View: 4526|Reply: 2
|
Kanak-kanak dan patriotisme
[Copy link]
|
|
Kanak-kanak dan patriotismePendapat
憫TANGGAL 31, bulan lapan lima puluh tujuh, merdeka merdeka, tetaplah merdeka, ia pasti menjadi sejarah拻. Bait-bait lagu bertemakan kemerdekaan dendangan Allahyarham Sudirman Arshad itu sangat dalam maknanya dan mampu meresap ke dalam jiwa sesiapa sahaja yang mendengarnya.
Lagu ini merupakan antara salah satu medium yang berorientasikan matlamat menghargai dan menjiwai semangat kemerdekaan.
Demikian juga, dalam meniti tahun ke-50 kemerdekaan Malaysia pada tahun ini, menjadi suatu kemestian untuk semua warganya berasa bangga dengan kemerdekaan yang tidak ternilai ini.
Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Ini adalah peribahasa yang tepat dalam usaha memupuk semangat cintakan negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan di kalangan kanak-kanak. Golongan kanak-kanak di negara kita perlu dididik akan nilai-nilai patriotisme yang utuh.
Mereka perlu kenal siapa tokoh-tokoh penting yang memacu kepada kejayaan kemerdekaan negara. Semangat perjuangan Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lock, Tun V.T. Sambanthan, dan lain-lain lagi perlu diserapkan ke dalam jiwa kanak-kanak agar mereka faham betapa besarnya tanggungjawab untuk mendaulatkan martabat bangsa, agama dan negara.
Kemerdekaan perlu ditafsir dan dipupuk kepada golongan setahun jagung ini ke arah landasan yang tepat. Mereka perlu dijelaskan bahawa merdeka bukan bererti bebas melakukan apa sahaja sehingga melampaui batas tatasusila, budaya, keagamaan dan perundangan. Dengan pendedahan seawal usia begini, adalah sangat berkesan dalam membimbing mereka menjadi warganegara yang cintakan negara tanpa berbelah bahagi.
Banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memupuk jati diri dan semangat cintakan negara di kalangan kanak-kanak sempena ulang tahun kemerdekaan ini. Ibu bapa boleh membelikan anak-anak mereka bahan-bahan bacaan yang mengisahkan susur-galur pembangunan dan sejarah negara. Di pasaran mutakhir ini, terdapat banyak kaset dan cakera padat yang memuatkan lagu-lagu patriotik yang boleh dibeli dan seterusnya diperdengarkan kepada kanak-kanak.
Di peringkat komuniti dan sekolah, pertandingan dan kempen yang bertemakan kemerdekaan turut menyumbang kepada penyampaian mesej cintakan negara di kalangan kanak-kanak. Misalnya, pertandingan membaca bahan bacaan kemerdekaan, deklamasi sajak, pertunjukan fesyen berbilang kaum, persembahan teater dan nyanyian lagu patriotik, atau kempen kibarkan Jalur Gemilang adalah antara aktiviti yang sangat wajar didedahkan kepada mereka. Sambutan dan perarakan Hari Kemerdekaan adalah satu platform yang terbaik untuk kanak-kanak. Bawalah mereka melihat sendiri sambutan ini atau menontonnya di kaca televisyen.
Dalam usia muda sebegini, jika pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak ini telah diterapkan dengan nilai-nilai patriotisme, adalah diyakini mereka akan terus menjadi generasi yang kental dengan semangat sayangkan negara. Penghayatan nilai kemerdekaan sebegini juga dapat memastikan bahawa ke mana-mana sahaja mereka pergi di setiap ceruk dunia kelak, perasaan bangga menjadi 慉nak Malaysia yang merdeka |
|
|
|
|
|
|
|
anak adik aku umur 2 tahun... tak abih2
MILEKA MILEKA = MERDEKA ler tuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 baju_merun's post
pelat2 pun nak nyanyi lagu sudirman tuh
kekadang lawak tul dgr dorang nyanyi
|
|
|
|
|
|
|
| |
|