CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: WakDaeng

Selawat Bidaah

[Copy link]
Post time 13-7-2007 10:16 AM | Show all posts
Ni nak cerita pasal wahabi ke atau nak cerita pasal salawat?

Nak cerita wahabi-wahabi nun ada kat sub bod.  Ada melambak-lambak dah. Pi aje sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2007 10:59 AM | Show all posts
Membuat salawat yang baru bukan hanya dibuat oleh wali-wali Allah dan 'alim 'ulama' zaman kebelakangan, malah sahabat-sahabat Nabi juga ada mencipta salawat yang baru. Ini adalah hasil ijtihad mereka bahawa penciptaan salawat baru itu tidak terkeluar dari ruang lingkup Syari'ah.

Sa'id bin Mansur dan Ibnu Jarir di dalam kitab Tahzib al-Athar, Ibnu Abi 'Asim dan Ya'qub bin Syaibah di dalam kitab Akhbar Ali, al-Thabarani dan selainnya meriwayatkan daripada Salamah al-Kindi, katanya: Ali bin Abu Thalib mengajarkan kepada orang ramai salawat ke atas Nabi s.a.w.. Lalu beliau (Ali) menyebutkan:

"Wahai Tuhan yang menghamparkan segala yang dihamparkan, Pencipta segala yang ditinggikan, yang Menguasai segala hati menuntut fitrah kejadiannya, sama ada yang bernasib malang atau bahagia, jadikanlah kiranya kemuliaan salawat daripadaMu, kesuburan berkat daripadaMu, kasihan belasMu yang tidak terhingga kepada Muhammad hambaMu dan RasulMu. Dialah penutup bagi segala yang telah berlalu, pembuka bagi segala yang terkunci, penzahir kebenaran dengan kebenaran, dia yang menolak ancaman bala tentera kebatilan sebagaimana dipertanggung jawabkan, lalu dia bingkas menyahut perintahMu demi kerana taatnya kepadaMu, sentiasa bersedia melaksanakan apa yang Engkau redha, tanpa menyisih diri dari kaumnya, tidak luntur semangatnya, sentiasa peka dengan wahyuMu, menjaga perjanjianMu, dia telah melaksanakan perintahMu sehingga tampak cahaya kebenaran kepada pencarinya...." (hingga akhir).

Al-Hafiz al-Mizziy berkata:
Salamah al-Kindi tidak dikenali, dan dia tidak bertemu 'Ali.

Al-Hafiz al-Haithami pula berkata:
Salamah al-Kindi periwayatannya secara mursal, sementara baki senarai perawi lain dalam isnadnya adalah sahih.

Al-Hafiz Ibn Kathir berkata:
Salawat ini adalah masyhur daripada kata-kata 'Ali r.a.

Abdullah Ibnu Mas'ud r.a. menerima bacaan tasyahhud dari Nabi yang bermaksud:

"Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, rahmat Allah dan keberkatanNya."

Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, beliau telah mengubah lafaz salam daripada kata ganti nama pertama kepada kata ganti nama ketiga. Dalam tasyahhudnya, beliau berkata:

"Salam sejahtera ke atas Nabi, rahmat Allah dan keberkatanNya."

Al-Thabarani menyebut di dalam kitab al-Kabir dan al-Haithami menyebut di dalam kitab Majma' al-Zawaid bahawa al-Sya'bie berkata:
Ibnu Mas'ud selepas mengucapkan اسلام عليك أيها النبي ورحمة الله وبركاتة (Salam sejahtera ke atasmu wahai Nabi, rahmat Allah dan keberkatanNya), beliau mengucapkan:
اسلام علينا من ربنا (Salam sejahtera ke atas kami dari Tuhan kami).
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 11:43 AM | Show all posts
Tiada siapa pun yang kata buat salawat tu bid'ah Wak.

Salawat aje la, apa yang teruk sangatnya.

Yang jadi isu yang ini....


