CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3299|Reply: 0

Ketuat

[Copy link]
Post time 26-3-2007 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Ketuat mudah merebak pada kulit lembapOleh Siti Nur Almizan Aripin

SERING kali apabila anak saudara berkumpul bersama, ada yang dulunya sama-sama bujang kini mula mengelek anak kecil. Bagaimanapun, sayang apabila melihat wajah si comel dihiasi benjolan yang kadangkala bernanah menyebabkan cela pada wajahnya.

Lebih menyedihkan apabila melihat benjolan merah yang semakin membengkak, bersinar-sinar menunggu masa untuk pecah menyebabkan anak kecil tidak selesa dan sentiasa merengek.

Itu adalah petanda anak kecil anda menghidap ketuat iaitu sejenis penyakit kulit disebabkan virus Human Papillome (HPV) di mana kawasan dijangkiti akan timbul dan menjadi keras.

Ibu bapa disaran supaya membawa anak untuk menerima rawatan jika melihat benjolan ketuat timbul pada kulit seperti tangan, jari, kaki dan muka kerana virus ini boleh berjangkit ke bahagian lain serta orang sekeliling jika dibiarkan berlarutan.

Bagaimanapun, jika menghidap ketuat untuk pertama kali pada usia selepas 60 tahun adalah sesuatu yang luar biasa. Oleh itu, jumpa doktor untuk membuat diagnosis yang tepat.

Ada lebih daripada 150 jenis ketuat antaranya ketuat bisa, kaki, filiform, planar dan kelamin. Ketuat biasa berlaku pada kanak-kanak atau orang dewasa.

Namun, biasanya kanak-kanak berusia 12 hingga 16 tahun lebih mudah dijangkiti ketuat kerana terdedah kepada virus berkenaan ketika di sekolah atau melakukan aktiviti luar.

Ketuat yang merebak melalui rekahan kulit atau kulit yang lembap juga mudah terjadi kepada pesakit yang mengambil ubatan yang menekan sistem pertahanan badan dan mereka yang mengambil steroid untuk tempoh yang panjang.

Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti pengidap HIV atau yang mempunyai sistem pertahanan kulit yang lemah seperti enzema atau tidak menjaga kebersihan diri juga mudah dijangkiti penyakit ini.

Ketuat boleh diubati dengan mudah dan ia juga jarang menimbulkan masalah besar. Bagaimanapun, sesetengah ibu bapa bersikap tidak acuh dengan membiarkan ketuat tanpa sebarang rawatan dan menyebabkan ia berjangkit. Pengidap ketuat perlu berhati-hati supaya tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir akan menjangkiti kawasan lain.

INFO

Ketuat

Ubatan


Salap asid salisilik: menyebabkan ketuat menjadi kering dan berkeruping
Terapi cryo: rawatan membuang ketuat dengan menggunakan nitrogen cecair
Podophyllin: rawatan menggunakan sejenis pati tumbuhan untuk memusnahkan tisu yang dijangkiti pada permukaan kulit
Interferon & asid trichloracetic (TCA): rawatan menggunakan suntikan interferon di kawasan dijangkiti kemudian disapu ubat TCA.
Pembedahan membuang ketuat: rawatan melalui pembedahan mengikut kesesuaian tempat dan jenis.

Petua hilangkan ketuat - Ambil bunga semalu (berwarna merah jambu) dipicit hingga hancur. Sapukan pada bahagian ketuat yang tumbuh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.635826 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list