Mungkin ramai yg tidak tahu bahawa IQWAL dilahirkan dengan bakat semulajadi yang banyak diwarisi dari Ibubapa dan Datuknya. Datuk nya, Khairuddin Hj Ahmad , dulunya seorang Guru dan kini merupakan seorang Pensyarah, yang banyak terlibat dgn seni dan sukan bolasepak, dimana beliau mempunyai bandnya sendiri di masa mudanya.
Berkebolehan bermain alat alat muzik dan menyanyi lagu lagu kegemarannya seperti Andy William, Perry Como, Tom Jones, Engelbert Humperdink dll, serta lagu lagu langgam, asli dan melayu dgn begitu baik.
Boleh dikatakan kesemua adik beradik di sebelah Datuknya mempunyai bakat dlm bidang nyanyian.
Kini Datuknya banyak melibatkan diri dlm bidang bolasepak dimana beliau merupakan Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA). Neneknya, Toh Suri Wati Puan Salasiah Din juga terlibat dalam sukan bolasepak, dimana beliau merupakan satu satunya Pengadil Bolasepak Wanita Yg Pertama Di Malaysia Dan Di Asia. Ibunya, Normin Shah Khairuddin merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti seni IQWAL, adalah bekas penyanyi profesional yang pernah menyanyi di beberapa buah kelab eksklusif dan resort resort.
Ibunya juga berkebolehan bermain gitar, piano, keyboard dan bertanggungjawab mengajar Iqwal bermain alat alat muzik, vokal, persembahan, tarian dan memilih lagu lagu untuk IQWAL sehingga IQWAL mampu menyanyi dalam 10 bahasa, iaitu Spanish, Italy,Tagalog (Philipine), Arab, Thailand, Mandarin, Kantonis, Hindi dll.
Kini ibunya menjalankan perniagaan audio system dan lighting utk konsert konsert dan salon kecantikan. Ayah IQWAL juga merupakan seorang penyanyi Rock, yang pernah menyertai sebuah kumpulan Rock gergasi dan hebat hingga kini.
Kini masih lagi aktif, menyanyi secara solo.
(Harap maaf, atas sebab sebab tertentu dan peribadi, kami tak dapat menyiarkan nama beliau).
Tapi sekadar bakat yg ada pada IQWAL, tidak cukup untuk menjaminkan beliau pergi ke tahap yang lebih tinggi jika bakatnya dibiarkan begitu sahaja.
Ia perlu digilap dengan baik.
Menyedari hakikat tersebut, ibu dan abahnya mengambil langkah menghantar beliau ke sekolah muzik profesional, disamping melatih beliau di studio dan di rumah.
Alhamdullillah, perjalanan seni IQWAL banyak dibantu oleh orang orang kuat dalam bidang seni seperti, Erma Fatima , Raihan Palestine , Ali Mpire (XPDC) ,
Mel Wings , Johan Aziz , Mus MAY , Ismahalil Hamzah dan lain lain.
Berita Harian dan Harian Metro (NSTP) juga terlalu banyak membantu IQWAL dlm perjalanan seninya.
Selama hampir 3 tahun berturut turut, NSTP telah membawa IQWAL menjelajah keseluruh Malaysia dan menjadi Resident Artiste / Anak Angkat kepada Berita Harian dan Harian Metro di Karnival Jom Heboh, Fiesta Media Idola, GP Joran dll.
IQWAL akan tubuhkan 1 band remaja baru untuk tujuan rakaman album.
Drummer, Keyboardist, Lead Guitarist, Bassist diperlukan secepat mungkin.
Kpd kawan kawan yg berminat utk menjadi pemuzik
IQWAL & Friends, sila hantar resume/biodata anda, berserta gambar ukuran IC / Pasport dan gambar penuh bersaiz 4R kepada :
EMPIRE STUDIO,
7-109, Ground Floor, Daisy Apartment, Jalan Dinar U3/1,
Subang Perdana, 40150 Shah Alam, Selangor.
pernah dgr dia nyanyi kt up-town kota damansara..selalu gak dia perform..best suara budak ni..mcm2 lagu dia leh nyanyi..Iqwal ni dulu duta harian metro gitu..skrg tau masih jd duta ke tk..
iqwal nak cari band member...please lah...tak tahan lama punya...kalau buat band semata2 sbb nak buat album..tak lama, satu dua album, berpecah, si iqwal ni nak guna-gunakan aje band member lain..
to me, kalau betul nk buat band, tak payah nk audition2 camni..chemistry antara band member boleh dijumpa dgn menyertai gig-gig, gerak secara UG dulu...bukan apa, band yg dibentuk oleh label ni selalunya tak bertahan sbb masing2 ada agenda masing2....bila dh faymes, mesti voalisnya tampil solo...
please lah...baik jgn buat band kalau baru kenal dua tiga bulan...kepada iqwal, nk cari band member, cari geng2 sendiri..org yg ko kenal, org yg ko boleh lepak sama-sama...bukannya org yg datang audition...tak lama hayat band kau tu nak..