Fadilat salawat tafrijiyah (atau nariyah):
Dikatakan bahawa:
Di baca 11 kali selepas sembahyang fardu mendapat rezeki yang makmur.
Di baca 41 kali setiap lepas solat Subuh berhasil segala maksud hatinya.
Di baca 100 kali lepas setiap solat fardu berjaya apa-apa yang dicitanya.
Di baca 313 kali pada sebarang masa boleh melihat sebarang yang ajaib.
Di baca 1000 kali tiap-tiap hari maka terbuka segala pintu kebajikan.

Boleh tak sesiapa cerita dari mana sumbernya fadilat-fadilat berkenaan?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 03:20 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-7-2007 11:43 AM
Tiada siapa pun yang kata buat salawat tu bid'ah Wak.

Salawat aje la, apa yang teruk sangatnya.

Yang jadi isu yang ini....


Fadilat salawat tafrijiyah (atau nariyah):
Dikatakan bahawa:
Di baca 11 kali selepas sembahyang fardu mendapat rezeki yang makmur.
Di baca 41 kali setiap lepas solat Subuh berhasil segala maksud hatinya.
Di baca 100 kali lepas setiap solat fardu berjaya apa-apa yang dicitanya.
Di baca 313 kali pada sebarang masa boleh melihat sebarang yang ajaib.
Di baca 1000 kali tiap-tiap hari maka terbuka segala pintu kebajikan.

Boleh tak sesiapa cerita dari mana sumbernya fadilat-fadilat berkenaan?


Bagi saya, "fadhilat" itu bolehlah disamakan dengan rahmat Allah, yang hak
kurnianya hak Allah semata-mata. Itu yang saya fahamkan, tak ada garenti, kecuali
ianya ada dalam al quran atau hadith yang shohih.
Kena pulak perkataan "dikatakan" tanpa memberi nama siapa yang mengata,
amat jelas sekali di situ. Ini bukan hadith, tapi kata para ulamak atau hukamak yang
tidak bernama.

Walaupun tiada bukti, saya percaya kemungkinan besar, fadhilat2 salawat di atas adalah
diberikan oleh pengarangnya sendiri, ataupun anak2 muridnya, atau orang2 yang
mengamalnya secara betul dan istiqamah dan mengalaminya sendiri ,yang mana orang2
ini termasuk dalam golongan yang boleh dipercayai (bukan macam kita ni), sbb itu
fadhilat2 itu disertakan bersama.

Ini kerana, pada zaman dahulu (dan sekarang juga, kalau betul-betul nak ikut)
kebanyakan amal sebegini diperturunkan secara ber"nasab", dan selalunya fadhilat2
sebegini pun diperturunkan juga,  dan diguna pakai untuk memotivasi murid supaya
boleh mengerjakan dengan istiqomah dan memenuhi syarat2 lain, ini keputusan yang dibuat
oleh guru kerana dia pun menerima amalan dari gurunya juga secara nasab juga.

Mai zaman moden ni, semuanya nak di"buku" kan dan tersebar luas melalui internet dll, kita
pun dah tak boleh nak trace samada perkara ini masih dalam bentuknya yang asal atau sudah
ditokok tambah... ramai komplen amal tapi tak jadi, malah ramai pula yang memperlekehkannya...
macam mana Allah nak beri, kita belajar tak mengikut adab?

Kalau nak bagi efektif, cari guru yang wara'-wara' yang dan pujuk agar mereka menurunkannya
kepada anda secara bernasab. Of course, depa takkan bagi kat orang sebarangan.

Kemudian amalkan secara istiqomah. Bolehlah test tengok sahih ke tak sahih. Nampak senang, tapi
susah oo nak amalkan, dengan cubaan yang pelbagai melanda nanti.

Bagi saya, percaya kepada fadhilat2 ini tidak ada salahnya kalau kita percaya dengan ada asas aqidah yang
kuat dalam hati bahawa tiada ada sesuatu yang akan terjadi jika tanpa izin kurnia Allah swt.

La haulawalaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 11:14 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 13-7-2007 11:43 AM
Tiada siapa pun yang kata buat salawat tu bid'ah Wak.

Salawat aje la, apa yang teruk sangatnya.

Yang jadi isu yang ini....


Fadilat salawat tafrijiyah (atau nariyah):
Dikatakan bahawa: ...


