CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: Arianna_Muchtar

Pernah buat Amniocentesis Test?

[Copy link]
Post time 27-7-2007 09:29 AM | Show all posts
Melalui ultrasound itu sendiri boleh dikesan sekiranya ada ke abnormalan pada janin. Ultrasound di buat pada minggu ke 11 hingga ke 14 kehamilan. Di bahagian tengkuk fetus ada terdapat pengumpulan cecair.  The ammount is measured to detect abnormalities.

Boleh baca kat sini.  PDF format in English.  

  http://www4.landspitali.is/lsh_y ... 6F00257225006855C1/$file/prenatal%20screening.pdf

[ Last edited by  Tillingtan at 27-7-2007 09:32 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2007 07:59 AM | Show all posts
Pagi tadi saya pergi buat test ini -- tapi kerana nasihat doktor suruh saya baring 24 jam tak bolehlah saya share cerita ni sekarang. Esoklah ya.

First time dengar bunyi heart beat baby ~ aku nangis sakan! macamlah first time dengar
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2007 11:58 AM | Show all posts
huh...ni mcm kes chinta dulu ni. masa mula2 dulu doc kata yg baby chinta ni abnormal..dia mmg suh chinta buat test ni. kos dia makan ribu riban gak lah. tp doc ckp...ada risiko nyer klau kita buat test ni. risiko dia...baby mgkin lahir tak cukup bulan..atau kuar awal dari due date yg sbnar. one more is...ibu or baby berisiko tinggi utk dpt jangkitan kuman. sbb air ketuban tu dh dilubangkan.tp doc ckp..lpas dorg buat test ni..dorg akan tahan kita for couple of weeks kt spital utk monitor klau ada sbrg jangkitan. bila dgr jer cmtu..chinta terus tknak buat. chinta ckp pd doktor yg chinta cuma tawakal jer pd Allah. if anything happen to my baby, itu sumer kuasa Allah. chinta redha jer. so doktor tu tk jdilah nk buat. mula2 tu dia kata nk abort d baby.sbb abnormality dia terlalu byk. then..baby tu tak compatible for live. tp kuasa Allah..tkde sapa dpt halang...alhamdulillah..berkat doa tiap2 hari n berkat  doa masa ramadhan hari tu...baby chinta skg ni..dh normal..dh sihat sikit..abnormality dia mkin lama makin hilang..just a few things yg tak dissolve lg. fluid kat bhg sereblum dia. tp doc ckp..ada good improvement   sbb fluid tu mcm mkin fade out.  ajaib kan kuasa Allah   so now..bila pikir2 balik..chinta rasa..chinta dh buat d right decision utk tak buat ujian tu...juz an advice..kita kena yakin pada kuasa Allah..yakin dgn diri sendiri, dan percaya pada kata hati kita.insyallah semua akan selamat. n d last thing ..doktor tu bukan Tuhan. dia cuma meramal n bgtau apa yg dia bljar jer. tp Tuhan tu yg menentukan semua.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2007 03:36 AM | Show all posts
Tu doktor dkt Malaysia ke?

Proses ni ambil masa 15 minit jer .. doktor pakar buat ultarsound to locate the placenta and fetus. Llepas tu bila dia nampak tempat kosong doktor akan cucuk satu jarum dkt perut kita (bawah pusat) tak sakit pun mcm gigit semut jer.

A small amount of fluid dlm one ounce diambik utk tested.

Lepas itu dia akan tambal tempat cucukan tu dgn plaster .. tak sakit apa pun. Kita dinasihatkan baring atas katil selama 24 jam. Sini tak riban ratus jer. Saya buat sebab saya ada Anemia (kurang cell darah merah) lagi pun jarak pragnancy yang dekat + alahan teruk.

Masa doktor buat ultrasound dia akan tengok saiz fetus - kalau semuanya okay kemungkinan besar tidak ada apa apa yang perlu dibimbangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2007 04:18 PM | Show all posts

Reply #24 DARSITA's post

Wah.. dar dah pregnant anak kedua ke? Congratz..
Baby cari dah jak jadi kakak lah ye..
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2013 12:11 PM | Show all posts
salam untuk semua bakal ibu

semoga apa yang saya titipkan ini dapat dijadikan panduan untuk yang masih ingin tahu mengenai amniocentesis

saya ditakdirkan lewat bertemu jodoh dan lewat juga diberi peluang mengandung. seperti yang kita semua maklum, risiko agak tinggi untuk mengandung pada usia lewat (1st baby selepas berumur 35). kerana faktor tersebut saya memulakan pemeriksaan pranatal di klinik kerajaan kerana dikatakan pemeriksaan kesihatan ibu lebih menyeluruh terutama untuk mengesan kemungkinan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang boleh mengancam ibu dan bayi. selepas kandungan berusia 4 bulan, saya mendapatkan pengesahan lanjut dengan melakukan pemeriksaan di hospital swasta pula.

