CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13476|Reply: 14

Kumpulan Kristal

[Copy link]
Post time 10-5-2007 10:50 AM | Show all posts |Read mode
Acap Kristal main dram sejak berusia 4 tahunOleh Nurulhisham Abdul Latiff

USIANYA mungkin baru saja mencecah 14 tahun pada 6 Mac lalu. Tetapi, bakat yang dimiliki remaja ini bukan sebarangan. Dek kemahiran bermain dram dengan baik yang ditunjukkan selama ini, dia diambil menyertai kumpulan rock popular, Kristal, mengisi kekosongan yang ditinggalkan Joe.

Tentu bukan senang untuk Mohd Nur Asraf Baharudin atau lebih mesra dipanggil Acap di kalangan anggota keluarga dan teman, untuk bersama-sama menyahut cabaran perjuangan kumpulan yang sudah pun hampir 10 tahun membabitkan diri dalam arena seni muzik rock tempatan.

Begitupun, anak muda ini tidak melihat semua itu sebagai halangan kerana dia memang meminati muzik dan berkeyakinan, bidang itu mampu memberikan pulangan yang baik seandainya dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Apatah lagi dia sendiri dilayan cukup mesra oleh anggota lain.

Kristal dan Acap bukan asing. Dia mengenali dengan dekat setiap anggota yang menghidupkan kumpulan berkenaan. Acap dan Rody pula adik-beradik, manakala bapanya pula ialah insan yang bersusah payah menubuhkan serta menjaga kumpulan rock ini.

揝aya bermain dram sejak usia empat tahun lagi. Saya juga pernah menganggotai sebuah kumpulan lain, Tree Tree,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2007 11:50 AM | Show all posts
Kristal terima Anugerah Platinum Berkembar 7
27-07-2007 10:28:10 AM
oleh WAHIDA ASRANI  


Tiada apa yang membanggakan buat kumpulan yang terdiri daripada empat anak muda ini apabila pembabitan mereka di dalam industri muzik selama hampir 10 tahun ini akhirnya membuahkan hasil apabila tiga album mereka berjaya mencapai jualan keseluruhan melebihi 150,000 unit, dan akhirnya melayakkan mereka menerima Anugerah Platinum Berkembar 7.

Kristal yang dianggotai oleh Mohd Razlan Mohamed Yusuf (Razlan), Muhamad Rodi Baharudin (Rody) Izaludin Ibrahim (Izal) dan Mohd NorAshraf Baharudin (Ashraf) berjaya menerima anugerah tersebut menerusi album Analogi, yang diedarkan pada tahun lepas, Rock Yeh Yeh 60an (2006) dan album terbaru mereka, Rockafella yang baru saja dihasilkan tahun ini.

Menurut pemilik Toba Record, syarikat naungan Kristal iaitu komposer terkenal Man Toba, salah satu sebab anugerah itu disatukan daripada tiga album adalah kerana ketiga-tiga album tersebut diterbitkan oleh syarikat itu sejak Kristal meninggalkan Awie Entertainment.


Kristal bersama Anugerah Platinum Berkembar 7 yang diterima oleh mereka semalam (Foto The Star oleh Darran Tan)

Katanya lagi, itu juga membuktikan walaupun Kristal bertukar syarikat pengurusan, namun mereka tetap mendapat perhatian peminat yang masih menghargai bakat mereka ini.

"Dua tahun lepas ketika saya menubuhkan Toba Record, saya tidak yakin Kristal akan berada di bawah syarikat ini walaupun ketika itu mereka sudah tidak bersama Awie Entertainment.

"Tetapi atas bantuan Dexter Koh, Pengurus Produksi Music Valley, akhirnya Kristal terus berada bersama Toba sehingga hari ini dan berjaya mencipta pencapaian yang baik.

"Walaupun kita satukan anugerah ini, namun jika dilihat ketiga-tiga album mereka ini mencatat jualan yang memberangsangkan. Album Analogi berjaya mencecah jualan kira-kira 40,000 unit, album kedua mereka mendapat lebih 50,000 unit dan Rockafella setakat ini mencecah 60,000 unit.

"Saya percaya penjualan tersebut akan meningkat lagi," ujar Man Toba yang ditemui pada majlis penyerahan anugerah itu di Planet Hollywood, semalam.

Kristal tidak mahu lagi nyanyi lagu orang lain

Di antara kumpulan-kumpulan rock yang muncul pada era yang sama dengan mereka, Kristal adalah salah sebuah kumpulan yang mampu bertahan sehingga hari ini.

Bukan saja itu, mereka juga masih berjaya 'menjual' album-album mereka walaupun ketika ini pasaran album industri muzik tempatan agak lembab berikutan cetak rompak dan sebagainya.

Namun, ramai juga yang kurang 'berpuas hati' apabila album Kristal sering menampilkan lagu-lagu lama yang disusun semula dengan muzik rock. Antaranya, Basikal Tua dan Madu Dan Racun yang dimuatkan di dalam album terbaru mereka.