Ini wahabi yg jenis enjin tengah panas nih.......sat lagi sebb panas punya psal, dia moved thread nih kat subthread lak...

aku nasihatkan IBNUR, jadi moderator jgn BIAS, nanti buruk nama FORUM CARI nih....aisehhh sekrg, ni dah main2 ugut2 lak yer tuan MOD...pantang sikit org usik IDEOLOGI WAHHABISME, mula ler dier....hehehehe....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2007 11:31 PM | Show all posts


alwayS-typo :
Bagi saya, percaya kepada fadhilat2 ini tidak ada salahnya kalau kita percaya dengan ada asas aqidah yang
kuat dalam hati bahawa tiada ada sesuatu yang akan terjadi jika tanpa izin kurnia Allah swt.

La haulawalaa quwwata illa billahil 'aliyyil 'azim.


masalah dgn wahabi ialah mereka ni suka berpersepsi negatif atau bersangka buruk...

1. bila dtg ziarah kubur RSAW, ahlulbait dan para sahabat, depa igt nak pi sembah kubur, padahal depa tak tau, bagaimana perasaan manusia tu klau cinta dan memuliakan golongan yg mulia ini...tentulah cinta itu dibawa hingga melangkau batas alam dan waktu...

ibarat org bercinta ler, tak nampak orgnya, nampak atap rumah pun jadi..cam tu ler...senng nak bg tamsilan...
jadi bila melawat kubur para2 nabi, rasul, auliya dan wali2 ini, terhibur jiwa mereka, terlepas rasa rindu yg membara, sekrg2nya dapat juga mereka bertemu walaupun hanya melihat bekas2 peninggalan dan tanda2 bahwa antara kita dan mereka sudah terpisah alam....

terigt kisah Bilal yg membawa diri jauh dari Mekah selepas kewafatan RSAW, kerana tdk mampu menahan rindu yg amat sgt kepada RSAW. Tetapi RSAW menjemput beliau dlm mimpinya utk kembali dtg ke MEkah melawat kubur baginda, Billal dtg dan bila tiba di kubur baginda, tersungkur Billal kerana rindu n hiba pd RSAW.....adakah ini yg wahabi istilahkan sebagai MENYEMBAH KUBUR?.....


2. bila tawasul, depa igt kita minta tolong dgn manusia bkn dengan Allah SWT, padahal hal cam ni, bkn sebb tawasul jer,

contoh :
klau kita igtkan dlm hati yg bantu kita tolong bancuh air kopi dan bagi kita minum itu berkuasa membuat dan memberi kita minum, dan jika tanpa ada sipolan itu membuat air kopi itu, kita tk dapat minum air kopipun, dah kira boleh jejas akidah  jugak...sebab kita lupa bhw Allah yg berikan kita rezeki bkn manusia, dan sipolan itu sendiri Allah SWt juga yg beri kuasa utk buat air kopi utk kita.......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2007 08:07 AM | Show all posts
Ni payah bercakap dengan orang yang suka guna andaian dan sangkaan.

Ni nak cerita pasal salawat ke atau nak cerita pasal mazhab?

Ada tak aku ugut nak move topic?  Aku kata kalau nak cerita mazhab ke nak kutuk wahabi tu ada belambak kat sub board?

Ada mata ada akal, baca la baik baik.  Ni dah berapa kali buruk sangka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2007 11:55 AM | Show all posts
[size=130%]CINTA KITA KEPADA Rasulullah SSAW...

Sebelum kita boleh mencintai Rasullullah, maka kita perlulah jatuh cinta kepadanya terlebih dahulu. Dan mahu jatuh cinta kepada Rasulullah tidaklah semudah seperti manusia jatuh cinta kepada jantina yang berlawanan; iaitu cinta lelaki-perempuan. Jatuh cinta dalam percintaan lelaki-perempuan biasanya adalah sesuatu yang tidak disengajakan, iaitu seperti kita jatuh pokok. Kita tidak paksa diri kita untuk jatuh pokok, sebaliknya kita terjatuh pokok.

