CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5618|Reply: 17

Muzakarah Adab

[Copy link]
Post time 31-7-2007 12:11 PM | Show all posts |Read mode
saya agak takut untuk bukak tread ni ..takut saya x dpt amal ape yg saya cakapkan...tread ini adalah atas dasar ingin belajar dan ingin berkongsi adab2 yg ada dgn org yg lebih istiqomah dgn adab2 ini..dan juga ingin mengurangkan pertelingkahan(jika ada) yg berlaku dalam board M&M ini dgn cara kita berkongsi adab..

Hidup seharian kita penuh dgn tingkah laku.. tingkah laku yg beradab pasti molek dan elok dilihat..apatah lagi kalau kita ikut adab2 dalam Islam yg ditunjukkan oleh Nabi Muahammad S.A.W dan para Sahabat R.A..tp mungkin org yg xbiasa/xtau akan melihat dan merasa ia pelik tetapi itulah..ikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W pasti ada kejayaan..

mcm2 adab ade.. adab makan, adab tandas, adab tidur, adab berjalan, adab masjid, adab berhadapan/berbicara dgn org lebih tua,orang Alim, kanak2, adab memasak dan lain2 lagi adab..


Mengambil dari posting bro Kuman di tread yg lain (harap bro Kuman izinkan)....saya dahulukan dgn adab makan..sbb makan ni insyaAllah hari2 kita makan..

Adab makan:
1. Basuh tangan, lagi baik cuci 2 tangan dan kumur2.
2. Tunggu makanan dihidangkan.
3. Apabila nampak makanan kita bacalah doa "Allahumma bariklana fimarozaktana waqina azabannar"
4. Apabila mula menjamah makanan bacalah "Bismillahiwaalabarokatillah"
5. Jika ada org alim atau ustaz2, berikan org alim dulu memulakan makan, jika ada org lebih tua, berikan org yg lebih tua itu memulakan makan, atau ada kanak2 berikan mereka dahulu menjamah, sebagai memuliakan mereka kerena mereka org alim, org tua, dan kanak-kanak yang tidak lagi berdosa.
6. Makan dengan tangan kanan.
7. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
8. Jika ada buah, makan buah dahulu.
9. Semasa makan kita banyakkan cakap tentang ugama, sebab org yahudi suka cakap pasal dunia masa makan, org nasrani pasal perniagaan.
10. Tidak boleh dikritik, jika makanan tidak sedap, sebaliknya diam sahaja.
11. Minum sesudah makan kira2 1/2 jam.
12. Tidak baik minum semasa makan, kecuali tercekik.
13. Dan banyaklagilah...

adab2 yg lain.. forumner2 yg lain dipersilakan utk berkongsi..

Semoga saya dapat amal ape yg saya cakapkan..

Maaf kalau ada salah dan silap..

Wallahu'alam..

[ Last edited by  sukabest at 31-7-2007 12:15 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:40 PM | Show all posts

Reply #1 sukabest's post

Ini beberapa adab dari kitab Sairus Salikin.
-Kalau makan satu hidang dengan orang kaya, dan depa lewat sampai, boleh makan tanpa tunggu depa sampai. Tapi kalau makan satu hidang dengan orang miskin, dan depa lewat sampai, seboleh2nya kena tunggu depa sampai dulu baru start makan, untuk menjaga hati depa. Adab ni dah terbalik kot sekarang ni.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 09:48 PM | Show all posts

Adab makan

Sunnah makan atas sufrah dan atas lantai (ni yang susah nak amal sebab meja dah banyak sekarang ni). Tak salah makan kat meja... cuma Nabi tak makan macam tu... dan makan atas lantai lebih merendah diri...

Mulai dengan Bismillah dan kalau terlupa baca, Bismillahi awwalahu wa aakhirahu
(Tirmidhi)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 08:58 AM | Show all posts

Reply #2 always_typo's post

lagi dari sairus salikin. Adab buat kenduri, saya pharaprase.

