CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2071|Reply: 10

Mencari titik persamaan.....dikalangan Sunni

[Copy link]
Post time 28-7-2007 11:12 AM | Show all posts |Read mode
...persamaan antara kita tidak sama dengan persamaan antara anda dan Syiah. Perbezaan antara kita tidak sama dengan perbezaan antara anda dan Syiah.

Persamaan antara kita adalah persamaan dasar. Persamaan sumber ambilan agama. Perbezaan antara kita adalah perbezaan penafsiran. Dalam menafsir; ada yang terlajak dan ada yang mengundur ke belakang. Ada yang tersasar dalam satu-satu masalah. Namun kita tetap berada di dalam garis lingkungan sumber yang sama.

Perbezaan antara kita dan Syiah bukan seperti perbezaan antara Salafi dan Asya'irah. Bukan berbezaan kecil di sekitar penafsiran sumber hukum, tetapi berbeza sumber ambilan hukum!

Perbezaan yang paling asas. Al-Quran dan al-Sunnah  




Letak tajuk sendiri

Oleh: zain-ys

(1)

Golongan Syiah Imamiyah dan proksi-proksinya di Malaysia membuat seruan kepada semua aliran Islam di Malaysia agar bangkit bersama menentang Wahabi. Kata mereka, "marilah wahai golongan Asya'irah.. Sufi.. Pondok.. Tradisional bangkit bersama-sama kami menentang dan menghapuskan Wahabi di Malaysia!"

Kita tidak hairan dengan seruan itu. Tetapi kita jadi begitu hairan kepada golongan yang diseru itu yang termasuk di dalam golongan Sunni, ada yang terpedaya. Mereka ikut serta berdiri bersama dengan golongan Syiah Imamiyah membantai habis-habisan golongan Wahabi/Salafi yang Sunni itu.

Kesian. Sungguh kesian..

Bukan kesian kepada aliran Salafi yang dikerjakan secara beramai-ramai oleh barisan yang digerakkan oleh Syiah Imamiyah, tetapi kesiankan kepada golongan Sunni yang turut sama membelasah yang disangka musuhnya. Dan kesian kerana mereka menyangka Syiah Imamiyah itulah temannya. Padahal yang dibelasah itulah sebenarnya temannya. Yang itulah yang akan menyelamatkan mereka dari kesesatan aqidah Syiah Imamiyah. Yang itulah yang tidak pernah serik-serik memperingatkan mereka tentang bahaya Syiah Imamiyah..

(2)

Wahai saudara-saudaraku dari kalangan Sunni,

Kita pernah berbalah mengenai status Ibnu Arabi samada dia kufur atau tidak dengan ucapan syatahaatnya. Kita juga biasa bermasalah mengenai Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, apakah beliau itu mujassim atau tidak..

Dan banyak lagi perselisihan yang berlaku di antara kita. Isu takwil sifat. Yang ini bid'ah ataupun tidak. Itu bagaimana.. Dan seterusnya.

Namun, ingatlah, sehebat mana sekalipun perselisihan di antara sesama kita, kita tetap di barisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Itulah yang kita sama-sama dakwa. Sumber rujukan hukum kita tidak ada bezanya. Imam-imam besar; Abu Hanifah, Malik, al-Syafii, Ahmad dan lain2nya itulah imam-imam mujtahid yang sama-sama kita akui. Kitab-kitab induk dari tafsir, hadith dan feqh adalah kitab yang sama. Kita juga mengakui bahawa para sahabat Rasulullah s.a.w. adalah adil semuanya. Dari merekalah kita mengambil agama kita. Kita mengambil al-Quran. Mengambil al-Sunnah. Dari Rasulullah-lah mereka mengambil semuanya itu.

Wahai saudaraku,

kita terpaksa mengakui bahawa memang wujud persamaan di antara kita. Persamaan bukanlah persamaan dalam hal-hal remeh temeh, tetapi persamaan asas. Persamaan dasar. Apa tidaknya, sumber yang sama kita gunakan. Al-Quran dan segala kitab-kita tafsirnya. Al-Hadith dengan segala syarahnya. Malah jalur periwayatan kita adalah orang yang sama. Yang mana anda ta'dilkan itulah yang kami ta'dilkan. Yang mana anda tajrihkan, itu juga yang kami tajrihkan.