Dalam kes cinta umat Islam kepada Rasulullah, kebanyakkan tidak ada konsep terjatuh cinta, sebaliknya kita mesti berusaha untuk menjatuhkan cinta kita kepada Baginda saw. Salah satu cara untuk menjatuhkan cinta di hati kepada Rasulullah adalah dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Sudah banyak kali kita mendengar dalil-dalil tentang fadhilat selawat, cuma kita ini sahaja yang kadang-kadang rasa sibuk+susah+malas untuk berselawat.

Kita tahu bahawa dalam ucapan selawat itu ada ucapan doa keamanan dan keselamatan kepada Baginda. Nabi mungkin tidak memerlukan selawat kita, memandangkan Allah dan para malaikat-Nya telah pun berselawat ke atas Nabi (Surah al-Ahzab, 56). Manusia mana yang mampu menandingi selawat dari Allah dan malaikat-Nya? Tetapi kita yang sebenarnya sangat-sangat memerlukan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.

Bukankah dengan satu selawat kita ke atas Nabi, maka Allah akan memberikan sepuluh selawat ke atas kita? Apakah yang lebih baik di dunia ini dari selawat Allah ke atas diri kita yang hina ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2007 01:11 PM | Show all posts
Originally posted by ibnur at 12-7-2007 11:50 PM
setahu aku baca yassin bila-bila pun tak ada bid'ah.  boleh refer thread ni:
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=229842&extra=page%3D3


kita balik pasal selawat.  kita tengok satu-s ...


Alhamdulillah...
Terimakasih kerana Ibnur dah tunjukkan thread yang ada info bagus pasal bab2 bida'ah ni... Aku dah baca..
Sekarang dah nampak jelas dah perihal bida'ah2 ni.. Elok juga kalau ada sesiapa yang masih tak berapa nampak karenah bab bida'ah ni merujuk pada thread nih...

Namun pasal selawat yang telah dikemukakan oleh tuan rumah ni, belum ada penjelasan yang kukuh lagi nih dari pihak yang tertuduh.. (ceh! cam berada kat mahkamah pulak doh...   ) Banyak post2 yang citer bab lain jer.. Pe citer??

[ Last edited by  saifulms at 14-7-2007 01:13 PM ]
Reply

Use magic Report

01-Karisma This user has been deleted
Post time 14-7-2007 01:13 PM | Show all posts
ramai ke group wahabi di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:24 PM | Show all posts


ni nak forum ke nak tunjuk signature?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 01:49 PM | Show all posts
Originally posted by saifulms at 14-7-2007 01:11 PM


Alhamdulillah...
Terimakasih kerana Ibnur dah tunjukkan thread yang ada info bagus pasal bab2 bida'ah ni... Aku dah baca..
Sekarang dah nampak jelas dah perihal bida'ah2 ni.. Elok juga kala ...


ada sedikit jawapan di sini
http://blumewahabi.wordpress.com/firqah-sesat/sufi-atau-tasawuf/tasawuf-dan-shalawat-nabi/
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 04:27 PM | Show all posts

Reply #21 ibnur's post

temper... temper....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 04:29 PM | Show all posts

Reply #30 01-Karisma's post

adala gak...dipelopori oleh syeikhul wahabi dr. asri mufti perlis tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 04:33 PM | Show all posts

Reply #28 WakDaeng's post

SPOT ON Wak Daeng!

Tak sepatutnya ada usaha2 yg nak menghalang org berselawat dgn meletakkan pelbagai syarat. Selawat cam ni boleh, selawat camni tak boleh. Takkan nak zahirkan cinta kpd Rasulullah SAW pun kena bersyarat jugak?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 06:17 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 14-7-2007 11:55 AM
CINTA KITA KEPADA Rasulullah SSAW...

Sebelum kita boleh mencintai Rasullullah, maka kita perlulah jatuh cinta kepadanya terlebih dahulu. Dan mahu jatuh cinta kepada Rasulullah tidaklah semudah ...


