View: 2245|Reply: 10
|
DSN @ program hari raya (pelbagai)
[Copy link]
|
|
Joget Lambak Bersama Fara
25-09-2007 11:14:35 AM
oleh WAHIDA ASRANI | KEBIASAANNYA, program-program bersempena Hari Raya yang bercorak hiburan pasti tidak terlepas dengan selitan lagu-lagu raya yang akan menghiasi program tersebut.
Namun, berbeza dengan salah satu program raya terbitan TV3 ini yang akan disiarkan selama sejam setengah pada Hari Raya pertama nanti bermula 5 petang.
Joget Lambak Bersama Fara, memperkenalkan konsep program muzikal raya yang berbeza kerana ia menampilkan lagu-lagu joget dan zapin sebagai tema pengisiannya dan penonton hanya akan disajikan sebuah saja lagu raya di penghujung rancangan.
| Fara Fauzana, selaku hos Joget Lambak Bersama Fara (Foto The Star oleh Darran Tan) | Satu kelainan yang memang menarik tatkala rata-rata program lebih memfokuskan kepada sajian lagu-lagu raya saja, tetapi timbul persoalan juga adakah konsep 'joget lambak' ini sesuai diadakan pada hari lebaran kelak?
"Kita sendiri sedia maklum, begitu banyak program raya yang bakal ditayangkan nanti dengan pelbagai konsep. Saya tidak mahu terbitkan program dengan tampilkan benda-benda yang sama.
"Sebab itu, saya 'lari' sedikit dengan memberi fokus kepada konsep joget lambak. Saya rasa tidak perlu timbul isu mengapa joget lambak dibuat pada Hari Raya. Bagi saya, lagu-lagu joget masih ada kena-mengena dengan masyarakat Melayu.
"Kita tampilkan variasi pada Hari Raya. Saya percaya, selain lagu-lagu raya, lagu-lagu joget seperti ini juga masih ada 'mood' Melayu," ujar penerbit dan pengarah program, Ahmad Shaifullizam Hassan atau lebih dikenali dengan nama G-Bam, pada rakaman program itu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral baru-baru ini.
Menampilkan Fara Fauzana sebagai pengacara dengan dibantu oleh dua pelakon lain di dalam sitkom Fara iaitu Danny dan Yanie, program ini bakal mengimbas kembali nostalgia lagu-lagu joget lambak dan zapin dari dulu hingga sekarang.
Program ini juga turut menampilkan persembahan artis-artis terkenal tanah air seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M.Daud Kilau, Adibah Noor, Jay Jay, Senario, Fabulous Cats dan Fahmi Mentor, selain membicarakan tentang genre joget, muzik joget dan tarian joget.
Menurut G-Bam lagi, pemilihan Fara untuk mengendalikan program ini dirasakan tepat berdasarkan populariti dan bakat yang dimiliki oleh pengacara dan DJ terkenal itu.
"Apa yang menariknya, Fara bukan saja akan menjadi hos, dia juga telah dikehendaki untuk belajar tarian joget di mana pada penghujung rancangan, dia akan menunjukkan bakatnya menari joget bersama-sama artis lain," kata G-Bam.
Ujar Fara pula, tugasan yang diserahkan kepadanya pada 'saat-saat akhir' itu adalah satu cabaran yang cukup menyeronokkan dan pastinya memberikan kelainan kepada program tersebut apabila ditayangkan kelak.
Siti ketika menyampaikan lagu Nirmala (Foto The Star oleh Darran Tan) "Saya hanya sempat belajar joget selama empat jam saja, sebab memang last minute bila mereka beritahu. Saya diajar oleh salah seorang anak murid Pak Ngah.
"Susah juga lah pada mulanya. Kalau nak tengok macam mana saya berjoget nanti, lihatlah program ini nanti," kata Fara dalam nada ceria.
Dihiasi dengan set yang menampilkan ciri-ciri tradisi Melayu oleh perekanya, Azmi Alias, Joget Lambak Bersama Fara turut dihiasi dengan tarian-tarian joget oleh lebih 30 penari Swatari di bawah naungan Pak Ngah Productions serta iringan muzik yang diketuai oleh Faizal Uzir.