untuk makluman bakal ibu, pemeriksaan untuk mengesan sebarang kecacatan pada bayi hanya boleh dilakukan di hospital swasta kerana klinik kerajaan tidak mempunyai kemudahan tersebut. pemeriksaan boleh dilakukan seawal 1st trimester (1-3 bulan) dan yang kedua pada usia kandungan 4 bulan. kos pemeriksaan 1st trimester lebih mahal daripada yang kedua (hampir rm500) berbanding ketika 2nd trimester (hampir rm300). sampel darah ibu diambil untuk dianalisa dan lazimnya keputusan hanya diketahui selepas 2 minggu.

oleh kerana saya hanya pergi ke hospital swasta ketika kandungan berusia 4 bulan, saya hanya melakukan pemeriksaan darah 2nd trimester. perasaan berdebar2 apabila doktor memanggil kami untuk menerangkan keputusan ujian SEBELUM jadual pemeriksaan seterusnya. kami berdua tergamam ketika mendengar ulasan doktor berdasarkan keputusan tersebut, risiko untuk anak kami mendapat down sindrom adalah tinggi (1 kemungkinan daripada setiap 45 kelahiran). doktor mencadangkan kami menjalankan amniocentesis iaitu ujian air ketuban untuk memastikan ketidakabnormalan tersebut.

ujian amniocentesis ini adalah hampir 100% tepat kerana air ketuban yang diambil akan mengandungi sel2 bayi yang telah mati dan luruh. pengiraan kromosom akan dilakukan untuk memastikan kandungan normal ataupun tidak. jantina bayi juga dapat diketahui dengan tepat melalui ujian ini. ujian dilakukan ketika ibu berbaring dan berpandukan ultrasound, doktor akan mencucuk jarum ke dalam rahim dan menyedut sedikit air ketuban (anggaran 2 sudu besar) untuk dianalisa. prosedur dikatakan mudah hanya dalam tempoh 15 minit dan tidak menyakitkan. namun risiko bergantung kepada kepakaran doktor yang melakukan prosedur tersebut. sekiranya doktor tersebut biasa melakukannya, risiko kepada ibu dan bayi adalah 1/200 sahaja. antara risiko yang digeruni adalah keguguran, kelahiran bayi tak cukup bulan serta ibu mengalami jangkitan kuman. kos ujian pula lebih kurang RM2,000 termasuk prosedur & makmal

kami diberi masa 3 hari untuk mempertimbangkan samada mahu menjalankan ujian tersebut. masa tersebut kami penuhi dengan mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai down sindrom dan ujian amniocentesis. tempoh tersebut juga kami rasakan amat panjang dan menyiksakan kerana berasa marah, sedih dan hampa memikirkan kemungkinan besar zuriat yang kami nantikan bakal cacat! mujur suami lebih tenang dan memujuk dengan sokongan moral agar bersabar dan berserah sepenuhnya pada Illahi. kami lakukan solat hajat dan istikharah agar diberi petunjuk samada patut melakukan ujian tersebut mahupun tidak.

sebelum membuat keputusan, saya menelefon doktor untuk mendapatkan pendapat peribadi beliau. saya tegaskan bahawa kami telah lama menunggu untuk mendapat zuriat ini dan samada keputusan normal mahupun tidak, kami tetap akan meneruskan kandungan dan menerima zuriat kami seadanya. ujian amniocentesis hanyalah untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan memastikan bayi kami normal @ down sindrom. kami tidak mahu mengambil risiko dengan menebuk air ketuban yang MUNGKIN menyebabkan bayi kami gugur. mujur doktor tersebut wanita beragama islam jadi beliau juga memahami perasaan kami. beliau menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan dan turut bersetuju untuk tidak menganggu bayi dalam kandungan sekiranya bersedia menerima bayi kami seadanya. beliau juga menasihati kami agar berdoa semoga dikurniakan bayi yang sihat dan normal kerana kuasa Allah itu maha agung. dengan linangan airmata saya juga memohon agar doktor turut mendoakan untuk bayi kami.

dengan itu bulat keputusan kami untuk tidak melakukan ujian amniocentesis. kami turut membeli insurans daripada Prudential (satu-satunya syarikat insurans yang boleh cover bayi sejak dalam perut) sebagai persediaan sekiranya bayi kami mengalami masalah kesihatan atau kecacatan. saya mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik rakan2 forum cari agar mendoakan zuriat yang saya kandung sekarang normal, sihat & cukup sifatnya. bukan mudah untuk membesarkan anak, apatah lagi anak istimewa aka cacat. mudah2an Allah mengasihani saya dan suami, mengampuni semua dosa kami dan tidak menguji kami dengan zuriat yang down sindrom, amin...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2013 09:00 PM | Show all posts
wawa73 posted on 26-5-2013 12:11 PM
salam untuk semua bakal ibu

semoga apa yang saya titipkan ini dapat dijadikan panduan untuk yang  ...

Dapat sy rasakan kesedihan awk, ibu mana yg x sedih klu baby yg kita kandung dijangka ada masalah, tambah lg dah tggu lama nk dptkan...sabar dan tawakallah pada Allah, bykkan bersedekah pada anak-anak yatim, Insya Allah semoga anak yang bakal dilahirkan nanti normal dan sihat.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.096811 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list