Ubat atau penawar untuk jatuh cinta kepada RSAW, ahlulbait dan sahabatnya adalah dgn berbanyak selawat kepada mereka...hati yg sentiasa berselawat itu akan diturunkan rahmat dan barokah kepadanya, ia ibarat kita menambahkan atau upgrades power link internet akses kita ler..tetapi link yg kita bina melalui selawat ini berupa ikatan hati yg terhubung dgn rasa kecintaan kepada RSAW, ahlubait dan para sahabatnya...

ia juga memanduarah kita agar tidak terperangkap dlm congestion link yg berupa fitnah2 dari golongan munafik, dan org kafir....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2007 07:08 PM | Show all posts
Sesungguhnya selawat yang diknukilkan oleh para sahabat dan auliya' itu adalah ledakkan daripada CINTA AGUNG mereka terhadap Rasulullah SAW. Kalau kita perhatikan makna-makna selawat tersebut ianya merupakan munajat yang mengharap supaya tidak putus cinta mereka terhadap Rasulullah SAW. Justru itu kalau kita berselawat dengan penuh penghayatan, adakalanya boleh sampai menitis airmata....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 07:28 PM | Show all posts
Originally posted by WakDaeng at 14-7-2007 07:08 PM
Sesungguhnya selawat yang diknukilkan oleh para sahabat dan auliya' itu adalah ledakkan daripada CINTA AGUNG mereka terhadap Rasulullah SAW. Kalau kita perhatikan makna-makna selawat tersebut ian ...


Betul..tapi aku memang tangkap syahdu sgt kalau baca hadis kat bwh ni, ....

Dari Abdullah RA katanya,

Ketika kami berada di siisi RSAW, tiba-tiba dtg sekumpulan anak-anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila tepandang akan mereka maka kdua-dua mata RSAW berlinangan airmata dan wajah baginda berubah.
Akupun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajahmu sesuatu yg kami tidak sukai?
Baginda menjawab, Kami ahlulbait telah dipilih oleh Allah akhirat kami lebih dari dunia kami.
Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah timur dengan membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka berjuang dan memperoleh kejayaan lalu diberikanlah apa yg mereka minta itu tetapi mereka tidak menerimanya sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorg lelaki dari kaum kerabatku yg akan memenuhkan bumi ini dengn keadilan sebagaimana halnya ia dipenuhi dengan kedurjanaan.
Sesiapa di antara kamu yg sempat menemuinya, maka datangilah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji.

(Ibnu Majah)

RSAW bersabda,

Aku tersangat rindu kepada para ikhwanku. Maka bertanyalah para sahabat, Ya RSAW bukankah kami ini ikhwanmu? RSAW menjawab, Bukan, malah kamu adalah sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yg beriman denganku walaupun mereka tidak pernah melihatku.

(Riwayat Abu Hurairah RA dan Anas RA)

Jika ada rasa kecintaan di hati RSAW tentulah kita juga ingin menjadi org yg dirindui RSAW....
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 10:30 PM | Show all posts

Reply #38 rainbows's post

Barulah best. Cinta-mencintai, rindu-merindui.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kanye West hilang!
BicaraHatikuKanye West hilang!
Views : 6638 Replies : 9
Imran Bard mohon maaf hasilkan ‘content’ berunsurkan LGBT - "Tuduhan itu adalah sesuatu yang sangat berat"
RalineImran Bard mohon maaf hasilkan ‘content
Views : 3068 Replies : 6
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 202634 Replies : 7527
Zazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak, sama nasib macam Cakra Khan
RalineZazzleen dikutuk penyanyi suara berkahak
Views : 30567 Replies : 16
Wanita bengang- adik ipar rakam dan sebar video anak pakai lampin tak berpakaian
RalineWanita bengang- adik ipar rakam dan seba
Views : 29548 Replies : 1
Kastam bingung KLIA 'laluan panas' seludup haiwan liar
RalineKastam bingung KLIA 'laluan panas
Views : 30644 Replies : 19
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 120005 Replies : 5128
Bekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa kemuka nama asnaf tak layak terima zakat
RalineBekas pengerusi masjid di Kerteh didakwa
Views : 36494 Replies : 14
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 4918 Replies : 6
Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat Dunia Maut Kemalangan
^CUN_GILA~.Pelajar Cemerlang Perakaunan Peringkat D
Views : 29591 Replies : 39

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 11:38 AM GMT+8 , Processed in 0.079567 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list