Kalau nak buat kenduri, sediakan, hidangkan dan tunjukkan kepada tetamu makanan yang banyak dan berlebih-lebih , agar mereka berasa seronok nak makan dan tak malu nak tambah (Menggembirakan orang Islam tu pahala). Jangan tunjuk makan seciput nanti depa nak makan pun segan ( kalau makanan seciput jangan panggil orang ramai-ramai).  Tidak mengapa berlebih-lebih menyediakan makanan (sekadar termampu) jika berniat hendak menggembirakan dan meraikan tetamu. HARAM berlebih-lebihan kerana mahu bermegah-megah.

Di sini kita boleh tengok niat kenapa nak buat kenduri tu amat penting, kalau niat tak betul boleh jadi haram dan sia-sia. Dan di sini juga nampak kitab tasauf besar sebegini pun menggalakkan menyediakan kenduri dengan makanan  yang banyak (dengan niat yang betul), jadi untuk berbuat begitu perlu ada wang walaupun orang yang beramal ilmu tasauf (yang rata-rata dianggap masyarakat mencari kemiskinan dan kedhaifan).
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:10 PM | Show all posts
Salam,
Di bawah ini aku mabil dari kitab Imam Al Ghazali - Ihya Ulumuddin...



Adab permulaan hendak makan;

(1)  Makanan itu mestilah dari yang halal dan makanan yang baik-baik.

Firman Allah; "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
memakan harta-harta sesama kamu dengan jalan kebatilan, melainkan dengan
perniagaan secara sukarela satu sama lain dan janganlah kemu membunuh dirimu."
  
(an-Nisa': 29)


(2)    Membasuh tangan.

(3)    Bila memakan sesuatu makanan, hendaklah diniatkan memakan karena
bertaqwa kepada Allah dan karena menguatkan badan untuk menjalani ketaatan
kepada Allah Ta'ala. Untuk menjamin niatnya atas dasar ini, hendaklah
jangan sampai tangannya menjangkau makanan, melainkan setelah benar-benar
lapar. Jadi kelaparan yang merupakan satu sebab yang menjadikannya memakan
makanan itu. Kemudian hendaklah ia mengangkat tangannya dari makanan itu
sebelum benar-benar kenyang.


(4)    Hendaklah ia sentiasa redha dengan makanan yang terhidang di hadapannya.

(5)   Sebaik-baik makanan yang terhidang itu dijamah (dimakan) oleh tangan yang
banyak, dari ahli rumah tangga, sebab sebaik-baik makanan ialah yang disentuh
oleh tangan yang banyak.  Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah memakan
sendirian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:13 PM | Show all posts
Adab diwaktu makan;

(1)    Hendaklah dimulai dengan membaca Bismillah pada saat menyuap makanan,
dan bila selesai makan, ucapkan Alhamdulillah.

(2)   Hendaklah ia menggunakan tangan kanan.

(3)   Hendaklah berupaya memperkecilkan suapannya.

(4)   Hendaklah ia mengunyah makanan yang dimakan itu baik-baik dan selagi
makanan itu belum di telan, janganlah mengambil yang lain. Karena yang demikian
itu dianggap serakah.

(5)   Jangan sekali-kali mencela makanan yang terhidang. Rasulullah s.a.w.
tidak pernah mencela makanan yang dihidangkan kepadanya, tetapi jika suka
dimakannya; kalau tidak ditinggalkannya saja.

(6)    Hendaklah memakan makanan yang ada dekat dengannya saja, kecuali jika
makanan itu merupakan buah-buahan maka bolehlah ia menghulurkan tangannya.

(7)   Jangan meletakkan piring atau sebagainya di atas roti atau makanan
lainnya, melainkan jika barang-barang itu memang mau digunakan untuk memakan.

(8)   Jangan meniup makanan yang masih panas, tetapi hendaklah ia bersabar,
sehingga makanan itu hangat dan mudah untuk dimakan.