Tirai persembahan dibuka dengan nyanyian lagu joget Dia Datang oleh Datuk M.Daud Kilau dan kumpulan Senario, diikuti pula dengan persembahan oleh Datuk Siti Nurhaliza dengan lagu tradisional popularnya, Nirmala.
Fahmi daripada program Mentor musim pertama tidak melepaskan peluang berduet dengan abangnya, Azlee dari kumpulan Senario melalui lagu Pantun Budi.
Manakala kumpulan hip-hop terkenal, Fabulous Cats menunjukkan bakat mereka menyampaikan lagu joget berjudul Joget Pujuk Sayang, di mana lagu yang merupakan kesinambungan kepada lagu popular mereka Papa Jahat itu digubah semula dengan cukup menarik daripada rentak hip-hop kepada joget.
Persembahan diteruskan dengan lagu-lagu medley Joget Mak Enon dan Joget Angan Tak Sudah oleh Jay Jay, sebelum ia diteruskan pula oleh Raja Gelek, Datuk M.Daud Kilau yang membawakan lagu Laksamana Raja Di Laut.
Fara, Senario dan Datuk M.Daud Kilau pada persembahan pembuka tirai (Foto The Star oleh Darran Tan)
Adibah Noor dan Senario pula muncul dengan lagu mereka Zapin Cinta SMS diikuti pula dengan persembahan solo oleh Adibah menerusi medley Joget Pahang dan Joget Berhibur.
Kumpulan rock, Def Gab C juga tidak ketinggalan untuk cuba 'beralih angin' ke genre joget dengan menyampaikan lagu Joget Cinta Sakti, sebelum pentas diambil alih pula oleh Senario sekali lagi dengan membawakan lagu Joget Toleh Menoleh.
Tirai persembahan ditutup dengan kemunculan sekali lagi Siti Nurhaliza mendendangkan lagu Kurik Kundi, sebelum disertai oleh semua barisan artis menyampaikan lagu raya Sesuci Lebaran serta berjoget lambak beramai-ramai dengan 'diketuai' oleh Fara sendiri.
|
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beginikah rupa Waheeda 40 tahun akan datang?
Dia sering merayau-rayau di tengah kesesakan ibukota. Kelihatan begitu melarat. Pada wajahnya tersirat kehidupan yang dibendung kesunyian. Itulah Waheeda, 40 tahun akan datang yang digambarkan oleh Nas Ahmad melalui program Setahun Sekali di TV3.
Melalui program itu, penyanyi berusia 29 tahun yang popular dengan lagunya Wassini ini akan menemui kaca televisyen anda pada Hari Raya pertama, pukul 5.00 petang.
Rancangan selama satu jam setengah itu akan memaparkan 10 segmen yang bakal menarik perhatian penonton.
Menurut Nas yang juga wartawan dan penolong penerbit Melodi (siaran TV3) itu, 揝egmen Waheeda beraksi sebagai seorang nenek dan dibiarkan merayau di tengah Kuala Lumpur adalah sebagai suatu refleksi kepada artis popular masa kini.
揃agaimanakah nasib seorang artis popular bila mereka tua nanti? Masihkah ramai yang mengenalinya? Masih adakah yang sudi datang mendapatkan tandatangan dan bergambar dengannya? Semua itu akan terjawab bila anda menonton Setahun Sekali, |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
waahh...dah rakam dah ekk...
sketnye lagu yg CT nyanyi...
erk...artis2 yg terlibat dlm program nie x bape besh pun..iskk... |
|
|
|
|
|
|
|
nak nengok gambar ct lagi kat rakaman joget lambak nih,sila lah berkunjung ke aida013.fotopages.com |
|
|
|
|
|
|
|
jgn luper record yer |
|
|
|
|
|
|
|
makin lebar, makin aku suka... |
|
|
|
|
|
|
|
makin lebar, makin aku suka... |
|
|
|
|
|
|
|
Ahad ni, 14hb ada rancangan CT kul 7.30mlm di TV3. Jangan ketinggalan! |
|
|
|
|
|
|
| |
|