View: 3034|Reply: 0
|
Mengenali tanda-tanda tekanan pada anak
[Copy link]
|
|
Kesihatan Anak: Budak dua tahun juga alami tekananOleh Dr Azam Mohd Noor (Pakar Kanak-kanak)
PADA pandangan orang dewasa, kanak-kanak tidak akan mengalami tekanan. Ini berikutan semua kehendak mereka masih di bawah tanggungan ibu bapa. Bagaimanapun hakikat sebenar, kanak-kanak juga berhadapan dengan masalah itu.
Apakah yang menjadi punca kanak-kanak alami tekanan?
Tekanan mungkin berpunca daripada faktor sekeliling atau diri sendiri. Tekanan boleh berlaku kepada semua orang termasuk kanak-kanak. Sebagai contoh, kanak-kanak berumur dua tahun mungkin mengalami masalah tekanan kerana ibu bapa tidak ada di sisi untuk memenuhi kehendak mereka.
Atau kanak-kanak pra sekolah mungkin mengalami tekanan disebabkan terpaksa berpisah dengan ibu bapa ketika ke sekolah.
Apabila kanak-kanak bertambah usianya, tekanan mungkin berlaku disebabkan faktor persekolahan atau sosial. Ini mungkin ditambah dengan harapan keluarga yang tinggi.
Sebagai contoh ibu bapa yang berkelayakan tinggi (high achieving parents) mungkin mempunyai harapan yang tinggi kepada anak mereka, tetapi anak berkemungkinan tidak mempunyai kebolehan seperti ibu bapa.
Atau sikap ibu bapa yang kerap memasukkan anak ke pelbagai kelas dan aktiviti yang mungkin secara tidak langsung menambahkan tekanan kepada mereka.
Ramai golongan profesional merasakan kanak-kanak sekarang mempunyai terlalu banyak aktiviti sehinggakan mereka tidak ada masa untuk bermain secara kreatif atau berehat.
Adalah baik sebagai ibu bapa, anda berbincang dengan mereka mengenai aktiviti yang disertai selepas sekolah. Jika mereka merasakan aktiviti itu terlalu membebankan, luangkan masa untuk menerangkan kebaikan dan kelebihan setiap aktiviti berkenaan.
Jika mereka masih lagi merasakan aktiviti itu membebankan, kaji cara mereka membahagikan waktu. Pastikan mereka mempunyai waktu untuk berehat supaya mereka tidak tertekan.
Tekanan yang dialami kanak-kanak mungkin akan bertambah jika mereka mengetahui masalah lain yang dialami ibu bapa. Tidak kiralah sama ada dari segi pekerjaan, kewangan atau
pergaduhan suami isteri.
Ibu bapa sepatutnya berhati-hati apabila berbincang mengenai sesuatu isu kerana kanak-kanak yang mendengar mungkin berasa risau terhadap perkara yang didengarnya. Faktor perceraian dan pergaduhan ibu bapa juga sering menyebabkan tekanan kepada anak.
Mengenali tanda-tanda tekanan pada anak
Perubahan dari segi kelakuan contohnya cepat marah.
Perubahan dari segi waktu tidur
Kencing malam
Tidak fokus di dalam kelas
Tidak berkawan atau anti sosial
Tanda organik pula mungkin dia mengalami sakit perut .
Kadangkala kanak-kanak menunjukkan tanda mengalami tekanan apabila ada perlakuan baru pada dirinya. Contohnya, menghisap ibu jari, bermain dengan rambut (hair twirling), suka bergaduh atau membuli kanak-kanak lain.
Mereka juga boleh mengalami mimpi ngeri (nightmares), susah untuk berpisah dengan ibu bapa
Perubahan mendadak dalam akademik
Mengurangkan masalah tekanan kanak kanak
Rehat dengan secukupnya
Pengambilan makanan berkhasiat
Meluangkan waktu bersama-sama anak
Menunjukkan minat dalam kerja yang dilakukannya
Bercakap dengannya mengenai perkara yang mungkin menyebabkan dia tertekan
Bacakan dia buku. Buku cerita boleh mengajar anak anda mengenai masalah dan cara menyelesaikannya.
Jika masih tidak boleh diselesaikan, rujuk pakar perubatan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|