(9)    Kalau memakan kurma, jangan meletakkan bijinya dengan kurma itu dalam
satu tempat, ataupun dikumpulkan bijinya dalam genggaman tangan, tetapi biji
yang dikeluarkan dari mulut itu diletakkan di belakang tapak tangan lalu
dibuang. Demikian pula caranya pada buah-buahan yang lain yang berbiji atau
berkulit.

(10) Janganlah dibiarkan makanan yang sudah basi bercampur dengan makanan yang
baik, atau diletakkan bersama dalam satu piring, tetapi hendaklah
menyingkirkannya pada tempat yang lain, supaya tidak mengecoh orang lain yang
ingin memakannya.

(11)  Jangan terlalu banyak minum ketika makan, kecuali kalau tercekik oleh
makanan itu, ataupun jika ia memang betul-betul haus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-8-2007 02:24 PM | Show all posts

adab makan

insyaAllah kalau bole makan dgn satu tangan, tangan kanan..

sebelum makan kalau bole niat..bahawa Allah S.W.T yg bagi kenyang dan bagi sedap makanan tu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 06:14 PM | Show all posts
Adab sesudah makan:


1.  Hendaklah berhenti makan, sebelum merasa terlalu kenyang.

2.  Membasuh tangan, kemudian membersihkan celah-celah gigi dari makanan
yang terselip.

3.  Hendaklah ia bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati terhadap
makanan yang  telah dirizekikan, dan menganggap makanan itu sebagai nikmat  
dari Allah. Allah telah berfirman:

"Makanlah yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami karuniakan dan
bersyukurlah kepada Allah atas karuniaNya."
(al-Baqarah: 172)

Sekiranya memakan makanan yang dijamu oleh orang lain, maka hendaklah ia
mendoakannya: "Ya Allah! Ya Tuhanku Perbanyaklah kebaikan dan berkatilah ia
dalam rezeki yang Engkau karuniakan kepadanya dan jadikanlah kami sekalian
tergolong orang-orang yang mensyukuriMu."

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 06:18 PM | Show all posts
Adab minum;


1.  Hendaklah ia mengambil gelas dengan tangan kanan, kemudian
membaca Bismillah  bila mula minum.

2.  Bila minum, jangan meneguk sekaligus tetapi meneguknya seteguk demi
seteguk.

3.  Sebelum minum, sebaiknya diperhatikan dulu gelas itu.

4.  Jangan bersendawa atau bernafas di dalam gelas tetapi jauhkan sedikit
gelas itu dari  mulut. Apabila habis minum, bacalah Alhamdulillah. Tetapi jika
mau minum lagi, bacalah Bismillah lagi.


5.  Bila memberi gelas kepada orang lain, hendaklah dimulai
dari kanan.  Pernah Rasulullah s.a.w. minum susu sedangkan Abu Bakar r.a.
berada di sebelah kirinya dan seorang dusun di sebelah kanannya. Sesudah minum
baginda menghulurkan  bekas air itu kepada orang dusun itu terlebih dulu seraya
berkata: Yang kanan dulu, kemudian yang kanan darinya pula.

6.  Sebaik-baik minum dengan tiga nafas dimulai dengan membaca Bismillah dan
mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 09:51 PM | Show all posts
amalkan mkn madu n kurma... selain mudah cerna makanan leh menguatkan badan n otak....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:08 PM | Show all posts
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa ia lalu pada sekelompok orang yang sedang memanggang (daging) kambing. Mereka mengundangnya tetapi ia menolak dan berkata, "Seumur hidupnya Rasulullah s.a.w tidak pernah makan hingga kenyang meskipun dengan roti gandum."
sahih bukhari


Dari Umar bin Abu Salamah r.a., katanya : "Aku pernah tinggal rumah Rasulullah SAW, (kalau makan) tanganku bergerak kian kemari (mengambil makanan)."
Maka bersabda baginda kepadaku : "Hai anak muda! Bila kamu hendak makan sebutlah nama Allah lebih dahulu. Gunakanlah tangan kananmu dan ambillah makanan yang terhidang di dekatmu!"
sahih muslim
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-8-2007 11:09 AM | Show all posts

Adab Masjid

masuk kaki kanan..
keluar kaki kiri...
kurangkan dan kalau bole jgn bercakap hal keduniaan(yang sia2 takde faedah)..
perbanyakkan ibadat..