Perselisihan di antara kita masih boleh ditafsirkan dan ditakwilkan lagi. Masih ada jalan keluarnya. Jika berlaku perselisihan, tidak seorangpun yang akan terkeluar dari lingkaran Ahlus Sunnah. Jika ia didakwa terkeluar, ia terkeluar hanya dalam masalah itu sahaja. Bukan terkeluar dari Ahlus Sunnah secara keseluruhannya hingga ke akar umbinya.

Jika berlaku pertelingkahan pendapat, semua sepakat mengatakan, kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.

  

(3)

Wahai saudara-saudaraku dari kalangan Sunni,

persamaan antara kita tidak sama dengan persamaan antara anda dan Syiah. Perbezaan antara kita tidak sama dengan perbezaan antara anda dan Syiah.

Persamaan antara kita adalah persamaan dasar. Persamaan sumber ambilan agama. Perbezaan antara kita adalah perbezaan penafsiran. Dalam menafsir; ada yang terlajak dan ada yang mengundur ke belakang. Ada yang tersasar dalam satu-satu masalah. Namun kita tetap berada di dalam garis lingkungan sumber yang sama.

Perbezaan antara kita dan Syiah bukan seperti perbezaan antara Salafi dan Asya'irah. Bukan berbezaan kecil di sekitar penafsiran sumber hukum, tetapi berbeza sumber ambilan hukum!

Perbezaan yang paling asas. Al-Quran dan al-Sunnah.

Anda mengatakan bahawa al-Quran itu juga yang golongan Syiah gunakan. Malah mereka juga menggunakan al-Hadith sebagai sumber hukum.

Tidak wahai saudaraku. Tidak sama sekali.. Hanya kebetulan sama dari segi nama sahaja, sedangkan isinya samasekali berbeza dengan kita. Malah ia bertolak kebelakang.

Memang al-Quran itulah juga yang mereka gunakan, namun, apakah ertinya jika dasar agama mereka mendakwa bahawa para sahabat sebagai periwayat dan pengumpul al-Quran telah menyelewengkan al-Quran. Memadamkan, meminda dan menyelewengkan ayat-ayat dan surah tertentu. Apa ertinya jika mereka mendakwa bahawa al-Quran yang lengkap berada di tangan al-Mahdi?

Setelah kecaman terhadap periwayatan al-Quran itu mereka lakukan, mereka selewengkan tafsiran ayat-ayat al-Quran sesuai dengan aqidah mereka. Kitab-kitab tafsir mereka samasekali tidak sama dengan kitab-kitab tafsir kita.

Al-Hadith.. Memang mereka juga menggunakan al-Hadith sebagai sumber rujukan mereka. Namun apakah kitab-kitab hadith mereka adalah Sahih al-Bukhari, Muslim dan kitab-kitab hadith kitab yang lainnya? Sama sekali bukan!

Mereka mempunyai kitab hadith mereka sendiri yang tidak sama dari sudut dasar-dasar ilmunya dengan kita. Kitab-kitab hadith kita dipenuhi dengan sabdaan-sabdaan Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan melalui para sahabatnya r.a. Tetapi kitab hadith mereka dipenuhi dengan perkataan imam-imam mereka yang dianggap sama seperti perkataan Nabi s.a.w.

Mereka selamanya tidak akan menerima kitab-kitab hadith kita. Mana mungkin mereka boleh menerima kitab-kitab hadith kita jika para sahabat sudah mereka anggap semuanya telah murtad!

Kita pula selamanya tidak akan menerima kitab-kitab hadith mereka. Mana mungkin kita boleh menerimanya jika kitab-kitab hadith mereka tidak ada nilai jika ditimbang dengan neraca ilmu hadith kita. Jika ia penuh dengan pembohongan dan pemalsuan atas nama imam-imam mereka.

Kita tidak sama dengan Syiah Imamiyah.. Lihatlah perbezaan antara kita dan mereka adalah perbezaan dasar. Perbezaan yang tidak mungkin dapat disatukan melainkan jika mereka sanggup memadam cercaan mereka terhadap sumber ambilan hukum: Al-Quran kita dan al-Sunnah kita.

(4)

Wahai saudara-saudaraku, marilah bersama kami mempertahankan Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dari serangan Syiah Imamiyah dan proksi-proksinya.

