan apabila Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang baru empat tahun dibuka sejak Ogos 2003 tidak dapat dilalui bagi laluan Temerloh-Lanchang akibat banjir.

Tidak dapat dilalui itu bukannya sejam dua, tetapi hingga lebih dua hari bermula awal pagi Khamis sehinggalah dibuka semula kepada semua kenderaan pada petang Sabtu lepas.

Apa sudah jadi? Di manakah segala perancangan oleh syarikat pembinaannya, MTD Prime Sdn. Bhd., bagi lebuh raya bernilai lebih RM1,200 juta sepanjang 169 kilometer menghubungkan Kuantan-Karak yang sepatutnya bebas banjir itu?

Kita akan faham jika jalan alternatif di jalan Persekutuan sedia ada, Temerloh- Lancang-Karak mengalami masalah terputus hubungan akibat banjir seperti mana kerap berlaku selama ini kerana ia dibina dan dirancang oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sudah berpuluh-puluh tahun lepas.

Tetapi tidak wajar apabila hal yang sama berlaku ke atas LPT. Agak musykil kerana ketika LPT dirangka hanya beberapa tahun lepas, ia mengambil kira pelbagai faktor termasuk hal-hal berkaitan bencana alam seperti banjir setakat empat tahun pertama selepas pembukaannya sahaja.

Memanglah mudah bagi syarikat pembinaan itu untuk menyalahkan kepada Tuhan apabila berlaku kejadian sebegitu tetapi takkanlah ini boleh berlaku dalam tempoh begitu singkat, tidak sampai pun lima tahun selepas pembukaan?

Adalah difahamkan, hal tentang kemungkinan banjir melanda di laluan Temerloh-Lanchang LPT tersebut khususnya di KM 113, ada dibangkitkan semasa ia dalam peringkat perancangan lagi.

Ia ekoran di laluan itu kelihatan tidak begitu tinggi kedudukannya hampir sahaja menyamai kawasan tanah di sebelah menyebelah laluan tersebut yang lebih rendah, di samping wujudnya aliran sungai di sana.

Namun alasan-alasan yang kelihatan kukuh yang diberikan oleh syarikat pembinaan itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut bersetuju maka spesifikasi jalan serta laluan LPT itu diluluskan.

Jika betullah seperti apa yang dikatakan maka MTD Prime Sdn. Bhd., serta LLM, haruslah bertanggungjawab sepenuhnya atas kejadian hingga membebankan para pengguna LPT yang bertol itu.

Oleh kerana itu jugalah laluan tersebut khususnya di KM 113 mungkin setakat sepanjang 500 meter yang terbabit banjir, haruslah dibina semula dan ditinggikan arasnya serta dipastikan benar-benar bebas banjir.

Kosnya haruslah ditanggung oleh MTD Prime sendiri dengan sedikit subsidi diperoleh daripada LLM. Jangan pula cuba membebankan kos ini kepada kerajaan apatah pula pengguna dengan memohon mengenakan caj tol yang lebih tinggi lagi.

Seperti mana MTD Prime dan LLM bertanggungjawab ke atas kejadian ini maka kalau hendak lebih mesra pengguna, bolehlah menyebutnya sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi MTD Prime untuk melakukannya.

Imej LPT yang bebas banjir sekarang sudah pun terjejas teruk. Usaha memulihkan imej itu dapat menghilangkan kebimbangan pengguna untuk melaluinya terutama apabila hujan lebat. Maka ia harus dilakukan segera.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2007 11:56 AM | Show all posts
memang tak patut......pelik gak Lebuh raya utama(yg sama taraf dgn hgway PLUS) yg merupakan nadi negara boleh di naiki air......????

derang tak kaji dlm2 ke laluan sebelum wat LPT ni..........jika kwsan tu rendah sekalipun carilah arternatif seperti meninggikan kawsan yg rendah ke....
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 11:58 AM | Show all posts
susah betul musimni, masa jalan mendap / runtuh di km66 gua musang semua kenderaan nak balik kelantan menghala ke lpt, tapi lpt pun tutup jugak, akhirnya terpaksa ambik jalan lama, sampai 16 jam balik ke kelantan, biasanya 7 jam jer, sian betul... kelemahan sistem jalan mesia
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:01 PM | Show all posts
uishkkk...jangan ler banjir lagikk...aku nak balik pantai timur esk pagi nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:07 PM | Show all posts
mana2 pun banjir skang
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2007 12:16 PM | Show all posts
kelakarkan leh banjir lak kat LPT nie....
harap2 aku balik raya haji nie takde la masalah nie lagi...
walopon akan ade gelombang banjir kedua....
harap2 sg isap dah tak banjir mcm dulu2 lagi  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-11-2010 09:50 PM | Show all posts
tahun 2010 nie kita tgk adakah LPT banjir lg...
hrp2 tahun nie tk banjir lah......(aku duk kt area sg isap)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 03:07 PM GMT+8 , Processed in 0.062787 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list