Wallahu'alam..

[ Last edited by  sukabest at 2-8-2007 11:27 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 06:23 PM | Show all posts

adab masuk masjid

mula dengan kaki kanan dan membaca doa ini;

Allahummagfirli zunubi waftahli abwaba rahmatik

"Ya Allah ampuni dosaku dan bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu"

Nabi SAW berkata :
Apabila ia mengucapkan demikina (doa diatas), syaithan pun berkata : Dipelihara lah ia dari padaku sisa harinya.


Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid.

Firman Allah SWT;

"(Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu." (surah ar-Ra'd : 24)

Kecuali jika majlis sedang berlangsung di dalamnya, tidak perlu lah memberi salam terus duduk sambil membaca 'subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akhbar' sebanyak 4 kali..

Dan sekira tiada saorang pun didalam masjid tersebut maka ucapkanlah;
"Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih."



Wallahu a'lam..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 06:57 PM | Show all posts

Adab dan doa berkaitan Kenderaan

Doa menaiki kenderaan:

سُبْحَـنَ الَّذِى سَخَّرَ لَنَا هَـذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ  وَإِنَّآ إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

Surah Az-Zukhruf, sebahagian ayat 13 dan ayat ke 14

tambahan....

بِسْمِ اللَّهِ مَجْرَاهَا وَمُرْسَاهَا إِنَّ رَبِّى لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ

Dengan nama Allah bergerak lajunya dan berhentinya. Sesungguhnya Tuhanku adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (Surah Hud ayat 41)

Lagi doa berkaitan kenderaan dari Al Quran

وَمَا قَدَرُواْاللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالاٌّرْضُ جَمِيعـاً قَبْضَـتُهُ يَوْمَالْقِيَـمَةِ وَالسَّمَـوَتُ مَطْوِيَّـتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَـنَهُوَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dan mereka (yang musyrik) tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajibnya diberikan kepadaNya, sedang bumi seluruhnya - pada hari kiamat - dalam genggaman kuasaNya, dan langit tergulung dengan kekuasaanNya. Maha Sucilah Ia dan Tertinggi keadaanNya dari apa yang mereka sekutukan. (Az-Zumar:67)

(ada yang kata doa ni doa 'Insuran', ada sapa boleh confirmkan?)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2007 07:45 PM | Show all posts
tumpang tanya...bagaimana pula adab meminjam?
cth:kawan saya hendak pinjam barang seperti baju,tudung,dan segala harta bende saya yang bole dikira cantek dan agakbranded..

masalah saya sekarang ini..saya agak kurang suka kalau kawan2 meminjam barang2 saya..sekali sekala bolehla..kalau selalu sangat saya x tahan..dan kdg2 barang tersebut hilang dan saya terpaksa mengeluarkn wang untuk membeli yang lain.bukankah itu pembaziran...

adakah dengan tidak membenarkan meminjam saya berdosa??saya bukan kedekut cuma saya x suka orang meminjam barang saya..kerana bila time saya nak guna xda,dan saya terpaksa terhegeh2 meminta barang tersebut pada peminjam tadi.dan lagi satu yang paling saya x gemar bila saya tengah tidur atau study ada aja yang ketuk pintu bilik nak pinjam barang,sekali gus menganggu konsentrasi saya.saya x tau ape yang patut saya lakukan...