Wahai.. Yang Maha Mencipta alam semesta. Sesungguhnya kami sudah menyampaikannya kepada mereka..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2007 12:17 PM | Show all posts
I agree...for the beginning eloklah kembali kepada al-quran dan sunnah dulu kalau nak cakap pasal persamaan. ASWJ hanya berpandukan kedua-dua hukum tersebut saja dan bukannya membuat berbagai-bagai bidaah dalam ugama seperti kesesatan dalam Arqam dan Tabligh. Hanya selepas kembali kepada hukum asli tersebut barulah Islam akan berada atas platformnya yang sebenar.
Penyelewengan atas al-quran dan sunnah perlu dihadapi dulu. Ini adalah bahaya dari dalam yang merosakkan kesucian Islam. Mari kita sama-sama mengajak orang tabligh dan arqam supaya insaf dari kesesatan tersebut dan barulah menghadapi bahaya dari luar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:33 PM | Show all posts

Reply #2 BikerLady's post

Salam,

Terima kasih kerana telah memberikan kami peringatan..... Peringatan yang baik adalah datangnya dari Allah SWT..

Bagaimana dengan keinginan engkau untuk menaik tarafkan 'kuasa wanita' konon2nya ia juga dari kehendak Allah SWT sehingga2 engkau bergembira bila wanita pertama menjadi imam sholat jumaat sebagai satu tanda kemenangan dalam perjuangan membela hak wanita??
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 28-7-2007 12:33 PM
Bagaimana dengan keinginan engkau untuk menaik tarafkan 'kuasa wanita' konon2nya ia juga dari kehendak Allah SWT sehingga2 engkau bergembira bila wanita pertama menjadi imam sholat jumaat sebagai satu tanda kemenangan dalam perjuangan membela hak wanita??




Tolong jangan berfikiran sempit seperti pemikiran orang2 tabligh terhadap kaum wanita. I rasa gembira bukan atas kesesatan beliau tapi atas isu yang kaum wanita sudah berani untuk melawan penindasan kaum lelaki yang menggunakan ugama untuk tujuan nafsu mereka.
Anyway setelah pembetulan berdasarkan al-quran dan sunnah maka boleh terima kebenaran.
Bagaimana u pula? Boleh terima kebenaran seperti dalam tajuk tabligh tu yang sudah diperbetulkan oleh ustaz IkhwanIndo? Noo...mentaliti orang tabligh dah di penuhi dengan kesesatan sehingga buta kepada kebenaran..right?
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:47 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 28-7-2007 12:33 PM
Salam,

Terima kasih kerana telah memberikan kami peringatan..... Peringatan yang baik adalah datangnya dari Allah SWT..

Bagaimana dengan keinginan engkau untuk menaik tarafkan 'kuasa wanit ...


Bikerlady ni penyokong ISLAM LIBERAL...
depa ni hanya Allah SWT shj yg dpt memberi petunjuk n hidayahNya.....

ISLAM bukan milik sesiapa, ia milik Allah SWT.
Petunjuk n Hidayah juga milik Allah SWT
Doakan agar kita semua terpilih oleh Allah SWT utk memahami JALAN KEBENARAN...

Jika benar2 ASWJ. tidak ada titik perbezaan antara AQIDAH, yg ada titik perbezaan hanyalah hukum2 dan perkara khilafiyah sahaja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 12:53 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 28-7-2007 12:47 PM


Bikerlady ni penyokong ISLAM LIBERAL...
depa ni hanya Allah SWT shj yg dpt memberi petunjuk n hidayahNya.....

ISLAM bukan milik sesiapa, ia milik Allah SWT.
Petunjuk n Hidayah juga mi ...


Too bad seorang lagi wanita yang diperbodohkan untuk menjadi mangsa melayan hawa nafsu kaum lelaki. I advive u kembalilah mengikut ajaran sebenar Islam berpandukan al-quran dan sunnah nabi.
I tengok walaupun dah ramai forumners sini menasihati pengikut ajaran sesat Ashari supaya kembali insaf tapi oleh sebab hati dah hitam dengan ajarannya maka susah sikitlah right? Never mine...'cause nak kembali pulih memang perlu ambil masa lama.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2007 05:21 PM | Show all posts
laaa...  ingat cerita pasal sunni????
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 06:53 PM | Show all posts
Originally posted by BikerLady at 28-7-2007 12:53 PM


