CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ax

UPIN & IPIN MUSIM 1

 Close [Copy link]
Post time 29-11-2007 04:51 PM | Show all posts
[quote]KLIFF 2007 empat filem wakili negara
Oleh ABD. AZIZ ITAR

MOHD. Mahyidin Mustakim (dua dari kiri) bersama (dari kanan) Ho Hock Doong, Ab. Rauf Yusoh dan Wafa Abdul Kadir menunjukkan trofi KLIFF 2007 pada sidang akhbar festival filem itu di Kuala Lumpur, petang kelmarin.

FESTIVAL Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 2007) yang akan berlangsung dari 28 November hingga 2 Disember ini menyaksikan negara mempertaruhkan empat filem tempatan bagi bersaing dengan filem-filem dari benua Asia, Afrika, Amerika Selatan, Eropah dan Amerika Utara.

Filem 1957: Hati Malaya dicalonkan mewakili negara bagi kategori Filem Cereka, sementara Upin & Ipin (Filem Animasi), Memoir Of A Tragedy (Filem Dokumentari) dan Hasrat (Filem Pendek).

1957: Hati Malaya akan bersaing dengan 21 lagi filem cereka daripada 18 buah negara bagi merebut hadiah utama Anugerah Perdana (Filem Keseluruhan Terbaik) yang menyediakan hadiah wang tunai AS$10,000 (RM38,000), trofil dan sijil.

KLIFF 2007 dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama KLIFF Sdn. Bhd.

Menurut Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim, pemilihan 1957: Hati Malaya bagi mewakili negara itu diputuskan oleh sebuah panel khas yang ditubuhkan oleh Finas dan KLIFF Sdn. Bhd.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2007 04:54 PM | Show all posts
News dari Bernama

RTM Documentary In KLIFF Final

KUALA LUMPUR, Nov 21 (Bernama) -- The documentary on the experiences of a Radio Televisyen Malaysia (RTM) journalist covering the earthquake in Battagram, Pakistan two years ago has made it to the final of the Kuala Lumpur International Film Festival here.

The festival will be held from Nov 28 to Dec 2.

The documentary, titled "Memoir of a Tragedy," describes the journey of Rosli Nordin and is one of four which have made it to the final.

The others are "Four" from Australia, "Ginga, the Soul of Brazilians" (Brazil), "Laya Project" (India) and "Miss Navajo" (United States).

Rosli's documentary shows the hardship of the people of Battagram after they were hit by an earthquake that killed 80 people, as well as the work carried out by the Malaysian medical team there to help the victims.

The candidates for the final of the KLIFF in the documentary, animation and short film categories, were announced by KLIFF director Wafa Abdul Kadir at the Putra World Trade Centre here today.

The final entries for the short film are "Cubed" from Canada, "Going Home" (United States), "Intention" (Malaysia), and "Wings" and "Colours" (Singapore).

For the animation category, the finalists are "There was the Moon and a Fox" and "Once a Crow...." from Iran, "Upin dan Ipin" (Malaysia), "The Kid" (Brazil) and "Legend of the Sea" (Singapore).

The winners will be announced at the KLIFF opening on Nov 28 at a hotel here and expected to be attended by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

This year's festival, organised by the Malaysian National Film Development Corporation (Finas) and KLIFF Sdn Bhd, is themed "Celebrating Cultural Diversity."

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2007 05:13 PM | Show all posts
suker sgt ngan cita nie...best sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 06:30 AM | Show all posts
Upin & Ipin catat sejarah pada KLIFF 2007
Oleh ABD. AZIZ ITAR

FESTIVAL Filem Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIFF 2007) menyaksikan filem Upin & Ipin mengharumkan nama negara apabila dipilih sebagai Filem Animasi Terbaik pada Malam Perasmian Pembukaan festival itu yang berlangsung di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor, malam kelmarin.

Filem arahan Mohd. Nizam Razak itu menewaskan empat lagi filem animasi hebat berjudul A Garota dari Brazil, Legend Of The Sea (Singapura), Mah Boud-o-Roubah (Iran) dan Roozi Kalaaghi (Iran), sekali gus muncul filem animasi tempatan pertama memenangi anugerah pada festival itu.

Bagi kategori Filem Dokumentari Terbaik dimenangi oleh filem berjudul 4 dari Australia arahan Tim Slade yang menewaskan empat lagi filem dokumentari berjudul Ginga-a Alma Do Futebol dari Brazil, Laya Project (India), Miss Navajo (Amerika Syarikat) dan Memoir of A Tragedy (Malaysia).

Sementara itu, bagi kategori Filem Pendek pula dimenangi oleh filem Wind dari Singapura/Australia arahan Aaron Wilson yang turut menewaskan empat lagi pesaingnya iaitu Cubed dari Kanada, Going Home (Amerika Syarikat), Colours (Singapura) dan Hasrat (Malaysia).

Setiap pemenang menerima hadiah berupa trofi dan sijil penyertaan yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KeKKWa), Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Tan Sri Jins Shamsudin dan Pengerusi KLIFF Sdn. Bhd., Datuk Ab. Rauf Yusoh.

KLIFF 2007 dianjurkan oleh KeKKWa, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama KLIFF Sdn. Bhd.

Peranan

Menurut Dr. Rais, KLIFF 2007 yang bertemakan Raikan Kepelbagaian Budaya itu diharap dapat mengangkat fungsi dan peranan filem dalam menyumbang kepada kemakmuran negara.

揊estival filem ini merupakan suatu gagasan untuk dicapai demi kemajuan kita pada masa akan datang. Festival ini menampakkan kemampuan kita untuk bermasyarakat dengan negara-negara lain melalui filem.

揂pa yang penting kita mahu tonjolkan filem sebagai jurusan budaya yang boleh membawa nikmat dan kemakmuran di tanah air kita kerana filem boleh dijadikan sebagai cermin dalam kehidupan,
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2007 03:21 PM | Show all posts
tahniah upin ipin :pompom:

tasaba2 nak tunggu muvi taun depan
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2009 11:03 PM | Show all posts

Reply #166 jac_diehard_fan's post

UPDATES:

UPIN & IPIN NEW SERIES at TV9
Starts on 26th Feb 2009
7pm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-1-2009 10:23 AM | Show all posts

Reply #167 aizu_hani's post

tade gamba pape ke... ? camne tayangannya? adakah 1/2 jam atau 5 minit?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2009 09:53 PM | Show all posts
KAWAN2 KAT SINI.........

MEH ARR JOIN ..........

JOM CIPTA TAGLINE BOD
TV : MALAYSIA

mesti ramai yg kreatif nyerrr, anda leh dpt kredit tau....;)
masuk link nih http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=397470&extra=page%3D1


terima kasih........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.773869 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list