kalu saya cakap direct nanti ada yang masam2 muka...saya x suka gaduh2

lagi satu masalah saya kawan saya ni suka bermasam muka...kadang2 agak menyakitkn hati jugak dan kadang2 rasa takut nak tegur..jadi hidup saya sentiasa berada ketakutan bila berhadapan dgn kawan saya yang sorang ni..lagipun mulut kawan saya ni laser..suka perli

kesimpulannya kawan saya ni laser+pemerli+suka pinjam barANG ORANG(memilih pulak tuh)+kadang2 dengki kalau saya beli barang baru+dan paling x suka kuat mengarah seolah2 saya ni bibik dia..saya betul x tahan dengan dia lagi..apa yang patut saya lakukan sekarang..kawan saya yang sorang ni hari2 baca alquran ..tetapi kenapa perangai die sebegitu rupa..kurang adab2 islam..walaupun saya kurang agama..tapi saya tau benda2 yang menyakiti hati kwn kn x elok dlm islam.Ingin pendapat saudara saudari sekalian.minta ampun minta maaf kepada semua..saya btul2 x tahan dgn sikap suka memerli dia dan mengarah.macam nak nangis aja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-8-2007 09:28 AM | Show all posts

Adab berjalan..

-merendahkan pandangan utk mengelakkan melihat perkara2 maksiat..
-elakkan melalui jalan2 yg ada tmpt maksiat.. jika ada alternatif lain lalu tmpt lain..jika tidak pantaskan sedikit berjalan yg melalui tmpt maksiat itu..
-kalau bole..jalanlah secara berjemaah...
- jika bole berzikirlah ketika berjalan..
- niatlah utk pergi ke tmpt yg baik2 atas maksud Agama Islam....

semoga saya dpt amal..

Wallahu'alam..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2007 11:21 PM | Show all posts
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu tidak pernah mencela samasekali pada sesuatu makanan. Jikalau beliau s.a.w. ingin pada makanan itu beliaupun memakannya dan jikalau tidak menyukainya, maka beliau tinggalkan - tanpa mengucapkan celaan padanya." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a., katanya: "Ada seorang lelaki mengundang Nabi s.a.w. untuk menghadiri suatu jamuan makanan yang dibuat untuk beliau, sebagai seorang kelima dari lima orang yang diundang untuk itu. Tiba-tiba orang-orang yang diundang itu diikuti oleh seseorang - yang tidak ikut diundang. Setelah beliau s.a.w. sampai di pintu, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Orang ini mengtkuti kita semua. Jadi jikalau engkau suka mengizinkan untuk ikut - biarlah ia ikut, tetapi jikalau engkau tidak menyukainya, biarlah ia kembali saja." Orang yang mengundang lalu menjawab: "Bahkan saya mengizinkannya, ya Rasulullah." (Muttafaq 'alaih)

Dari Salamah bin al-Akwa' r.a. bahwasanya ada seorang lelaki makan di sisi Rasulullah s.a.w. dengan tangan kirinya, lalu beliau s.a.w. bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Orang itu menjawab: "Saya tidak dapat - makan dengan tangan kanan."  Beliau lalu bersabda: "Engkau tidak dapat?" Tidak ada yang menyebabkan ia berbuat sedemikian itu kecuali karena kesombongannya. Maka ia tidak dapat mengangkatkan tangan kanannya ke mulut - untuk selama-lamanya sejak saat itu. (Riwayat Muslim)
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2007 11:24 PM | Show all posts
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Janganlah engkau semua hasad-menghasad, jangan pula kicuh-mengicuh, jangan benci-membenci, jangan seteru-menyeteru dan jangan pula setengah dari engkau semua itu menjual atas jualannya orang lain. Dan jadilah hamba Allah sebagai saudara.
Seorang Muslim itu adalah saudara orang Muslim yang lain. Janganlah ia menganiaya saudaranya, jangan merendahkannya dan jangan menghinakannya - enggan memberikan pertolongan padanya. Ketaqwaan itu ada di sini - dan beliau menunjuk ke arah dadanya sampar tiga kali. Cukuplah seseorang itu menjadi orang jelek, jikalau ia menghinakan saudaranya sesama Muslimnya. Setiap orang Muslim terhadap orang Muslim yang lain itu haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (Riwayat Muslim)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.487247 second(s), 45 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list