Too bad seorang lagi wanita yang diperbodohkan untuk menjadi mangsa melayan hawa nafsu kaum lelaki. I advive u kembalilah mengikut ajaran sebenar Islam berpandukan al-quran dan sunnah nabi.
...


oppsss..advise...bkn advive....

sememangnya kata2 bikerlady adalah contoh kata2 perempuan educated yg beragama....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2007 09:19 PM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 28-7-2007 06:53 PM
oppsss..advise...bkn advive....

sememangnya kata2 bikerlady adalah contoh kata2 perempuan educated yg beragama....


laa...typo pun jd isu....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 10:19 PM | Show all posts
Originally posted by tobby at 28-7-2007 09:19 PM

laa...typo pun jd isu....


tak pa ...  kita biaq dia orang perempuan sama perempuan bincang-bincang...  baru panas sikit M&M.  

Yang ni jugak dari ustaz zain.  ada sangkut paut dengan topik yang hang bawak ni.


------------------------------------------------------------------------
Aku bermazhab Syafi'i tetapi aku berakidahkan aqidah Salaf...
by : zain-ys

Sebelum ini, saya pernah mengatakan, bila ditanya apa mazhab saya, saya akan jawab: Mazhab Syafi'i.
Namun ada yang mempersoalkan, mengapa? Mengapa tidak jawab: Tidak bermazhab? Atau mazhab tarjih atau sebagainya..

Apa lagi yang boleh saya jawab selain dari itu. Saya menjawab berdasarkan pengajian saya. Pengajian saya memang secara khususnya bermazhab Syafi'i. Saya tidak belajar secara khusus mazhab2 lain, samada Hanafi, Maliki atau Hanbali. Feqh Sunnah? Ada sikit-sikit; Subulus Salam dan Nailul Authar.

Ada satu faktor lain. Agar saya lebih dekat dengan teman-teman saya. Dengan orang di sekeliling saya. Mereka lebih mengenali syafi'i saya dari salafi saya.

Orang bertanya, bagaimana dengan orang lain apabila mengikut aliran salafi, mereka sudah tidak bermazhab lagi..?

Saya jawab: Biarkanlah mereka... Ia tidak salah.

Selama ini mereka yang bermazhab Syafi'i sinonim dengan aliran Asya'irah di dalam hal-hal aqidah. Selama ini mereka yang bermazhab Syafi'i sinonim dengan tegarnya mereka untuk tidak mengamalkan pendapat dari mazhab lain.

Bagi saya, apakah orang yang bermazhab Syafi'i seperti saya tidak ada hak untuk beraqidahkan aqidah salaf? Apakah saya dimestikan untuk berpegang dengan aliran sifat 20?

Apakah orang bermazhab Syafi'i seperti saya tidak ada hak untuk meneliti dalil dari mazhab lain, kemudian mengamalkan pendapat yang kuat sekalipun ia bukan pendapat dari mazhab saya.

Apakah saya tidak ada hak untuk menelaah kitab Feqhus Sunnah Syed Sabiq, karya-karya Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab dan syeikhul Islam Ibnu Taimiyah?

----------------

Apa yang cuba dibuktikan?

Saya mahu membuktikan bahawa, bermazhab Syafi'i tidak semestinya bermazhab Asya'irah dalam hal Aqidah. Bermazhab Syafi'i tidak menghalang saya untuk meneliti dalil dari mazhab lain. Dan juga tidak menghalang saya untuk mengamalkan pendapat dari dalil yang kuat walaupun bukan dari mazhab saya.

Saya juga mahu membuktikan bahawa bermazhab Syafi'i tidak menghalang saya untuk mempertahankan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab. Di mana selama ini sifir yang dihafaz oleh semua orang adalah: Bermazhab Syafi'i=Anti Syeikhul Islam & Syeikh Muhamad bin Abdul Wahab.

Teori bermazhab Syafi'i = bermazhab Asya'irah adalah dongengan sahaja.

---------------------
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 10:49 PM | Show all posts
Pendapat Zain-ys mengingatkan sy pd seorg ustaz sy tika sy masih di kolej dulu. Beliau seorg salaf.

Salaf sebenar bukannya seorg yg menolak mazhab yg 4, tp hanya beraqidahkan fahaman salaf, sambil mana bertakliq dgn mana2 mazhab Ahlus-Sunnah-Wal-Jamaah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.966474 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list