Di antara kumpulan-kumpulan rock yang muncul pada era yang sama dengan mereka, Kristal adalah salah sebuah kumpulan yang mampu bertahan sehingga hari ini (Foto The Star oleh Darran Tan)

"Bulan depan kami akan keluarkan album terbaru dan kali ini tiada lagi lagu-lagu orang lain kami nyanyikan.

"Semuanya lagu 'fresh' dan ada diantaranya hasil karya kami sendiri," ujar salah seorang ahli kumpulan Kristal, Razlan.

Menurut Razlan, mereka turut mempunyai impian untuk menampilkan semua lagu ciptaan mereka sendiri di dalam album Kristal pada masa akan datang, namun buat masa ini mereka lebih berkeyakinan untuk cuma menghasilkan beberapa buah lagu saja dan menggunakan khidmat komposer lain juga.

"Memang sejak peringkat awal lagi, kami ingin lihat mereka hasilkan lagu-lagu sendiri. Tapi, ketika itu mereka masih belum tahu membezakan antara nilai komersial dan apa yang mereka hendak.

"Jika hanya ikut apa yang mereka mahukan, mereka mungkin tidak akan sampai ke tahap ini. Mereka tidak tahu keperluan pasaran ketika ini.

"Untuk album terbaru, memang kita suruh mereka hasilkan enam buah lagu dan hanya ambil empat buah lagu daripada komposer lain," kata Man Toba lagi.

Perkara tersebut turut diakui oleh Razlan yang merasakan ketika ini mereka lebih senang menyerahkan segala perancangan kepada syarikat pengurusan mereka.

"Mereka lebih tahu kehendak pasaran sekarang. Kami akan beri kerjasama yang sewajarnya," kata Razlan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2007 08:05 PM | Show all posts
caya lah kristal.....

pelapis kepada rockers otai sepert search, wings, may...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 09:54 AM | Show all posts
vokalis dia boleh p jauh...memang hebat
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 02:32 PM | Show all posts
suka gak kristal neh....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2007 03:20 PM | Show all posts
suka gak ngan dorang ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-9-2007 09:28 AM | Show all posts
aduh..
aku tgk makin serabai budak2 ni
imej vokalis, pakaian..rambut etc



yang main gitar tuh..hahaha
dah tak cunngg lagi
muka dah penuh jerawat

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-9-2007 09:31 AM | Show all posts
Tuah lagu saduran untuk Kristal
Oleh WANDA IDRIS

TIDAK dinafikan ketika ini kumpulan Kristal begitu popular dengan lagu-lagu saduran khususnya lagu-lagu pop yeh-yeh. Walaupun percubaan pertama merakamkan semula lagu lama, Keindahan Pantai yang dimuatkan dalam album Anti-Virus pernah mendapat kritikan, namun itu tidak menjejaskan usaha mereka menampilkan lagu-lagu irama 60-an dalam versi baru dalam album-album seterusnya.

Malah kemunculan album penuh lagu-lagu saduran dalam Rock Yeh-Yeh 60-an mendapat sambutan memberansangkan apabila berjaya dijual lebih 40,000 unit.

Penjualan itu sekali gus menyumbang kepada penganugerahan platinum berkembar tujuh kepada kumpulan itu kerana berjaya meraih jumlah jualan album 150,000 unit termasuk album-album Analogi dan Rockafella.

Bekas anak didik penyanyi Awie itu nyata berjaya mengukuhkan tapak mereka dalam bidang nyanyian dengan mempertaruhkan lagu-lagu saduran.

Mereka sendiri tidak menafikan kemunculan bersama lagu saduran memberikan tuah dan mengekalkan kedudukan mereka dalam persada seni tanah air.

揂palagi ia juga adalah atas permintaan para peminat kami yang bukan sekadar meminati malah membeli produk kami,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2007 12:55 PM | Show all posts
sore bes tp x ensem....selebet cam pepek jer...

[ Last edited by  artiey at 6-9-2007 01:10 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2007 01:16 PM | Show all posts
lagu kazar degawan dia nyanyi balik kan
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 05:29 PM | Show all posts

KUMPULAN KRISTAL....


aku minat gak ngan kumpulan kristal nih!!
kalau dia buat show..razlan vokalis grup ni pandai entertain audience.
aku rase tk rugi beli album dia..
klu ade sape2 yg tau pasal dorang nih..sila la kongsikan citer korang kat sini..
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 05:35 PM | Show all posts
aku suka lagu seragam hitam
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 05:49 PM | Show all posts
gambo lama nih...drummer skrg budak kecik adik si sape ntah nama gitar utama dia
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2008 07:59 PM | Show all posts
Masa tengok konsert dia kat RTM baru2 ni, memang Razlan tu pandai entertain audience. Suara pun sedap. Itu kelebihan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2008 12:44 AM | Show all posts
best sangat kew kumpulan cempedak malaysia nih???

power 100X spider daripada geng rambut mak nyah nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.623039 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list